Wednesday, November 2, 2011

Pesanan seorang ibu

selamat pagi dunia.. senyum lah walaupun kita sedang menanggung segala kesedihan. senyum lah. senyum penawar segala kedukaan. disertakan dengan zikir2 yang membuatkan hati yang gundah akan tenang. hati yang gelisah bisa tentram. lepaskan segala kesedihan itu agar kehidupan ini bermakna.. ALLAH berikan kesedihan supaya kita ingat kepada NYA.. kita akan lebih dekat kepada nya.. luahkan semua nya..DIA lah pendengar yang maha hebat. semoga semua nya akan dipermudah kan. insyALLAH..

semalam tepat jam 9.25 malam.. sedang aku leka melayan laman sesawang.. aku menerima satu panggilan dari orang yang sangat aku sayang dekat dunia ni. sangat2 sayangkan dia.. dia lah yang banyak berkorban untuk membesarkan aku.. memberi kasih sayang yang sangat cukup. dia lah insan yang paling istemewa di hati ku selamanya. andai diberi intan belian.. dia lebih berharga dari semua itu. andai diberikan aku rumah seindah istana... dia lebih berharga. tanpa dia.... aku xkenal dunia.... MAK... itu lah insan yang paling2 aku sayang.

hati yang gundah..hilang seketika disaat berbicara dengan nya. gembira nya dengar mak ketawa..... YA ALLAH.. sihat kan lah dia.. lindungi lah dia. jauh kan lah kesedihan dalam kehidupan nya.. izinkan lah dia bahagia. AMIN. terima kasih YA ALLAH kerana telah memberikan aku seorang ibu yang sangat hebat dan besar pengorbanan nya. aku bersyukur YA ALLAH. alhamdulillah. semoga mak sentiasa bahagia dan sihat. hampir 20 minit perbualan berlangsung.. terubat rindu. sungguh aku terlalu sayang kan dia.

diakhir perbualan mak.. mak meninggal kan pesan kepada aku.. insyALLAH mak.. akan orang laksanakan pesanan mak itu dengan bersungguh2.. terima kasih mak.. sebab xhenti2 bagi nasihat.di setiap kali perbualan... mak pasti akan tinggal kan pesan. mak xpernah lupa ingat kan orang.. malah berkali2. xjemu2. insyALLAH. pesanan mak yang satu ni..akan orang lakukan. terima kasih mak.. sayang mak. dulu2 mak garang.. selalu orang kena marah.. mak selalu paksa orang kemas rumah..

mak ajar orang kemas rumah..lipat kain.. basuh pinggan. kemas dapur.. tapi orang selalu memberontak. xsuka buat semua tu.. selalu kena marah. mak selalu marah orang. penah sekali mak xbagi tidur sebab orang xnak basuh pinggan.. dengan hati yang xrela orang buat kerja tu semua...banyak nya kenangan. mak garang nya lah dulu.. terima kasih mak.. disebab kan garang mak lah orang mampu berdikari.

walaupun kelihatan agak kasar... tapi aku lah ratu air mata suatu ketika dulu.. aku cemburu.. melihat kawan2 yang mempunyai kakak..sedangkan aku dibesarkan dengan abang2 dan adik lelaki. alangkah indah hidup aku andai mempunyai kakak.. dapat lah aku merehatkan diri aku. xperlu mengemas rumah.. melipat kain.. lama kelaman aku mula menerima kenyataan aku adalah seorang perempuan yang kena melakukan semua kerja2 itu.. aku perempuan.. huhu.

tapi kini.. mak seperti kawan.. semua nya aku boleh bercerita dengan nya.. semua kegembiraan aku ingin aku berkongsi dengan dia. kesedihan aku... aku simpan baik2.. xmahu dia turut kusut dengan masalah2 aku. biar aku je yang tau. bertuah kerana memiliki mak seperti nya. mengajar aku erti kehidupan..erti kesabaran.. erti penghargaan. walaupun aku xde kakak... tapi ALLAH kurniakan 2 orang adik perempuan. aku mintak seorang.. DIA bagi 2.. alhamdulillah.. =)