Friday, October 14, 2011

Downy antibac

hari off day... lepas solat subuh baru aku tidur dengan gembira nya.. tanpa aku sedari langit sudah bertukar warna.. dari gelap kelihatan biru yang nan indah disinari cahaya matahari.. tet..tet....!! kedengaran nset ku berbunyi.. massage masuk.. aku bace... dalam mamai2.. aku cube teliti setiap ayat yang terpapar di skrin. lama aku mengamati... owh!! kak z nak tukar duty 18.10.2011... kalau dengan kak z aku jarang menolak.. kesian barangkali... ibu tunggal.. anak2 masih perlukan perhatian dia. tempat bergantung harap setelah kematian ayah.

ku toleh kiri..ku toleh kanan... damn!! sudah pukul 2 petang. yang ku mahu kan terjaga pukul 11 pagi... apa kan daya.. kalau sudah tidur nya pagi.. mana mungkin boleh terjaga seawal 11 pagi.. tanpa melengah2 kan masa.. aku bingkas bangun terus ke bilik air.. membuka paip untuk mengambil air sembahyang. alhamdulillah selesai sudah solat... aduh!! mata...!! tilam empuk!! huhu.. aku gagal melawan.. akhir nya terlena aku dibuai mimpi yang seram2!! dalam kebingungan.. ku meraba2 di sisi ku mencari nset.. 5.30 petang.. pantas ku capai tuala membersih kan diri..

tuala kenapa kau sangat tebal... sangat penat aku mahu membersihkanmu.. cadar.. kenapa kau sangat panjang... kebas jari jemari ku mahu memerah mu. selesai sudah tuala dan cadar ini yang xdicuci hampir sebulan setengah. downy antibac fabric softener menjadi pilihan sejak kebelakangan ini.. harum semerbak pakai-pakai aku menembusi lubang hidung. sangat harum... aku biar kan semua itu berendam sementara aku keluar mencari makanan untuk aku mengisi perut aku yang semestinya kosong. aduh!! lapar sangat.

lenggong menjadi sasaran aku kali ni. aku memberhentikan motor aku tepat di garisan untuk motosikal. mee hoon goreng yang enak menjadi pilihan aku. ah nafsu makan. !! satay!! kempunan agak nya.. lantas aku order 5 cucuk satay ayam. dekat rumah tak da siapa pun.. jadi dengan mee hoon goreng 5 cucuk satay saja yang mampu aku sumbatkan kemulut aku. sampai dirumah.. azan maghrib bekumandang. x berapa elok kalau masuk rumah tika ini.. lalu aku duduk.. selesai azan.. aku masuk rumah.

azan bekumandang.. jom lah solat dulu. sebelum solat.. aku sidai cadar dan tuala serta sarung2 bantal. aduh!! penat nya... berat... sesak sekejap nafas aku. kembali normal setelah 2 minute. selesai menjemur.. kaki ku berjalan meuju ke bilik air.. memuka paip air untuk mengambil air sembahyang..selesai.! makan sesudah solat isyak.. maka.. sangat2 senang hati kerana tuntuan ku sebagi hamba.. telah aku laksan kan. alhamdulillah. syukur. ku hala kan remote untuk menghidupkan tv. bosan!! tak ada apa2 cerita yang membolehkan aku duduk lama2 didepan tv. habis makan.. aku tutup tv.. bukak laptop.