Saturday, June 20, 2015

Salam ramadan..




Hari ni dah masuk hari ke3 kita menjalani ibadah berpuasa. sekejap je. tahun ni macam xberapa perasan sangat bulan ramadan sebab bulan 6 kan. rasa macam sekejap je. tup2 dah puasa. masa mula2 puasa semangat nak bangun sahur. last2 kelaut jugak sedar2 dah pukul 6.30 pagi. mood redha je lah. hari ke2 sahur dekat tempat kerja. sebab night shift. dan hari ni pun sama bersahur dekat tempat kerja la jawabnya. esok insyaallah kalau terjaga dapat lah sahur dengan husband.

tahun ni macam nak berazam nak masak je dekat rumah. malas nak beli2 lauk dekat bazaar da. sebab utama nya kadang2 rasa macam mak ai kenapa la mahal sangat. so gigih lah dua hari ni aku memasak. walaupun xberapa nak sedap tapi tetap nak jugak masak. bila tengok husband makan.. emmm hilang semua penat.. seronok tengok dia makan. huhu =) betul la bila kita masak sendiri lain sikit dari kita beli dekat luar. kenyang nya lain macam... nikmat je nak menjamu selera =)

jom kita sama2 tambahkan amal kita =) bulan yang mulia.. ramadan ya ramadan.. hadirmu membawa hadiah.. semoga kita semua bergembira dengan kehadiran nya =) =) paling penting jangan sesekali membazir. nak2 bab makan.. jangan ikut sangat nafsu.. nanti xhabis kesian kena buang. sedih bila ingat insan2 yang xberkemampuan... apalah yang mereka makan kan untuk berbuka. emmm.. bila kita pernah rasa susah kita akan lebih menghargai setiap nilai sen...

salam ramadan.. NORHIDAYU BINTI HAMID..... 




0 comments: