Sunday, August 25, 2013

Perkembangan 3 bulan nur hana irdina


semalam nur hana irdina.. dah berjaya meniarap.. masa tu kerja petang.. ayah dia call cakap anak perempuan nya dah pandai meniarap.. eh kenapa depan ayah.. kenapa xdepan mama.. jelez nya.. hahaha. balik2 kerja tu ayah dia tunjuk video masa dia usaha nak meniarap tu. alahai comel nya tengok dia betul2 usaha nak meniarap tu. berjaya jugak... good job anak ku..

dan hari ni.. sejak dah pandai meniarap.. dah kena pantau dia selalu. bila letak je dekat atas toto tu.. haaa... mula lah dia nak tunjuk aksi dia. aku biarkan je.. bila dia dah penat dia berbunyi.. bila dia dah berbunyi lama cikit baru aku terlentang kan balik dia.. dan bila dah terlentang tu.. dia buat lagi.. ada sekali tu.. dia berjaya jugak meniarap.. lepas tu terlentang kesebelah sana pulak. 

seronok tengok dia belajar.. aku perhati dari jauh je.. kalau dekat dengan dia.. dia tengok aku lama2.. lepas tu ajak borak.. borak bukan main excited lagi.. entah apa yang dia nak bagitau.. hehe.. lepas tu sedu. kalau dia excited sangat bila borak tu.. haaaa confirm sedu kejap lagi.. kesian bila tengok dia sedu. kadang2 dalam sedu pun dia nak jugak ajak borak.. hehehe..

3 bulan 5 hari... dia berjaya melakukan nya. video tu nanti2 aku upload. nak buat kenangan. suatu hari nanti kalau aku dah xde.. boleh anak2 aku tengok balik.. start dari dia baby sampai besar... insyaallah.. =) cuma sekarang ni nak update selalu.. susah sikit.. sebab banyak kerja yang nak kena buat.. xpe.. aku tau aku mampu.. hehe.. percaya pada diri sendiri.. supermak..


yang baju pink ni 23hb.. masa ni xberjaya walaupun dah usaha sehabis baik.. hehe


yang baju merah ni.. semalam.. 24hb.. nak tunjuk dekat mama balik.. yang dia dah pandai meniarap..









nur hana irdina... ni lah hana irdina masa kecik2.. masa baby.. =) =) 

0 comments: