Sunday, January 15, 2012

PART 2

sebenar nya mak start kerja dekat kedai adik mak.. masa aku form 2 lagi dah. tahun 2003... yana baru 3 tahun.. alin 2 tahun. setiap kali mak nak keluar kerja.. diaorang mesti menangis..yelah selalu mak ada... tapi tibe2 mak pergi kerja.  kesian.... nak menangis aku tengok. aku pujuk2 diaorang.. bagi mainan. buat apa saja asal diaorang xmenangis. kena mandikan diaorang. bagi makan. buat kan susu. basuh kan berak. tidurkan kalau tengok diaorang mengantuk.. sambil2 tu aku kemas jugak rumah. buat semua nya... kadang2 aku malas jugak.. tapi sebab sayang.. aku kuatkan diri untuk buat semua tu.. jaga adik2 aku. nak kua jalan naik basikal dengan kawan2.. memang xlah kan. jarang sangat2 sangat2 dapat spend time dengan kawan. sebab aku anak perempuan sulung.. tanggungjawab agak besar. family aku adalah nombor 1.

duduk sungai isap damai, kuantan lama jugak.. start darjah 4 sampai masuk pertengahan form 1. lepas tu pindah duduk sungai isap jugak.. tapi ingat taman apa.. duduk situ sampai pertengahan form 2. masa duduk situ lagi lah mak dah start kerja dengan adik dia. mak keje petang.. lepas aku balik sekolah. malam baru mak balik. sebelum mak pergi.. mak sediakan makanan. setiap kali balik.. mak akan tanya adik2 dah makan. sebelum mak balik.. kena mandikan adik2. bila mak balik.. yana dan alin..seronok sangat. bila mak balik.. baru aku tidur dalam bilik aku. aku xreti masak.. sebab xminat. teruk sangat kan. kemas je pandai. mak pun seakan tau.. setiap kali nak kerja.. mesti siap2 masak lauk. kerja aku masak nasi je.

pertengahan form 2.. baru pindah duduk kg.razali. duduk situ tapi sekolah dekat smk bukit rangin. jauh jugak lah kan. masa form 2 abah dapat keja yang okey jugak lah. jadi aku pergi sekolah naik van. tapi abah kerja xlama.. lepas tu berhenti. lepas tu.. abang along aku hantar aku naik moto.. motor rxz. dia cakap kalau nak naik motor jangan pegang belakang. xrock bebeh.. apa kelas bawak rxz.. tangan pegang besi belakang. so nak sedap kan hati dia. aku pegang baju dia.. buat2 pegang baju sudah. terima kasih along. sebab susuh2 bangun pagi2 hantar kan orang. lepas tu tengah hari amek orang. terima kasih along.

nak dekat PMR tu yang kena pindah sebab xmampu bayar sewa. bila dah macam tu.. mak merayu dekat adik lelaki dia. sebab rumah pakde dekat dengan sekolah aku. tumpang kan aku sebab PMR dah nak dekat. mak takut pelajaran aku terganggu. sedih sangat2. nak memangis depan mak?? tapi xsampai hati nak susah kan mak. rindu mak.. adik2.. sangat2... seronok tengok kawan2 balik2 dapat jumpe mak .. tapi aku x.. aku sunyi sangat2.. nak mak.. nak mak.. macam mana nak duduk dengan mak. sapa nak jaga adik2 kalau mak keje. sapa nak suap kan adik2 makan. sedih...tapi aku xpernah menangis.. sebab mak pesan.. jaga diri baik2. belajar rajin2. mungkin kata2 mak buat semangat aku jadi kuat.

makde suri rumah. bila balik sekolah.. aku tidur kejap dalam bilik. mak de bagi aku 1 bilik. sorang2.. masa banyak aku habis kan dalam bilik.. melayan perasaan2 yang sangat gundah gulana.. bila dah bosan duduk dalam bilik aku keluar. aku xreti sangat nak berborak2.. kadang2 je.. malu mungkin dengan keadaan keluarga yang macam ni. lepas bangun dari tidur.. tolong makde kemas2 cikit rumah. bila makde n pakde xde rumah.. aku je yang tinggal.. aku kemas2 kasut diaorang. aku buat bila dia xde je.. sebab dia xbagi sangat aku kemas rumah beria.. mungkin kesian aku penat2 dekat sekolah. tapi aku nak jugak kemas. aku malu tumpang rumah dia.. jadi sebagai balasan.. aku harus ringan kan tulang2 aku untuk tolong dia kemas rumah. terima kasih sangat2 sangat2 sangat2 makde.. n pakde.. sebab sudi bagi tumpang kan rumah.

lepas je dah PMR.. aku duduk rumah opah sekejap.. xlama lepas tu..  mak pindah rumah depan rumah opah tu. sebenar nya tu rumah sewa nenek mak. kebetulan xde orang duduk kot. jadi kiteorang pun pindah. seronok kan ada rumah sendiri.. boleh buat apa saja nak buat. nak bangun lambat. nak jerit2 marah adik2. aku ni susah sikit nak sabar.. asyik menjerit2 dekat adik2 aku. kesian jugak diaorang. 2 orang sekali aku kena jaga... seawal umur 14 tahun... aku korban kan masa aku dengan kawan2. aku sangat sayangkan adik2 aku sampai kan aku akan benci siapa saja yang marah adik aku. tapi xlama.. lepas tu aku okey balik. sumpah.. sayang nya aku dekat adik2 aku.. ALLAH je yang tau. walaupun kadang2 kala aku lalai.. alpa.. alhamdulillah aku dapat laksanakan tanggungjawab yang mak bagi... semasa dia keluar pergi cari rezeki.


bersambung..........