Saturday, May 17, 2014

keletihan + kemalasan..

 

Hari ni hari sabtu.. Rasa dah lama xupdate. Sejak mengandung ni sifat malas makin bermaharajalela. Balik kerja asyik ngantuk je. Aii... Nape tah. Masa mengandungkan hana dulu.. Aku hebat.. Aku gagah. Huhuhu. Xpe lah lain anak lain ragam nya kan. Yang kali ni pagi2 selalu rasa loya2. kadang2 stress.. Tapi xpe ni nak hapuskan dosa2 kecik ni.. Yeaah kena kuat...

Pinggang kadang2 tu okey.. Kadang2 sakit jugak. Kalau berdiri lama sangat.. Kalau berjalan jauh.. Kalau jalan2 sambil dukung anak.. Ya Allah hazab ya amat. Sakit nya. Rasa macam penat sangat pinggang. Nampak macam okey.. Sebab mana orang nak nampak kan. Hakikatnya. Tanggung lah sendiri. Memang mencabar pregnant kali ni.

Insyaallah due date hujung tahun ni. 20.12.2014. Masa tu hana dalam 1 tahun 7 bulan. Kesian dia kecik2 dah jadi kakak. Sekarang ni tengah berusaha nak stopkan susu direct ni. Kadang2 kesian tengok dia. Meraung2 nak susu badan. Tapi nak buat macam mana kan.. mama pun xberapa nak larat. Minum susu botol pun dah okey dah dia.. Xde masalah. Cuma malam2 tu.. Huhu.

Tapi sekarang mama dah kuat. Malam2. Xnak bagi dah. Mama buat2 keras hati.. pastu Sekarang waktu dia bangun mesti pukul 3-3.30 pagi. Masa tu aku akan tukarkan diapers dia. Dan buatkan susu penuh lemak berkrim. Lepastu baru dia akan tidur lena. Saje nak suh mama bangun n solat sunat lah tu.. Hohoho. Aii bila lah nak gigih buat solat sunat malam2 ni. Tq hana.. Jadi jam loceng mama.. Peringatan melalui anak. =) 


0 comments: