Saturday, June 1, 2013

Happy first anniversary sayang ku..


   

1.6.2013... Owh hari ni cuti. Selamat bercuti kepada yang bercuti... Dan selamat berkerja kepada yang berkerja. Alhamdulillah diam xdiam dah 14 hari jadi ibu kepada nur hana irdina. Untuk minggu yang pertama aku mengaku.. ada sedikit perasaan stress. Tapi semua tu kena tangani sendiri. Kena cari penyelesaian sendiri. Bahaya kalau stress berpanjangan bila dalam pantang ni. Bersyukur dapat suami yang sentiasa ada bila susah dan senang. Terima kasih untuk 100% sokongan yang cyg berikan.  

Alhamdulillah.. Esok genap lah setahun bernikah. Saja je update hari ni. Sebab esok kompem busy. Pagi2 kenduri cukur jambul dan akikah nur hana irdina. Alhamdulillah terlaksana jugak nak ada buaian untuk nur hana irdina. Terima kasih opah dan tokwan sebab carikan. budjet dalam rm1500. Kambing harga nya dalam rm800. disebabkan tumpang kenduri kawin abang aku.. Maka jimat sikit lah belanja nya. Semoga kebahagian aka terus kekal mekar didalam rumahtangga mu wahai abang ku. 

                  

Diam xdiam dah setahun dah bernikah. Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmat Mu Ya Allah. Semoga akan tetap setia bersama dikala suka dan duka. Bertahun menyulam cinta. Setahun yang lalu termateri lah satu perjanjian untuk terus hidup bersama. Dengan izin dan rahmat Nya maka 2 june 2013 bersatu lah 2 hati anak muda. Dengan itu cinta yang halal jauh lebih indah dan nikmat nya. Bersyukur dipermudahkan dihari bahagia... Alangkah indah nya hari2 berlalu... Terima kasih cinta...

terima kasih encik mohd idzuan. =) semoga kita akan bersama sentiasa. Bersama2 lah kita menjaga cinta ini. Dan menjaga amanah yang telah Allah kurniakan ini. Syukur diberikan nikmat untuk menjadi ayah dan ibu kepada nur hana irdina. alhamdulillah... hidup aku kini semakin indah dengan kehadiran anak ku ini. Dia menceriakan hari2 ku. Bukan senang untuk menjaga nya. Akan aku gagahkan diri untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada aku dan suamiku.

                     

dalam pantang.. Xboleh beli kek.. Kita tunda lah ek. Dah habis pantang baru kita makan kek sama2. =) nah nur hana irdina.. Di hari ulangtahun pernikahan kita yang pertama... Ku hadiah kan kepada mu wahai suami ku. sungguh kesakitan untuk melahirkan nya hanya Allah yang tahu. Tapi demi sebuah cinta.. Dan hamba Nya.. Aku kuatkan semangat untuk mengharungi nya. penat lelah selama 9 bulan hilang begitu saja sebaik mendengar tangisan nya yang pertama... Indah nya perasaan itu..

saya sayang awak mohd idzuan kerana Allah. Terima kasih awak untuk semua2 nya. Bulan 10 ni kita sambut anniversary cinta pulak.. Kita kan ada 2 anniversary.. =) 2.10 ni dan 7 tahun lah kenal awak. cepat sangat masa berlalu. Sungguh cinta lepas nikah jauh lebih indah. Semoga akan kekal =)