Saturday, March 17, 2012

Kekuatan diri AKU...



blog?? kenapa aku buat blog ye?? salah satu sebab nya aku boleh jadi kan blog macam diari aku. aku suka sangat menulis.. sebab aku selalu fail bila nak sampai kan maklumat.. sedangkan aku faham.. orang selalu terpinga2 bila aku bercakap..  mungkin salah satu faktor nya aku cakap laju..

entah xreti nak control.. dan aku paling xsuka nak menunggu.. semua benda aku nak cepat2. sebab dalam kepala aku selalu fikir kan apa yang akan datang. xde masa nak tunggu2 ni.. mungkin sebab itu jugak ade orang pernah cakap aku kelam kabut. peduli apa aku.. macam lah kau bagus sangat. hehe.. jahat nya.. =)

orang cakap kalau cakap laju ni.. otak cepat berfikir.. betul ke?? hehe.. betul lah kot... aku memang suka berfikir.. berfikir dan berfikir... sampai kan penat dah otak aku ni berfikir. kesian otak aku... bila aku tidur je baru aku kasi dia rehat. kalau x jagan harap lah nak  kasi rehat.. sila berkhidmat untuk tuan anda ye..

emm.. berbalik kepada blog... sebenar nya ikutkan hati dan perasaan aku.. aku boleh je nak luah kan apa saje yang aku xpuas hati dengan setiap manusia yang menyakitkan hati aku ni.. tapi buat ap?? dapat dosa adalah kan.. diam2 sudah.. xpayah nak cerita2 dalam blog.. lagi pun aku ni bukan lah sempurna sangat kan.

layak ke kita nak menilai diri orang? sedangkan kita ni pun banyak sangat kekurangan. terlalu banyak sampai kan kita xpernah nak sedar.. apa yang kita nampak.. kesalahan orang lain. entah2 kita ni lagi teruk dari dia kan. so jangan lah terlalu banyak sangat menilai orang lain..sedangkan kita pun bukan sempurna mana.

yeahhh nak keluar... nak prepare barang2 kawin lagi. kesian kite orang ni.. dah lah dua2 sibuk.. encik iwan lagi lah.. pergi kerja pagi.. balik dah pukul 8 malam.. kalau nek tren pukul 9 malam baru sampai rumah.. dah sampai rumah pukul 9 malam.. nak datang shah alam dah pukul berapa kan?? 

so memang kalau hari biasa ni xdapat nak buat preparation sama2.. masing2 sibuk.. aku pulak kerja shift. so.. kita orang dapat spend time sama2 bila hari sabtu n ahad je.. kalau nak beli barang kompem kena ada encik iwan.. aku mana ade keta.. susah nak angkut barang2... nak bawak keta pun xreti..sedih2 =(

YA ALLAH.. permudah kan lah urusan kami... terlalu banyak dugaan yang terpaksa kami lalui... aku tahu... ini adalah kekuatan aku... aku mampu untuk menghadapi semua ini.. aku yakin... aku mampu.. kekuatan aku ada lah luar biasa.. kerana itu lah aku selalu diuji didalam diam...

permudah kan lah YA ALLAH... aminnn....... sabarkan lah hati aku dengan kerenah2 orang..dan kata2 orang.. aku kuat...aku kuat. =) =) ye kekuatan hamba2 MU berbeza.. kerana itu lah ujian yang engkau berikan adalah berbeza... hanya kepada MU tempat aku berlindung.. aminnnn....