Monday, June 8, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 8



esoknya husband selamat sampai.. fuhhh lega... seronok xterkata bila tengok muka husband. terus semangat datang.. yeaahhh baby.. ayah datang. dalam pukul 12 tengah hari dah boleh balik. seronok. duduk ward 1 malam je. nasib baik semua nya okey. masa mengandungkan haziq macam2 dugaan yang datang dalam hidup aku. Allah jauhkan aku dari morning sickness. sebab Allah nak uji aku dari sudut yang lain. setiap orang ada ujian masing2. =) ada yang diuji dengan harta.. ada yang diuji dengan anak. ada yang diuji dengan kesihatan.. semuanya lain2.. so xperlu nak bandingkan dengan siapa2 pun.

9 bulan mengandungkan haziq aku lalui macam2 ujian. terlalu banyak.. huhu. kadang2 rasa macam xmengandung pun ada.. active semacam je. memang kadang2 aku lupa aku mengandung. haha. yeaaahhhh... memang macam hulk la masa tu. tapi relax.. cool.. kau kan kuat sebab tu kau mampu hadap semua ni. dan disetiap kesusahan ada kesenangan. aku start sakit dalam pukul 11 pagi.. tup2 pukul 3.11 petang baby dah selamat dilahirkan. 4 jam je Allah bagi aku rasa sakit tu. masa hana dulu start pukul 10.30 pagi.. pukul 7.25 petang baru dia keluar. betol2 sakit pukul 3 petang.. pastu tahan lah sorang2.

rezeki Allah bagi.. alhamdulillah termakbul doa aku.. setiap hari aku doa supaya dipermudahkan semua urusan. supaya aku xmenyusahkan mak abah. supaya aku xmenyusahkan sapa2 lagi bila saat aku nak lahirkan anak ni. supaya aku tetap kuat untuk lahirkan anak ini. supaya aku boleh bersalin secara normal. sebab mak kan sakit. kalau operate agak susah nak jaga. alhamdulillah sangat2 Allah maha mendengar. jadi mari lah kita semua berdoa selagi termampu.. jangan pernah putus asa dalam berdoa.. Allah maha mengasihani. yakin usaha dan tawakal.. Dia sebaik2 pencipta.. yakin boleh.. =)

aku nak anak 5 orang.. huhu. rasa seronok pulak bila ada anak ramai2 ni. meriah je rumah. insyaallah kalau ada rezeki tahun depan boleh tambah lagi sorang.. hahaha. tengok.. kan dah cakap.. perempuan tu dicipta dengan penuh sifat kasih sayang. dan dengan sifat tu lah dia boleh mengandung dan kuat untuk melalui saat2 nak bersalin. xpe setiap anak ada rezeki masing2. ye betol tang ni aku xtipu. sebulan sebelum haziq keluar ayah dia dapat kerja baru. gaji basic lagi tinggi dari kerja2 lama. tu lah dinamakan rezeki. rezeki tu konsep nya sangat luas.. bukan pada duit je.. berfikir lah secara positive.

10 anak xtentu boleh jaga 1 orang mak ayah. so beranak la banyak2. dalam banyak2 ada yang betol2 akan jaga kita dengan sebaik mungkin. kalau da 2 je.. mana nak pilih.. hihi. aku suka lepas bersalin.. rasa bersih je diri.. rasa macam aku pun macam baby tu. lepas tu kulit muka pun cantik je.. emm.. okey tahun depan kena mengandung ni. hahaha. duk muda ni kena lah cepat2 mengandung. kang dan berumur penat pulak nak bawak perut. kita hanya merancang.. selebihnya berserah kepada Allah.. =) semua nya dah ditentukan sejak usia kita 4 bulan dalam perut ibu. alhamdulillah... teruskan usaha... =) =)

~~~SEKIAN~~  norhidayu binti hamid 



0 comments: