Saturday, June 13, 2015

Kemampuan diri..




dulu masa mula2 lepas spm baru rasa hidup berdikari sedikit. sebab sebelum tu memang duk bawah ketiak mak je. agak susah jugak mula2 sebab semuanya xreti nak buat. lepas tu semuanya slow2 belajar macam mana nak buat satu2 benda. abang num 2 memang banyak tolong masa tu.. kalau mak abah xdapat nak tolong dia yang akan amek dan hantar aku. terima kasih angah..

sampaikan 1 tahap tu tibe2 along aku bersuara.. cuba belajar sendiri naik public transport so xpayah la susahkan angah.. huhu. lepas along dah cakap macam tu terus belajar naik bus sendiri dekat pudu.. belajar beli tiket semua. tapi xde lah belajar mana pun. semuanya mintak tolong dekat husband. masa tu pak we la. kan couple masa zaman sekolah menengah lagi.. huhu.

so dari situ buang semua perasaan takut. bila dah bekerja ni perlukan kita drive sendiri. sebab kita kan kerja shift. nak begantung dengan suami agak susah cikit. kalau dua2 kerja office hour best jugak. tapi nak buat macam mana dah takdir kan.. ni yang terbaik. so redha je lah.. =) amek lesen motor masa mula2 kerja. masa tu takut ya amat.. tapi lawan jugak.. dan akhirnya berjaya =)

lepas kawin masa mengandungkan irdina. buat keputusan nak amek lesen kereta pulak. sebab bahaya nak bawak motor. husband pulak kerja dekat KL naik tren je. so kereta terbiar je. last2 aku cakap aku nak buat lesen kereta. alhamdulillah semua lepas. tup2 bila dah lepas lulus lesen kereta.. nak bawak kereta takut. husband tetap bagi semangat.. dan akhir nya boleh drive sendiri..

tu lah kalau rasa ketakutan tu melampaui batas.. kita sendiri kena saiko kepala kita. huhu. yakin boleh. sebab kalau kita layan je macam mana kita nak teruskan kehidupan. kalau asyik bergantung hidup dengan orang pun susah. kena belajar untuk berdikari. kita xtahu apa yang bakal kita hadapi masa depan. so kena lah buat back up sendiri. ilmu dunia pun kena update sikit2. =)

p/s : apa yang kita ada sekarang belum tentu milik kita selamanya.. 

0 comments: