Thursday, June 6, 2013

Hari ke 19


                

Selamat petang. Hari ni hari ke 19.. Nurse ada datang rumah tadi.. Maka complete lah 10 hari diaorang buat check anak dan mak. Disebab kan hari tu hana irdina kena ulang alik ke hospital.. Pergi kena pagi2. so bila nurse datang.. Hana irdina xde dekat rumah.. Maka nya hari pun berselang2 lah. Ni memang dorang dah cakap awal2. Last check hari ke 19 atau hari ke 20. 

Wow. Berat anak mama dah 4kg.. Haiyooo.. Patut lah bila dodoikan dia kadang2 tu penat jugak. Rupa nya berat dah naik ye. Masa beranak kan dia 19hb tu berat dia 3.4 kg. Lepas tu bila kena demam kuning turun ke 3.2 kg. Tup2 hari ke 19 dah naik ke 4 kg. Nanti 17hb kena pergi klinik untuk amek second dose untuk injection hep B. Agak2 berapa lah kan berat dia.. Huhu..

Hana irdina sangat lah kuat minum susu. Good hana.. Good.. Macam ni cepat lah mama boleh kurus.. Hehe.. Berjaya kah aku turun kan berat ke 60 kg balik??? masa last mengandung tu berat aku 85kg okey.. Pengsan tengok diri dalam cermin. Lepas je seminggu berat aku turun 78 kg.. Lepas beberapa hari xtimbang tu terus mendadak ke 74kg. Hari ni berat aku 72kg...

Mak aiii... Lagi 12 kg nak kena turun. Mak pesan kalau nak cepat jangan minum air masak banyak2. Aduh... Xdapat nak ikut.. Dah lah sekarang ni musim panas. Lepas tu setiap kali hana irdina menyusu. Aku dahaga.. Terus capai air dan minum. bab makan pulak ikut mood.. Kadang2 habis aku makan.. Kadang2 xhabis pun nasi sepinggan tu.. Kesian nasi tu.. 

Mak cakap orang dalam pantang makan xboleh tambah. So letak lah nasi banyak2. Tapi aku dah pesan seminggu lepas duduk kampung tu kat adik2 aku.. Xpayah letak banyak2 nasi tu. Letak je ngam2. Sayang kalau xhabis. Kalau kebulur lepas tu sila lah order air susu panas dekat adik2. Lepas tu cicah biskut. So makan xde lah control sangat. Ikut mood aku je. 

Baca dekat internet bila susu kan anak pun kalori terbakar.. a.ah bila susu kan hana irdina berpeluh2 badan aku ni. Tapi xde lah over sangat. Kalau lama dia menyusu.. Lagi banyak peluh yang keluar. owh patut lah berat boleh kurang sampai 13kg. Selain suka tengok hana menyusu.. Aku pun suka jugak lah.. Sebab lemak2 ni ikut jugak terbakar.. Indahnya ciptaan Allah..

P/s : subhanallah.. Tersangat indah dan tersangatlah sempurna nya setiap semua yang Allah ciptakan. Semoga kita menjadi hamba nya yang sentiasa bersyukur. Alhamdulillah. =) sayang encik iwan dan nur hana irdina.. =)





0 comments: