Wednesday, January 25, 2012

PART 12

alhamdulillah.. settle sudah convocation.. selamat sudah bergelar pharmacy assistant. so start leh kerja dengan jaya nya. kerja.. kerja.. dan kerja.  akhir nya penghujung bulan 2 selamat sudah nenek encik iwan menyarungkan cincin dijari manis kanan aku menandakan.. satu lagi fasa sudah berubah... maka tittle aku pada saat itu tunangan orang. alhamdulillah... terlalu banyak dugaan yang dihadapi... bertunang jugak akhirnya. selamat semua nya.

aku xsuka cincin yang batu satu besar gedabak.. aku suka yang simple2.. sebab aku kan muda lagi... hehe.. so xberapa nak sesuai sangat nak pakai yang berbatu2 gedabak tu. tunggu lah kalau umur dah 40 tahun kang.. kot2 time tu teringin ke nak pakai cincin gedabak2 batu nya. boleh request dekat encik iwan dari sekarang. kang senang bezday masa umur 40 tahun encik iwan dah ade idea nak bagi apa. insyaallah kalau umur masih panjang.

wah sangat xsangka.. aku boleh kekal lama dengan encik iwan. bersyukur sangat2. sebab dipertemukan dengan lelaki macam dia. alhamdulillah.... xdapat nak luah kan dengan kata2. aku sentiasa pegang kata2 ni... jangan terlalu sangat tengok keburukan pasangan... sentiasa lah bersyukur dengan kelebihan yang dia ada untuk membahagiakan kita.. wah.. indah nya hidup..rasa sangat bertuah..sangat2..  syukur2 alhamdulillah. semoga akan berkekalan hingga akhir hayat.. insyaallah jugak dekat sana.

aku sangat bersyukur dengan dugaan yang ALLAH bagi dekat diri aku. kerana dengan ujian nya.. aku jadi lebih kuat. dan kalau kita berbuat baik dekat kedua2 orang tua kita.. insyaallah... kita akan sentiasa tenang dan aman.. disamping itu.. rezeki kita insyaallah senang. ikhlas kan lah hati bila kita melakukan sesuatu kerja.. pasti hidup kita ceria. alhamdulillah.. kehidupan sekarang semakin hari..semakin baik.. walaupun pelbagai ujian yang mendatang.. aku tetap.. harus.. pasti kena lalui.. yang penting aku kena sabar.. pasti ade hikmah.

semoga kesabaran itu sentiasa ada dalam hati aku... serta aku mampu menjadi lebih baik dari dulu. insyaallah. walau apa pun yang terjadi.. aku tetap sayang mak dan abah aku sampai bila2.. aku doakan semoga mak dan abah sentiasa sihat. cian mak sakit2 dah badan dia. sayang mak sangat2. sangat2. encik iwan pulak.. terima kasih sebab sudi bersabar dengan saya. dan tetap ada disisi saya bila saya susah.. senang.. sedih.. menangis..ketawa.. semoga kita akan tetap bersama sampai bila2.

aku sayang sangat2 family aku. aku doa kan semua nya berada didalam keadaan yang baik. sangat2 bersyukur.. kerana mempunyai adik beradik yang ramai..dan mempunyai hubungan yang baik. abang2 yang prihatin.. adik2 yang sayang kan aku.. aku tau.. hehe.. xpayah nak sorok2 aji.. tau ang sayang kakak ang ni.. orang kan kakak..hehe. semoga mak abah sentiasa sihat..dan dapat tengok yana dan alin convo..... sayang semua.. termasuk encik iwan... =) =)

~TAMAT~