Friday, January 20, 2012

PART 8

sebenar nya kehidupan yang aku lalui dekat kolej nak cakap best sangat. xlah best mana pun.. tapi aku terpaksa kuat kan semangat aku. terpaksa untuk mengembirakan hati mak abah aku... pernah sekali aku terasa sangat tertekan... tak tahu nak luah kan dekat siapa.. terasa amat sukar untuk aku menghabiskan 3 tahun tu. encik iwan banyak jugak lah bagi aku semangat untuk belajar. terima kasih awak.  semua subjek susah.... susah2. tapi alhamdulillah... aku berjaya jugak habis kan kos diploma in pharmacy.... bekerja sebagai pharmacy assistant dekat kpj selangor. status confirm... dan terikat selama 6 tahun. sebab kpj selangor sponsor time aku belajar. sila kerja baik2. jangan banyak complaint. alhamdulillah...

aku memang malas sangat nak study. sebab ni bukan kos yang aku nak... tapi aku kena jugak lalui. aku nak mak dan abah aku gembira.. tu je yang aku nak...sebab tu walaupun hati aku memberontak cakap xnak.. xnak... tapi aku terpaksa akur dengan pilihan mereka. dalam keterpaksaan.. aku yakin.. ini lah rezeki untuk aku. disini akan aku temui suatu kebahagiaan disebalik sembilan kesukaran. seronok tengok kawan2 aku bergembira keluar sana sini.. tapi aku... tipu lah kalau aku cakap aku suka duduk je dekat hostel tu. tipu sangat2 kan. tapi aku terpaksa tolak semua ajakan diaorang. terpaksa... aku terpaksa berkira2. xsampai hati aku nak habiskan duit yang mak bagi untuk kesenangan diri sendiri.. kehidupan yang lalu banyak mematangkan aku untuk berfikir dengan lebih matang. walaupun hakikat nya.. xlah matang sangat.

sampai kan ada yang pernah cakap.. aku banyak habis kan masa dengan encik iwan je berbanding kawan2.  kawan2 ku semua.. bukan aku xnak.. cuma aku xde duit... keluarga aku bukan orang senang. adik2 masih perlukan duit untuk sekolah. masih jauh perjalanan hidup diaorang. secara jujur nya... semua perbelanjaan bila aku keluar date dengan encik iwan.. 100% ditanggung oleh dia. jadi aku xberkira2 lah nak keluar dengan dia. lagi pun encik iwan paham.. aku memang xde duit untuk kua date. aku kan student lagi. duit mak bagi cukup2 untuk makan.. sampai kan kalau pergi kedai makan memang aku pilih makanan paling murah lah.. xpun kalau mahal sikit.. aku makan sekali sehari je. mana boleh membazirkan. xbaik. mak and abah keje penat2 dekat kedai.. aku xboleh lupa diri.. biar lah orang nak cakap apa.. aku xkesah...

mintak maaf lah ye kawan2... bukan xnak keluar dengan korang... tapi aku terpaksa berkira2... bukan kedekut.. bukan anti-sosial... tapi aku xsampai hati nak habis kan duit yang mak aku bagi....mak abah kena bayar sewa rumah... kena bayar pekerja2.. adik2 aku nak sekolah lagi. tak pe lah... aku xkesah kalau aku yang terpaksa bekorban.. janji adik2 aku gembira. kadang2 kesian jugak bila nak mintak duit dekat mak. belajar dekat sini.. banyak sangat pakai duit. kadang2 terfikir.. kenapa aku kena belajar dekat sini.. setahun belajar duit sponsor xdapat lagi... kolej dalam proses settle kan sponsor. jadi memang bergantung 100% duit mak abah. sangat xpatut kalau aku senang2 je nak habis kan macam tu je. terima kasih mak abah... sebab melahir kan orang dekat dunia ni.. semoga orang mampu menjadi anak mak abah yang baik. amin...

dah lah setiap sem kena practical.. pindah sana sini... banyak sangat pakai duit...semua nya duit...duit.. kadang2 aku pening sendiri.. tapi mak cakap.. jangan nak fikir pape... keje aku cuma belajar je. yang lain biar mak abah yang uruskan. ye lah...aku akur... kalau aku rasa putus asa dengan study aku.. aku akan ingat balik... ini lah peluang aku untuk menebus segala maruah mak abah suatu ketika dulu.. dengan kejayaan orang akan pandang kita balik. hidup susah...siapa nak pandangkan.. orang nak datang rumah pun.... nak xnak je. selain mak dan abah punca untuk aku berjaya.. aku jugak nak berjaya sebab nak buktikan walaupun mak abah susah... dia dapat jugak sekolah kan anak2 dia... aku bukan nak sangat orang pandang aku... aku cuma nak mak abah gembira dengan kejaayan aku yang xseberapa sangat ni lah.


bersambung.....