Monday, June 8, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 7

lepas je baby selamat dilahirkan.. nurse suruh bagitau apa gender anak. selesai tang tu. dia letak kan anak dekat dada.. skin to skin supaya anak dan mak lebih mesra. kali ni bersalin memang terbaik. semua yang aku baca dekat dinding tadi diaorang buat. memang bagi 5 bintang la. dia suruh tengok muka anak. layan anak sementara diaorang nak jahit bawah. tu lah angkat bontot tinggi lagi. kali ni xpayah gunting sebab anak num2. ya ampun dia jahit xde bius. tapi xde la sakit mana pun. macam kena gigit semut je. aku relax2 kan diri sebab kena lah bagi kerjasama kan. nak demand lebih2 susah pulak. bayar rm36 je pun.. hihi.

sebelum jahit dia keluarkan uri pulak. aku dengar dia cakap2 dengan doctor MO.. sempurna x uri tu. sebab nak balut. kalau uri xsempurna kena korek2. kalau tertinggal mau bleeding je lepas tu. alhamdulillah uri keluar dengan sempurna.. syukur dipermudahkan. yang jahit tu bidan.. jawatan dia bidan xsilap. sebab sebelum bersalin aku ada temu ramah doctor muda tu. tanya dia.. dia doctor pakar ke. dia terangkan.. dia MO. kalau kes kronik baru pakar turun padang. lepas tu masa nak deliver nanti ada nurse yang jawatan nya bidan.. maksud nya dia memang expert bab2 bersalin ni. jahit pun dia hebat dan terbaik..

tepat jam 3.11 petang baby boy pertama aku selamat dilahirkan kedunia ni. alhamdulillah lega sangat2. aku berjaya lahirkan dia. siap jahit semua tu nurse suruh rehat2 sekejap. dalam pukul 4 lebih aku ditolak ke ward. tiba2 abah datang.. eh kakak bila bersalin.. haha.. part ni paling lawak. muka abah time tu memang terkejut la. lepas tu terus ayah aku amek anak aku azan kan. nampak ayah aku berair sikit mata nya. adik aku pun masuk. mak pun datang. fuhhh lega sangat. masa hana datang dia tengok je aku pegang adik dia. aku nak pegang langsung dia xnak. kesian tengok dia.. huhu.. mama nak nangis.. uwaaa...

nurse ada pesan.. dalam 2 jam jangan bangun dari katil.. sebab takut pengsan. masa bersalin darah banyak yang keluar.. so bila nak bangun tu kena lah hati2. mak suruh makan.. sebab perut dah kosongkan. lepas makan semua dalam pukul 6 petang baru aku bangun tukar pad dan baju semua. dan malam tu tidur la sorang2 dekat ward.. uwaa seram meh.. nasib baik jiran sebelah tu x discharge lagi.. kalau x mau aku stress sorang2.. huhu. malam tu haziq tidur je. tapi aku pulak yang xboleh tidur. entah lah kenapa. nurse siap pesan.. bila anak tidur.. mak kena tidur.. nanti darah naik susah.. okey nurse... baik saya tidur

besambung....

0 comments: