Thursday, May 30, 2013

Percubaan menyusu mengunakan botol berjaya...


                               

Dah start ajar hana irdina minum susu perahan. Alhamdulillah... Mula2 dia tolak.. Lama2 dia dah boleh terima. kena ajar plan2.. Kalau ajar lambat2 kang susah aku nak kerja kang. Semangat google cara2 penyimpanan dan penggunaan nya. Paham jugak lah kan. Tu lah masa kerja xsempat nak pergi course brestfeeding.. Maka kita belajar sendiri2 lah ye. Nasib baik lah sekarang ni senang. Google je.

Tu terlebih simpan .. Disebab kan dia baru beberapa hari.. Sekali dia minum 1oz je.. Lepas tu dah lena.. Usik macam mana pun dah xbangun. Maka selebih nya terpaksa buang. Lepas dah dicairkan.. Sejam je boleh digunakan. Sila jangan sayang untuk buang. Xpe nanti kita proses lagi. Setiap bekas aku had kan cuma 1oz je.. Xpe kita belajar lagi kan.. Belajar lah slow2. demi anak boleh je..

Hana irdina memang banyak minum susu. Kalau direct bagi lagi kerap dia minum. siang aku bagi direct... Malam baru ajar dia bagi dalam botol. Alhamdulillah.. Bagi je mana2.. Dia hisap je. Sambil2 bagi.. Sambil2 sembang dengan dia... "hana anak mama.. Mama nak kerja.. Mama boleh dengan hana macam ni 2 bulan je.. Lepas tu mama kena hantar hana dekat orang jaga... Minum ye dalam botol ni" ha... Tu lah dialog aku sambil usap2 ubun2 dia. Sayang nur hana irdina. Semoga dipermudahkan.