Friday, June 7, 2013

Hari ke 20


               

Hari ni bangun pagi2.. Lepak2 sekejap atas katil. Rasa malas sangat nak bangun. sebab semalam xboleh tidur. Dah lah siang xmengantuk langsung. Malam pulak pukul 10 lebih dah mengantuk. Tapi baby tembam hana irdina terjaga pulak. Susu kan dia.. Tukarkan diapers dia..dodoi2 kan dia dengan kasih dan sayang nya.. Lepas tu dah xmengantuk. Last2 pukul 1.30 pagi pun mata still lagi xboleh nak lelap. Kesian dekat diri sendiri. Mood redha.

Last2 entah macam mana terlelap lah sendiri.. Tapi disebab kan dah ada anak kecik comey2 ni.. Tidur malam dah x selena dulu lah. Bila anak nak susu.. Mama nya pun kena lah berjaga sama. Xpe lah dah tanggungjawabkan.. Bangun dengan penuh kasih sayang. Susu kan dia.. Tepuk2 montot dia.. tidur lah dia.. Kejap2 lagi pukul 4 pagi pun bangun lagi.. Dan 5 pagi pun bangun berjaga sampai pukul 6 pagi.. Hasil nya pagi2 bangun mama demam. 

aduh.. Macam mana ni. Nasib ada adik yang boleh diharap. Aku mandi. Minum susu... Cicah biskut. Telan 2 bijik panadol. Lepas tu pakai baju sejuk. Selimut... Sambung tidur. Pesan dekat yana.. Kalau hana bangun paans kan susu dalam freezer tu. Xnak bagi direct takut hana demam jugak. Nasib lah ada stok 5 botol dalam freezer tu.. Setiap 1 botol aku simpan 1 oz je. Yana kata laju dia hisap. Ala2 kesian nya anak mama ye...

Bangun2 check temperature badan.. Xbuat apa dah.. Laju check temperature diri sendiri je Alhamdulillah.. Dah normal. Hasil makan panadol.. Berselubung lepas tu badan aku pun berpeluh2... Dan saiko diri sendiri.. Kena cepat sihat kesian dekat anak. Disamping tu berdoa supaya dipermudahkan semuanya. Tu lah bila dah jadi mak ni.. Kekuatan kita automatik akan bertambah nak2 bila tengok muka anak sendiri... 

Masa bangun tu.. Tengok2 hana dah menangis.. Terus amek dia.. Bagi terus direct feeding. Keisan tengok dia. Nasib mama dah sihat. Kalau x.. Hana kena minum dalam botol lah ye sayang. hari ni budak kecik ni lawan mata.. Xmau tidur.. Puas dah bagi tidur. Last2 bila nak mandi petang tu baru tertidur.. Hai hana2. Lepas mandi nangis melalak2 sebab kacau dia tidur. last2 susu kan dulu baru sambung pakai baju... Terus lena..

Ni terjaga pukul 11 tadi aku susu kan dia.. tukar diapers dia.. Lena balik penat sangat ye sayang sampai minum susu pun sekejap je. Mintak2 lah malam ni hana xmeragam. Bangun minum susu. Lepas tu tidur balik ye sayang mama.. Amin... Amin... Hehe. sayang nur hana irdina... Semoga hana jadi anak yang solehah dan baik.xsabar nak tunggu dia panggil mama... Xsabar sangat2. Xsabar nak tunggu dia cium pipi aku.. Huhuhu..

P/s : syukur pada Mu Ya Allah.. semoga aku mampu menjadi ibu yang baik untuk anak ku ini. Semoga aku mampu menjadikan dia khalifah Mu yang berguna. Amin..amin. 





0 comments: