Saturday, June 6, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 5

masa sampai hospital tu aku relax je lagi.. contraction xde lagi. masa register dalam pukul 10 pagi. sampai2 kaunter bagitau saya dah nak bersalin. tunjuk segala surat refer tu.. register semua. masa ni aku buat semua sendiri. keluar dari kereta.. berjalan terus menuju ke kaunter A&E. bukaan rahim dah 3cm. dia pun bagitau terus pergi ke ward4. daftar semua dekat sana. adik aku ada bagitau.. dorang intai2 aku sebab macam xpercaya kot aku boleh berjalan macam biasa. padahal tanda da keluar tu. entah masa tu xde rasa langsung contraction yang macam period pain tu.

sampai ward 4 bagitau da ada tanda... bagi buku yang aku buat monthly check up dekat KPJ. dia tanya buku merah ada x.. aku cakap lah xde. sebulan sebelum bersalin aku ada jugak pergi dekat klinik kesihatan sabak beram tu.. cakap nak buka buku merah sbab nak bersalin dekat sabak bernam. dia cakap xpayah nanti bila sakit nak bersalin terus je perg direct ke A&E. tup2 bila sampai masa dan tunjuk buku biru tu dorang macam xpuas hati. tapi dorang control lah jugak

lupa kan hal tu. lepas dah siap pung pang cerita dekat kaunter dia doctor MO tu suruh aku tukar baju sebab nak cek. masuk 1 bilik tu.. dia suruh aku baring. dia cakap laa... baby dah nak keluar dah ni. kenapa baru datang sekarang. aku diam je lah. padahal takut nak datang awal. sebab xnak kena tahan lama2. mau stress kang kena duduk dalam ward lama2. da buat check bukaan rahim dia suruh pergi dekat katil luar. sebab nak scan baby dan buat blood test cikit. siap semua..

lepas tu dia suruh masuk ward. sebab contrction macam xde lagi pun. masa tu jam pukul 12 lebih tengah hari. duk lepak2 atas katil makan pun sampai. dalam pukul 1 lebih tiba contraction pun datang. zup.. zup.. aduh sakit nya. nak makan pun xlalu dah time tu. bila datang je sakit mulut terus baca doa nabi yunus. aplikasikan bila contraction datang tarik nafas dalam2 ikut hidung tahan sekejap dan hemus pelan2 ikut mulut. kalau buat betol2 insyaallah dapat mengurangkan kesakitan.

pic macam biasa google je... : bersambung.... nak sidai kain kejap...

0 comments: