Saturday, October 15, 2011

Harum breeze colour =)

selepas selesai solat subuh.. aku tidak terus menarik bantal.. aku melangkah kan kaki mencapai baju2 uniform. 3 pasang semua nya..!! aku iron kesemua dengan penuh kelembutan... terasa kelembutan hasil penggunaan downy antibac fabric softener  kegemaran aku. begitu senang kerja ku.. tidak perlu aku menggunakan tenaga berlebihan untuk menyelesaikan baju2 aku. harum meyusuk lubang hidung ku takala aku mengosak kedutan2 halus itu . ditambah dengan udara nyaman di hari jumaat.. sungguh tenang dan sempura ciptaan NYA.

selasai mengosok.. aku halakan baldi ke paip air... aku tadah sehingga aku rasakan air itu mampu merendamkan baju2 kotor aku. aku cedok sedikit sabun breeze colour dan ku tuangkan kedalam baju yang telah aku rendam dengan air sebentar tadi. harum!! aku suka sabun breeze colour...sungguh harum...!! ku biar kan semua itu berendam semantara menuggu leha mandi.. ah mata...!! pantang tengok katil... mesti mengantuk.stress aku!! ku capai nset yang berada disisi ku.. set.. bangun pukul 11 pagi.. niat dihati nak membasuh baju2...



hampa... apa lah susah sangat mata ni nak bukak.. aku tewas... pukul 12 tengah hari baru aku tersedar. dalam mamai2 aku gagah kan jua diri aku untuk terus bangun. aduh!! penat nya.!! itu lah penangan terlebih tidur. ku picit kepala ku.. pening. lalu aku mencapai tuala dengan langkah yang longlai.. aku meuju bilik air. emm.. baju2.. kenapa kau xbasuh diri sendiri. diri masih lagi tidak berpijak dibumi yang nyata... aku cuba melawan.. aku berjaya.. lalu ku ambil sehelai demi sehelai baju itu aku berus. berus dan terus kan meberus.. selesai. bagus. ku bilas. siap.

owh.. aku kena cepat siap.. kak mas pesan barang cosway. lalu aku dengan pantas melakukan semua kerja. takut lambat untuk punch card. 1 minute pun akan diberi surat..kenapa lambat? bosan nak menjawap. aku nekad megubah perangai. jika dulu.. kalau bersiap... memang lama.. padahal.. aku tetap aku..huhu. sekarang... dimula kan dengan bismilah.. tanpa aku melihat jam... wah syabas.. aku siap. dengan hati2 aku turun setiap anak tangga... jangan mengelabah nanti tulang belakang jadi mangsa.

dengan kadar yang pantas.. aku menghidupkan engine scooter LC ku. jimat beli motor.. hanya digunakan untuk pergi dan balik kerja.. minyak sebulan ku peruntukan hanya rm10. jarak antara rumah dengan tempat kerja 5 minit sahaja.. tapi malas aku nak berjalan. lagi pun kerja aku shift. foreigner pula.. sana sini. demi keselamatan.. aku beli motor. selepas engine scooter merah ku hidup.. apa lagi mahu ditunggu... jalan..... huhu. lembap sungguh kereta didepan ku... emm. ku mengekori dengan cermat..

alamak lagi 10 minute nak  pukul 2 petang!! ting tong.. habis aku. nasib baik kakak kedai tu paham dengan gelagat aku yang agak gelabah.. huhu.. dengan pantas kakak tu menbuat kerja. done.. sekali lagi masa untuk... yahooo... kita bawak macam nak ajak orang berlumba. sila jangan tiru gaya aku. sayangi lah nyawa demi orang yang tersayang. dengan pantas aku mengunci scooter ku.. biar apa orang nak cakap.. janji aku kunci motor aku. insyaallah akan lebih selamat. kita kena sentiasa berhati2. kejahatan didunia semakin membimbangkan.

aku terus berlari.. menuju kearah punch card.. wow!! 13.52 petang... aku berjaya.. owh!! aku terlupa.. jam di tangan ku sengaja aku cepat kan 10 minute... tersemyum aku sendiri. rezeki aku barang kali.. sampai sahaja.. ada orang bagi nasi.. wow...rezeki jagan ditolak. ditambah pula dengan perut ku yang berkeroncong mendendang kan lagu nostagial dahulu kala. alhamdulillah... kenyang. terima kasih YA ALLAH. pekara biasa mencari rooster.. kerja di mana hari ini.. huhu... great. dekat inpatient bergandingan dengan roomate aku saliha.

owh hari ni ade sesi fotografi.. ah lupa pula aku nak bawak blusher..eye liner dan maskara. huhu. tak pe lah.. aku keluarkan bedak miyami untuk menambah sedikit yang mana sudah hilang dek kerana cahaya panas matahari. ku oles kan sedikit lip gloss. siap. jom kita bergambar. yeah.. tak lama lagi..punch aku akan ade gambar. dimana yang lama hanya lah laminate sahaja. huhu. syukur. selesai sahaja... aku perlu turun segera.. prescription inpatient menanti aku.

hari ni merupakan hari yang agak busy untuk inpatient. syukur ada student yang membantu. tak terasa langsung waktu bekerja hari ni.. 9 malam.!! yahoo.. masa untuk aku pulang. damn!! kasut kerja aku rosak. emm nasib badan.. setahun bekerja.. masuk ni kasut yang ke 3. semoga kasut ni akan terus berbakti kepada aku sehingga cukup bulan. akan ku ganti yang baru. bersabar lah wahai kasut. aku sangat sayang kan kau... mengertilah jeritan batin aku ni. ikhlas ku tujukan kepada mu wahai kasut. terasa selesa memakai mu.

esok kerja double.. dispense 1.. sabtu adalah hari busy bagi kpj selangor, shah alam. kami di bahagian pharmacy sudah mengerti akan fenomena itu. redha... itu lah tanggungjawab... diberi gaji untuk melaksanakan tanggungjawab. harus aku jujur dan ikhlas. semua itu adalah tanggungjawab dimana diakhir bulan aku akan dibayar gaji setimpal dengan kelulusan ku.. syukur... maka harus aku berkerja dengan sungguh2.. takut kerana ia nya akan menjadi darah daging aku. dibayar gaji untuk bekerja sekian2.. akan aku laksana kan. itu lah perjanjian yang telah aku tandatangan semasa perlantikan aku sebagai pharmacy assistant.