Saturday, August 1, 2015

Impian dan harapan..





selamat pagi semua... alhamdulillah dah masuk bulan 8 dah. alahai sekejap je rasa nya masa berlalu. eh2 da bulan 8 la... makna nya 6.8 ni birthday husband yang ke 26 tahun. hohoho.. hadiah nak apa?? xpe nanti saya bagi hadiah special dekat awak... insyaallah.. =) awak2 saya nak bagitau ni... saya sayang awak. terima kasih untuk semua yang awak dah berikan. kehidupan ada masa pasang dan surut nya. walau apa pun saya tetap berdiri belakang awak. sebab bila awak nak jatuh saya boleh tolak awak kuat2... supaya awak boleh beridiri balik sayang..

aku dengan suami memang sama umur. sebab kenal masa form 5. kiri kanan.. depan belakang arah perhubungan.. akhir nya 2.6.2012 bernikah. alhamdulillah... alhamdulillah... aku sah menjadi milik dia. =) . Impian dan harapan seorang wanita semestinya untuk hidup bersama dengan insan yang dicintai dan disayangi. jodoh Allah dah tetapkan. alhamdulillah... =) =) aku ni kira macam api jugak la.. hahaha.. dia macam air... mungkin disebab kan tu jodoh tu ada disitu... xdapat bayang kan kalau dua2 macam api.. habis terbakar la rumah tu... terus hangus jawabnya...

dalam perkahwinan komunikasi amat sangat penting. sebab kebenaran yang xboleh nak disangkal lagi lelaki xboleh baca apa yang perempuan nak. apa yang perempuan fikir. so.. kalau ada masa slow talk.. sebab kalau pendam lama bahaya. takut bila dah meletop.. terus macam bom.. kebabom... cuba bagitau kita xsuka macam ni.. xsuka macam tu. semamang nya dalam islam sendiri dah menetapkan suami selayak nya dilayan baik mungkin. insyaallah... kita cuba menjadi isteri yang baik dan menyenangkan hati suami.. insyaallah pahala Allah kurnia kan untuk kita..

p/s : ujian tu tanda Allah sayang kita.. dan sakit tu Allah bagi sebab nak kurang kan dosa kita supaya bila mengadap Dia disana nanti.. kita xbawak dosa yang banyak sangat. mungkin hidup ni banyak sangat buat benda sia2.. sebab tu dapat ujian macam ni dalam hidup.. =) =) alhamdulillah dah boleh berfikiran secara matang.. insyaallah... 

0 comments: