Wednesday, June 12, 2013

Nama itu untuk mu sayangku... =)


                

Nur hana irdina binti mohd idzuan. Hari ni umur dia baru 25 hari. Tapi badan semangat macam umur dah sebulan. Xpe lah anak ku.. Janji sihat. Mama pun happy. Pemilihan nama dibuat bersama2. Xbeli pun buku just google je. Cari punya cari ni paling last dalam list. Tengok maksud pun okey terus mama dan ayah nya bersetuju untuk letak nama nur hana irdina untuk dia.

Boleh dikatakan setiap bulan ada je nama baru untuk dia. Sampai kan encik iwan iye kan je.. Huhu.. Dia pun dah faham.. Sampaikan dia cakap.. Emm... Bulan depan tu lain pulak lah tu nama nya... Haha.. Ye2 aku cakap xdah2.. Ni last... Tup2 eh2 cyg ada nama best lah.. Hehehe. Biasa lah kitakan nak yang terbaik untuk anak kita.. Dan maksud nama pun mesti yang ada maksud..

First sekali nak nama nur ariana irdina.. Lepas tu.. Nur adelia irdina.. Lepas tu nur irdina je.. Lepas tu xingat dah.. Banyak lah.. Huhuhu.. Last berkenan dekat nama hana... Macam lembut je bila sebut hana tu.. Last2 tanya encik iwan.. Best x nama nur hana irdina? Dia pun cakap best dan tanya apa maksud...aku bagitau lah... Terus dia cakap okey... Best nama tu..

So jadi lah nur hana irdina.. Nur maksud nya cahaya... Hana maksud nya rezeki tanpa kepayahan ,kebahagiaan dan irdina pulak maksud nya kehormatan kami, kebajikan/keberkatan. Semoga anak mama menjadi anak yang solehah.. Dan berjaya didunia dan akhirat. Insyaallah..




2 comments:

cikyatt said...

comel baby.. tahniah.... :)

ayu iwan said...

T.q cik yatt =)