Thursday, October 13, 2011

Pagi yang indah

jam dekat laptop menunjuk kan tepat pukul 5.35 pagi. sebelum masuk tidur.. jom lah kita tunggu azan subuh.. dah solat baru kita tidur dan mimpi yang indah2 okey. disebab kan siang tadi dah tidur agak lebih dari yang disarankan..maka layak lah aku mengelarkan ia sebagai overdose. so.. malam harus tak boleh tidur kan.. maka macam ni lah. harus aku bukak laptop mencari sesuatu yang membolehkan aku agar mata ini tetap berguna dari aku memaksa dia supaya pejam.

sebenar nya tadi tangan aku agak gatal nak tukar template dekat blog kan.. terasa suram pulak bila guna warna gelap kan. kalau layout okey lah.. kalau latar belakang untuk tulisan tu bagi aku agak suram sedikit. so aku pun godek2 lah dekat google.. lepas satu.. satu aku cuba.. mencuba yang mana satu lebih serasi dengan keadaan sekeliling. supaya pembaca turut tenang.. huhu..

dan akhir nya.. yang ini menjadi pujaan hati aku setelah beberapa jam aku mengodek2... walau pun penat.. dan agak mengatuk jugak mata aku ni. aku tetap gagah kan jua.. aku harus melatihkan diri ini.. supaya buat kerja siap sampai habis. ah diri.. xperlu di manja2 kan selalu.. kadang2 kala perlu ditegaskan..agar kehidupan akan lebih terjamin dan lebih maju kedepan.

laju jari2 aku menaip dan meluah kan setiap apa yang berlegar2 dikepala aku.. tanpa aku sedari jam sudah menghampiri jam 6 pagi... maka solat subuh pun pasti sudah masuk.. mari lah kita menuanikan solat subuh.. dan mari lah kita menuju kejayaan.. demi masa depan yang cerah.. terbilang dan saksama. kejayaan tak kan datang bergolek tanpa usaha yang gigih dan semangat yang cekal. ayuh kita sama2 siap kan diri kita dengan kejayaan di dunia dan di akhirat... insyaALLAH.



selamat pagi dunia.. selamat pagi MALAYSIA...



0 comments: