Sunday, January 15, 2012

PART 3


bila nak dekat2 raya.. mak ada jugak amek tempahan untuk buat biskut raya... tempahan dari orang agak mengalak kan jugak...alhamdulillah ALLAH bagi mak macam2 kelebihan.. mak pandai masak.. pandai buat kuih.. pandai jahit baju. pandai buat biskut raya. walaupun kiteorang susah. mak xpernah mengeluh. mak sedaya upaya untuk cari rezeki yang halal untuk anak2 dia. tahun 2005 tu semua kepakaran yang mak ada.. mak guna kan sebaik mungkin. mak jugak amek tempahan untuk baju raya. tapi sikit je lah. jadi lah kan.

 hari raya first. bangun2.. tengok mak tengah siapkan baju kurung aku. punya lah sibuk sampaikan dah raya baru baju aku siap. cian mak.. bagi aku mak seorang perempuan yang sangat kuat semangat nya. dia xkan mengeluh.. xkan putus asa.. xkan menyerah kalah. biar lah dia xtukar baju raya.. asalkan anak2 dia dapat baju raya. abah pun sama. xtukar pun baju raya. walaupun masa tu hidup xberapa nak senang. tapi aku tetap bersyukur sekurang2 nya aku dapat duduk dengan mak abah.. adik2.. walaupun rumah tu kecik dan buruk.. aku xkan biarkan rumah tu bersepah. aku sebenar nya xsuka rumah yang bersepah2.

walaupun hidup dulu susah.. mak xkan biar kan perut anak2 dia kosong. mak akan masak apa saja asalkan anak2 dia x lapar. mak sangat tabah. sangat2 kuat. dulu xde kereta... nak pergi mana naik bus je. nasib baik aku ni bukan yang jenis suka sangat merayap2 kua jalan2. tapi kadang2 keinginan hati ada jugak. tengok kawan2. best je.hidup senang... xpayah nak bersusah payah jaga adik2.. nak kemas rumah beria2.tapi cepat2 aku sedar kan diri.. aku xmampu. tapi xpe lah.. bagi aku masa tu.. xpe.. suatu hari nanti aku akan berjaya. hidup pasti akan senang. dulu suka sangat berangan2. sebab free je pun kalau nak berangan kan.

nak beli baju jalan ni.. memang jarang lah. beli pun yang murah2. tapi tu lah nasib baik.. aku bukan yang suka lepak2 hidup aku dekat rumah je. makan pizza.. makan kfc.. makan mcd.. memang xde lah dalam hidup time tu. nak mintak macam2 dekat mak.. xsampai hati. simpan kan je. kawan memang xramai... kawan aku masa tu..mak aku.. adik2 aku. bila cuti sekolah.. macam tu jugak.. jaga adik sebab mak g kerja.. kemas rumah.. lipat kain.. basuh baju sekolah. basuh kasut. tengok cerita hidustan. entah kenapa.. aku xpernah pun rasa tertekan. malahan aku happy sebab bagi aku walaupun susah.. semua lengkap.. walaupun murah.. semua lengkap. form 4 pindah sekolah smk paya besar.. dekat sikit dengan rumah baru.

masa form 4 aku pergi balik sekolah naik basikal.. mak belikan.. pegi balik sekolah sorang2. aku suka. sebab xpayah nak tunggu2 kawan. aku siap.. terus pergi sekolah. leceh nak tunggu orang semata2 nak pergi sekolah sama2. lagi pun aku xsuka sangat tunggu lama2 ni. bagi aku nak semua cepat. memang gelabah sikit lah.... peduli apa aku. yang aku tau.. kerja aku settle. semua ni sebab aku dah terbiasa. aku kena buat kerja cepat2. pagi pergi sekolah. petang untuk rumah pulak..malam kena buat kerja sekolah. kena iron baju aku..baju yana.lepas siap..baru boleh tidur.. jadi bagi aku masa tu sangat penting. kena buat cepat2. bila dah siap cepat baru boleh duduk dengan senang lenang. 

masa aku form 4.. yana dah start sekolah tadika 5 tahun. so baju sekolah dia aku lah yang iron.. aku yang basuh. kasut sekolah dia aku sediakan.. stokin dia.. semua lah aku buat. buat semua dengan ikhlas hati.. xnak mak susah2 fikir pape dah. mak dah penat kerja.. jadi adik2 biar aku uruskan. nak tolong bagi mak duit...aku pun masih belajar lagi. aku ada 7 orang adik beradik.. aku anak number 4. aku ada 3 orang abang. bawah aku adik lelaki. lepas tu ada 2 adik perempuan. aku dapat adik perempuan masa aku sekolah rendah. yana masa aku darjah 5.. alin pulak darjah 6.

dulu aku kasar...ye lah mana ade adik beradik perempuan kan. dulu abah suka belikan aku baju2 perempuan. tapi aku xsuka.suka pakai sua je.walaupun aku kasar... tapi hati lembut.. masa kecik2 aku ratu air mata. kuat menangis. kalau menangis tu.. nak kuat2.. seumpama nak luah kan rasa yang xpuas dihati ni melalui air mata dan jeritan yang kuat2. baru puas. lepas dah penat menjerit. dah penat menangis.. aku diam lah. kalau kena usik2 dengan abang2 aku.. gaduh dengan adik lelaki aku.. siap lah.. aku akan menjerit kuat2. biar satu taman dengar. tu masa kecik2 dulu..sekarang xdah. gila kau nak jerit2. meroyan pulak orang cakap. tapi kalau marah adik2 ppn aku.. aku memang menjerit. mak aku cakap. aku garang. 


bersambung.......

0 comments: