Thursday, June 4, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 4





malam 9.12.2014 tu perut rasa keras2.. sekejap2 rasa belah kiri.. sekejap2 rasa belah kanan. oh walaupun anak da 2 aku xtahu itu tanda2 baby nak keluar. yang aku tau bila dah nak bersalin akan keluar lendir bercampur darah. sebab anak pertama macam tu. so aku relax2 je lah malam tu. aku selalu jugak berdoa biar anak ni keluar bila waktu siang. sebab aku xnak susah kan mak abah dekat kampung. husband jauh nun dekat KL. kalau ada husband aku xkisah. nak susah kan mak abah malam2 aku takut cikit.

malam tu usap2 perut cakap dekat baby.. kalau nak keluar.. keluar esok pagi.. bagi semua orang bersedia. alhamdulillah Allah makbulkan doa aku. point nya sebab husband xde dekat sisi aku saat tu. dan xnak susahkan keluarga. so esok dalam pukul 9 pagi macam tu.. aku rasa nak buang air kecik. so pergi lah ke toilet. sekali lepas buang air masa nak flash tu aku tengok ada darah. ah sudah.. masa tu dah cuak sikit. tapi buat2 realx. kejut adik2. suruh bagitau mak.. nak makan telur separuh masak.

mak tanya kenapa. aku cakap dekat mak da keluar tanda. tapi nak makan telur separuh masak dulu. mak pun buat. emmm masa tu sedih sebab husband xde. masa anak pertama dia ada. tapi aku redha je. lepas tu mak kejut abah. duk sediakan barang2. mandi siap semua... terus gerak pergi hospital daerah sabak bernam. hospital xjauh mana. dekat je. dalam 5-10 minit da sampai. sampai2 hospital tunjuk surat refer dari hospital KPJ yang aku buat monthly check up. bagi tau dekat kaunter... "saya nak bersalin ni"

bersambung...

2 comments:

Anira Abdul said...

Bagi isteri yang duduk berjauhan dengan suami biasanya akan cakap benda yang sama mcm sis...klu boleh tak nak susahkan org tua lagi2 bila waktu malam. Macam tu la juga saya. Syukur alhamdulillah. Tahniah sis.

ayu Shaklee said...

tu lah. sebab anak num 2 ni bersalin dekat kampung. husband balik KL sebab nak kerja. berpantang pun dekat kampung. =) memang kalau boleh xnak susahkan mak ayah