Friday, May 30, 2014

19.05.2014 : hana setahun




selamat hari jadi anak mama.. dah setahun dah umur hana. cepat sangat masa berlalukan. pejam celik.. pejam celik dah masuk setahun dah umur dia. dari kecik2 asyik pejam je mata... sekarang dah besar dah. masa dia lahir pukul 7.25 malam. disebabkan aku bleeding cikit. doctor suruh rehat sekejap dalam labor room. menyusukan anak. so transfer masuk ward lebih kurang pukul 10 malam macam gitu. duduk lah dalam labor room dengan anak.. pandai dia menyusu..

masuk ward pun dah malam. jadinya diaorang xmandikan lah hana malam2. pastu bila aku dah transfer masuk ward.. nurse suruh tido dengan anak sekali. emmmm wanginya.. wangi sangat bau dia.. bau dalam perut.. dia xmandi lagi. subhanallah hebat nya ciptaan Allah... terlalu sempurna. dari kecik dot.. sekarang sempurna sifatnya sebagai seorang hamba. malam tu. xtidur pun.. sebab hana asyik nak menyusu je. nak melekat 24jam dekat mulut masa tu.. hoho.

aku cuba alihkan dia.. tup2.. uwaaa... dah macam mana nak tidur. redha je lah. tapi hari tu aku xpenat langsung. entah kenapa. aku tengok je dia.. sambil bagi susu. rasa macam xpercaya pun ada. owh ni anak yang aku bawak ke hulu.. ke hilir. dah lahir dah dia kedunia. saat aku paling takut nak hadapi.. saat melahirkan dia. aku takut. dari disahkan mengandung lagi. macam2 aku fikir. tapi alhamdulillah aku mampu lakukan. hebat nya ciptaan Allah. walaupun wanita itu nampak lemah. tapi dia juga mempunyai kekuatan yang telah ditetap kan sejak azali lagi.

hana.. nanti kita sambut birthday sekali dengan anniversary mama dengan ayah ye. mama ngan ayah nikah 2.6.2012.. hana lahir ke dunia 19.5.2013. so senang buat sekali jalan je. ingat nak buat sekali time raya.. 3 dalam 1. insyaallah.. kalau ada kesempatan. sekarang ni hana dah nak belajar jalan. tapi dia macam xberapa nak yakin sangat. masih teragak2 nak langkah. lepas tangan goyang2kan badan tu dia dah boleh buat dah. xpe hana mama xkesah.. janji hana sihat.




p/s : selamat hari jadi anak mama.. nur hana irdina binti mohd idzuan . 19.5.2013 @ 7.25 pm hari ahad.


0 comments: