Thursday, June 19, 2014

Hana irdina kena diarrhea



hana jarang sangat kena sakit. tapi kalau dah kena.. memang teruk. ingat lagi masa dia kena cirit birit bulan 5 tu. masa tu aku kerja first night. so siang tu aku spend time dengan dia je la. buat susu.. dia xnak sangat minum. lepas tu aku tengok dia main2 pun macam penat je. sekejap2 dia baring atas lantai. nanti dah okey dia sambung main balik. so aku tengok dia macam aktif je jadi nya aku xde lah nak syak apa2 kan. lepas tu aku masakkan nasi dia. aku dah siap2 tu aku panggil dia.. dia baring dekat lantai..

dalam hati risau sebenarnya tapi sedapkan hati.. dia mengantuk rasanya. panggil punya panggil dia pun datang. aku nak suap.. dia bukak mulut. sekali je dia bukak mulut. aku risau lah sebab susu pun xnak.. makan pun xnak. emm... last2 aku malas nak paksa2 dia. aku biarkan dia. aku letak nasi dia.. aku buatkan dia susu. aku bagi dia susu. susu xhabis pun dia xnak menyusu. entah macam mana tiba2 dia termuntah. Ya Allah dalam hati dah kenapa anak aku ni.. alahai malam ni mama nak kerja sayang.

mak dan abah suruh bawak dia pergi jumpe doctor. sebab takut berjangkit dengan anak sedara aku tu. dia kena muntah2 dan cirit birit. biasa lah budak2 kalau sorang dah kena.. mesti akan berjangkit punya. petang tu lepas encik iwan balik kerja terus ajak dia pergi hospital. doctor pun bagi dia ubat. emm hampeh budak kecik tu nak makan. nak2 ubat cirit birit tu.. hidrasec. aku rasa lah cikit... patut lah dia xnak makan.. pahit sangat. ubat probiotic dia nak.. sebab manis rasanya... okey lah cikit kan..

badan dia xpanas sangat. okey lah. lepas tu aku risau dah.. lepas muntah dia start berak2 cirit. alahai banyak kali pulak tu. nak xnak aku try masukkan dalam susu dia. sebab geram sangat dia nak makan ubat tu. oh lagi langkah yang silap. sampai aku kerja malam dia xnak susu. dia fobia tengok botol tu. sebab mama campurkan ubat. malam nak kerja tu hati xtenang 1 minit pun. xsabar nak habis night duty. bila suami call je.. dengar suara dia menangis. alahai.. lagi lah gelisah hati aku...nak menangis pun ada time tu.

lepas tu second night nak pergi kerja lagi terseksa jiwa mama. hana menangis2. aku kuatkan hati. aku xnak tengok muka dia. dia meraung2 nak aku. mak cakap xpayah kerja. tapi aku serba salah. sebab second night dah kan. kesian dekat kawan2 sape nak tolong coverkan. nak2 xnak.. aku letak kan 100% kepercayaan dekat suami aku.. suruh jangan tidur lena sangat. bagi dia ubat demam. bagi dia minum susu banyak2. takut dia dehydration. aku tawakal je.. semoga Allah lindungi anak aku..

masa aku second night tu.. hana dah start demam dah. dia dah macam xlarat dah. lepas tu bila dah habis kerja malam tu fuhhh lega.. aku ada untuk jaga dia. memang banyak kali dia berak2 cirit tu. kesian jugak aku tengok. ingat hari isnin tu nak bawak dia pergi jumpe doctor. tapi aku xreti drive kereta abah. besar sangat. suami pulak kerja. last2 dia bagitau hari selasa tu dia cuti hari wesak. okey decide bawak hari selasa je. so selasa tu bawak dia jumpe Dr hoe. doctor dia dari dia 1 hari lagi umurnya.

alhamdulillah lega sangat bila doctor cakap hana dah xde apa2. hana dah sihat. air dalam badan pun cukup2 je. hai kalau lah jadi apa2 dekat anak aku tu.. mau menyesal xsudah. ye lah anak dah teruk diarrhea aku still cool lagi. duk tangguh2 . masa first2 tu nak bawak jumpe Dr hoe. tapi doctor tu xde pulak hari tu. bantai je lah jumpe doctor lain. tapi Dr hoe tetap pilihan aku. hihi. dah terbiasa nak buat macam mana kan. doctor zaini ada cakap kalau teruk bawak pergi hospital balik..

tulah nak tunggu aku shift pagi lagi. nak kena tunggu orang bawak kan. hai macam2 masalah yang ada. syukur anak aku dah sihat. masa dia baby aku amek 3 dose vaccine rotavirus untuk dia. nasib baik amek. kalau xamek mau lagi teruk dia kena cirit birit tu. dah lah susah nak makan ubat. geram je. bila paksa buat2 muntah. nak kena budak ni. hohoho. mama kurang sabar cikit. ayah ye penyabar. boleh layan perangai anak dara dia ni.. kalau mama.. mau hangin satu badan.

so.. alang2 jumpe doctor tanya boleh ke amek sekali vaccine untuk 1 tahun. so doctor cek.. xde demam. perut okey. semua okey. so hari tu awal seminggu dari umur dia nak masuk setahun.. terus amek vaccine 1 tahun. MMR11 + CHICKEN POX vaccine. mintak2 antibody dia kuat. mintak2 dia okey je.. xde ke chicken pox kan. amin. dah siap semua.. gembira lah hati mama. anak mama dah sihat. dah kembali aktif.. dah boleh main2 dengan senyum. nampak lesung pipit dia tu..

tu lah bila dah ada anak ni. baru faham 100% perasaan tu. perasaan bila anak sakit. masa xde anak.. xpaham sangat.. selalu pelik kenapa.. mengapa dan bagaimana. rasa sendiri baru tahu. baru boleh tengok keadaan masa tu. memang Allah je yang tahu. luar kita memang nampak cool. tapi dalaman tawakal je. cirit birit dikalangan budak kecik jangan buat main2. boleh buat maut. sebab kita xtau dia kekurangan air ke apa ke. so sebab tu kena bawak jumpe doctor.

p/s : dah 1 tahun 1 bulan dah anak mama... =) ni entry lama.. malas nak sambung. lama duduk aku duk simpan dalam draft.




0 comments: