Thursday, January 19, 2012

PART 7

practical first sem dekat kpj ipoh, perak. masa tu mak dan abah yang hantar kan.. time ni practical 2 minggu je.   memang xtau lah nak buat apa2 lagi kan. memang mengelabah jugak. alamak.. dah kena hadapi situasi kerja. alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. apartment nya pun okey. tapi agak seram jugak lah. partner aku yang sekali practical dengan aku tu datang lambat sikit. so pergi balik hospital aku keseorangan lah. sunyi jugak lah kawasan tu. seram sangat time nak nek lift tu.. sebab sorang2 kan.. mula lah nak fikir macam2. tapi xpe.. sedap kan hati.. buat2 cool.. kang terserempak dengan orang.. still boleh cover.. ni kalau muka dah cuak memanjang tergelak jugak lah orang lain tengok. bila partner aku dah datang.. kak nor.. kira nya aku memang pergi balik dengan dia lah.. bilik pun sama2. aku memang dan sangat suka habis kan masa dekat dalam bilik... sangat suka lah.. kalau boleh nak makan pun dalam bilik. lempang kang.

sem ke2 aku pilih kpj kuantan selama 2 minggu... time tengah practical dekat sini.. time bulan pose.. agak bosan sikit... sebab xramai sangat patient..  bila masuk tengok jam.. tengah buat keje tengok jam.. lepas rehat tengok jam.. dah balik bukan men sharp on time kan. time ni practical dengan ipah dan phen roomate aku jugak. dua2 ni orang pahang. seminggu pertama aku tumpang rumah ipah.. lagi seminggu tumpang rumah opah. masa dekat rumah opah ni.. maksu hantar aku pergi rumah phen.. ipah pun bapak dia hantar kan dekat situ. kire nya rumah phen ni tempat perjumpaan lah. lepas tu mak phen yang akan hantar kan. bila balik baru mak su amek aku dekat hospital. terima kasih ipah sebab tumpang kan rumah.. terima kasih phen.. sebab tumpang kan keta  nak pergi hospital.. terima kasih mak su sebab hantar kan ayu... terima kasih opah sebab masakan opah best2.. 

sem ke3.. pergi practical dekat kpj damansara... 3 minggu. dekat sini kena belajar pasal chemotherapy drug. ala ubat untuk orang cancer tu. dekat kpj ni ade beberapa kerat je yang buat ubat chemo.. freshly punya. baik dari ladang. so aku dan lain2 terpilih untuk pergi damansara. dekat sini pun sama lah.. asal masuk je tengok jam... tengah duduk2 tengok jam. jam tu memang kalau boleh nak ade terus dekat bebola mata senang cakap. time aku practical....student xboleh prepare ubat..xtau lah sekarang macam mana... tapi xpe.. sebab ade keje jugak.. tolong indent kan floor stock untuk stock ward... xpe2 still jugak ade keje.. dekat damansara ni.. mula2 tu dapat hostel yang sangat sempit jugak lah. sebab 1 bilik hampir 9 orang kena tinggal sementara nak tunggu kakak2 nurse post basic keluar. wow.. sangat padat. paling trauma.. masa kitaorang cuti.. rumah ni dimasuki oleh perompak.. aduh.. seram aku.. nasib baik hajar yang tengah tidur dekat hall tu xdi apa2 kan. alhamdulillah....

sem 4.. kpj ampang pulak. wow.. seronok.. sebab dekat dengan encik iwan. tapi xkeluar mana pun..sebab kewangan xberapa nak mengizin kan masa tu. just pergi yang dekat2 je. kesian tasha... mesti bosan kan practical dengan aku.. sebab aku ni memang suka buat hal aku je.. dunia yang aku cipta sendiri.. yes.. great ayu. kita orang dapat duduk bilik master bedroom besar jugak lah. duduk 2 orang. lepas tu dapat kakak2 nurse post basic. practical jugak. jadi 4 orang lah dalam bilik tu. suka kakak india tu... banyak cakap. mana pergi kakak tu entah.. teringin pulak nak jumpe dia. dekat sini pekara paling sedih.. pendrive aku yang assignment nya tinggal nak print je.. boleh pulak buat hal... xboleh baca. nak xnak... terus ngadu dekat encik iwan.. lepas balik keje.. terus gerak pergi low yat beli pendrive. terima kasih encik iwan.. awak sentiasa menjadi hero untuk saya. terpaksa.... buat semula assignment tu. menangis jugak lah aku.

sem 5 & sem 6 aku practical dekat kpj selangor. kpj selangor sponsor aku.. harus aku belajar selok belok kerja dekat sini..dan orang2 nya. bosan jugak lah practical dekat tempat sama.. tapi apa boleh buat... terima je lah. dah kang kena kerja 6 tahun kan. eh2 tinggal lagi 5 tahun je.. seronok2. seronok nya practical dekat sini sebab dapat belajar macam2. dah sama2 busy macam staff dah time tu. tapi xpe.. kebaikan nya.. bila dah kerja senang. ala kena marah tu biasa lah kan.. ignore je.. kalau xtahan...sila lah lawan. akan aku bidas sepuas2 hati aku.. boleh?? lempang kang. diam sudah. relax lah.. kerja je diam2. jangan banyak songeh. 5 tahun xlama okey cik ayu. eh2 aku bukan nak keje 5 tahun je.. nak lama2 lah... aku suka kerja dekat sini ade 1 SEBAB SAHAJA....sebabnya benefit ubat untuk staff kalau bahagian outpatient sangat banyak... boleh guna kan untuk amek ubat mak.. mak dah lah selalu sakit2. terima kasih kpj selangor.. sayang sangat2. =)  ni nak keje kuat2 ni sampai keluar muscle.


bersambung.....