Thursday, January 10, 2013

Sayang mak sangat2...






rindu nak makan apa yang mak masak. rindu sangat2...... rindu nak makan semua2 dari air tangan mak. nasi lemak, nasi ayam, lauk2. paling rindu nak tengok mak jalan macam biasa.... jalan dengan gagah nya. jalan dengan kuat nya. rindu zaman sekolah2... setiap malam dapat makan masakan mak. xpernah memilih... apa yang mak masak semua aku makan. masa belajar dekat nilai... setiap kali cuti sem... mak mesti akan masak apa yang aku nak makan. kalau aku xmintak pun mak mesti akan buat apa2 yang aku suka makan. rindunya time2 macam gitu. 

tapi sekarang mak sakit... tangan dia dah xkuat...kaki dia pun sama.. kalau nak jalan kena guna tongkat. kesian tengok mak. sumpah aku memang xsanggup nak tengok dia lama2. sebab aku xnak dan xkan menangis depan dia. sebab kalau aku menangis dia mesti akan menangis jugak. aku bukan kuat mana pun.  kalau tengok mak makan... sedih sangat2. tapi aku diam kan je.... aku xnak menangis depan dia. aku tau mak lagi seksa nak tanggung sakit dia tu. jadi aku xboleh nak lemah2 depan dia.. mak cakap anak2 penguat dia untuk terus bertahan...

jadi sebagai kekuatan mak... xkan sesekali aku biarkan air mata keluar depan dia. mak memang kuat... sebab tu dia terpilih untuk menerima ujian ni. aku redha dengan takdir ini. mak kena operate..doctor cakap mak wajid di operate.... kalau mak tak operate mak akan lumpuh secara semulajadi...........Ya Allah... permudahkan urusan ku untuk ibu yang tersayang. izinkan lah aku mampu membantu nya.... permudahkan urusan ku Ya Allah... lapangkan lah rezeki ini. amin....amin...amin. untuk mak... mak... sayang mak sangat2. sangat2.. sangat2. 


0 comments: