Friday, August 10, 2012

Berbaloi2.. =) =)






menu untuk berbuka hari ni... tomyam ayam.. ayam goreng dengan tepung Kentucky.. ayam masak kicap.. lepas tu agar2 milo.. yeaahhh semua buat sendiri. eh2 makan 2 orang je.. tapi banyak nya masak.. huhu... xpe2 simpan untuk sahur sekali yea.. senang bangun2 panas kan je dalam microwave tu. menu hari2 adalah ayam... hehehe.. apa boleh buat saya suka makan ayam. ikan suka jugak.. tapi nanti2 lah makan ikan. huhu. xpe masak je.. lama2 okey lah tu. kan2... dari xmasak2 kang lagi xtau.. dah lah memang xtau.. lagi mau malas. so sila lah belajar sikit ye. seronok jugak ek masak ni. nak2 lagi.. kalau apa yang kita masak tu semua nya habis. rasa berbaloi2. biar lah lauk tu simple je pun. janji licin... sangat lah puas hati nya... =) =)

Thursday, August 9, 2012

nak red velvet cake






red velvet cake.... yummy2.. pernah beli cake tu tapi 1 slice je lah.. tapi dia buat xberapa nak ummm. so kecewa. lepas tu try pulak dalam bentuk cupcake.. waahhhhh sedap nya. nak lagi.. nak lagi. aku memang suka cheese... toping dia tu rasa nya ada cheese sikit kot. sebab ada rasa macam cheese je. dekat mana ye nak beli 1 slice cake ni?? kalau nak beli yang besar tu.. mak aiii.. zaman bila entah nak habis kalau letak dalam peti ais tu. kalau sedap boleh lah 2 minggu licin. kalau xsedap?? emm.. entah habis ke x. apa yang penting... nak cake ni.. nak cake ni. hehehehe...



Bangun sahur =)



gambar copy dekat page islam itu indah =) credit to : klik sini .. =) 

alhamdulillah selesai dah makan sahur untuk hari ni. lauk sahur hari ni ayam masak merah. emmm sedap2.. hehe.. eh tetiba je nak puji diri sendiri ni. hehe. encik iwan cakap ada peningkatan dah ni. first2 trial untuk masakan ni ayam keras.. sebab goreng lama sangat. nak makan pun susah. tapi habis jugak time tu. xbaik membazir. so kena lah habis kan. emm.. tahun ni banyak kali jugak lah xbangun sahur. sedih2... sebab aku kalau xbangun sahur rasa terkilan cikit. tapi apa boleh buat... dah terlajak tidurkan. so redha je. nasib malam2 dah niat

hari ni kerja masuk pukul 5 petang. yahooo.. so boleh lah lipat kain yang dah bertimbun tu. boleh lah vakum rumah. boleh lah tidur lebih2 cikit kan. boleh lah buat apa2 yang patut. duty ni katanya untuk puasa je. kiranya orang yang kerja petang.. ada 4 orang semua. duty asal nya pukul 2 petang.. tapi sorang akan masuk pukul 5 petang dan balik pukul 12 malam. sebab kadang2 pukul 9 malam-12 malam tu agak busy jugak bulan2 puasa ni.. tapi kalau x puasa pun sama je. so kiranya ikut nasib lah. kalau bernasib baik xbusy lah kerja malam kau tu.

p/s : YA ALLAH berikan lah kekuatan untuk aku memaafkan dia itu. emmm.. kuatkan lah hati aku ni. sesungguhnya jauh dalam lubuk hati ni... aku terasa. sangat terasa. memberi kemaafan itu mudah.. tapi untuk melupakan sangat susah. selamat berpuasa semua. dah masuk 10 ramadhan terakhir dah. semoga dapatlah kita sama2 meningkatkan amalan kita diakhir ramadhan ni. amin.. amin.. amin...


Raya oh raya.. =)






lagi 9 hari je nak raya. tahun ni raya first rumah encik iwan.. emmm.. huhuhu. eh2 jangan nak mengada2 ye ayu.. xpe2 dah kawin kan kena lah bergilir2. kalau raya aidilfitri ni first day rumah encik iwan. raya aidiladha kang harus lah balik kampung aku kan. hehehe.. =) haaa.. baru lah adil. kena lah ada sikap tolak ansur.. jangan pentingkan diri sendiri. macam keluarga aku.. memang siapa2 baru kahwin.. raya pertama kali tu.. mesti kena raya rumah lelaki dulu. xpe aku okey je.. alah petang ahad tu gerak lah balik sabak bernam kan. hehehe.. mintak2 jalan xjem.. =) =) oh jem?? no2.. memang xsuka. tension okey.

hari rabu encik iwan dah kerja.. huhuhu... sedih nya... aku pulak hari jumaat baru kerja. petang selasa tu dah kena gerak balik shah alam balik. so kira adil lah. 2 hari rumah encik iwan... 2 hari rumah mak ai. I okey je.. hehe =p so hari rabu aku duduk diam2 dekat rumah. hari khamis nak ajak encik iwan pergi mana2 je lah. tapi nya.... 18 haribulan august tu... adalah hari sleeping day aku... emmm macam mana ni ek.. ek.. confirm mata sangat mengantuk lah. emmmm.. mintak2 lah okey je.. mintak2 lah boleh bertahan.. wahai mata... sila lah beri kerjasama yang erat ye.. huhu

macam raya tahun lepas.. malam raya aku xtidur pun.. pagi2 raya otak dah xberapa nak betul.. huhu. pukul 2 tengah hari mata dah xboleh nak bukak. pergi rumah orang asyik lah makan je kuih tu supaya xmengantuk. last2 pukul 5 petang baru dapat balik rumah. mak aiii... xlarat nya lah. ha.. amek kau aku tidur pukul 5 petang bangun nya pukul 10 esok pagi. eh2?? hehehe. masa tu nasib baik lah ber honeymoon so.. boleh lah tidur dengan aman nya.  apa nak jadi time tu.. jadi lah.. yang penting otak kena rehat.. dia dah penat sangat. hehehe. =) =) 



p/s : tidur2... esok bangun sahur.. =) =) raya oh raya... raya tahun ni lain sangat2 sebab dah kawin =)

Tuesday, August 7, 2012

Seimbang =)




Selamat tengah hari... Cuaca hari ni okey2 je... Mood I pun okey2 je... Berkerja dengan hati yang gembira.. Ikhlas.... Dan redha.. Hehehe.. Sila muntah.. Huhuhu. Emmmm duty send discharge.. Huuuuuuu penat jugak lah.. Kalau Turun satu2 discharge tu? Emm memang rasa nak mengeluh jugak lah... Tapi kejap je... Hehe. Aiii kerja kan.. Kena lah kerja betol2kan. Hujung bulan nak gaji tapi kerja   banyak main2... Huhuhu. Xpatut2.... Emmmm tapi jangan lah serious sangat... Bosan pulak kerja. So seimbang lah... kan besssttttttt macam tu...kan...kan... =)

Monday, August 6, 2012

Happy birthday sayang =)




Happy birthday sayang.... =) semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Sayang dan cinta awak... Hehe... Emm lagi apa ye... Semoga apa yang awak lakukan akan berjaya... Saya tau awak mampu lakukan... =) loveeeeee youuuuuuu =) 


Sunday, August 5, 2012

Gejala sosial dikalangan remaja.




kalau kita baca surat khabar.. pasti akan ada kes2 yang melibatkan remaja. hampir setiap hari kes2 yang berat dilaporkan. emmm.. takut nya lah dengan zaman sekarang ni. macam2 kes... apa lah nak jadi. kenapa lah buat sesuatu tu xfikir panjang. kalau apa yang diorang buat tu hebat sangat.. xpe... ni kalau melibat kan orang lain.. terutama keluarga.. huh.. memang agak menyusahkan jugak lah.

apa yang penting.. kalau nak memilih kawan.. kena lah pilih dengan betol. kalau nak lepas kan tension or stress tu.. boleh tapi jangan lah pergi tempat2 yang xpatut. apa kata cuba ambil wuduk.. lepas tu buat solat sunat atau baca al-quran.. jiwa yang xtentram pasti akan tenang. kalau nak buat apa2 tu.. fikir lah ibu dan bapa kita yang dah banyak berkorban untuk kita.. untuk adik beradik yang lain.

bukan senang nak membesarkan anak2 ni. macam2 ibu dan bapa korban kan demi anak2 mereka. antara nya masa.. tenaga... dan duit mereka. walaupun aku xde anak lagi. tapi disebab kan dulu hidup susah. kehidupan dulu sekolah.. rumah.. sekolah.. rumah.. aku tau penat nya ibu bapa kita nak besarkan kita. bertapa hebatnya pengorbanan mereka itu. xdapat nak dibalas dengan wang ringgit.

adik2 sekalian.. nak buat apa2 fikir lah panjang2.sememangnya...gejala sosaial dikalangan remaja semakin merungsingkan. dan adik2 belajar rajin2.. gembirakan lah hati ibu bapa kita selagi mereka masih ada.. jangan sesekali susahkan hati mereka dengan perkara2 yang merungsingkan kepala mereka. jaga diri baik2. dunia ni sementara je... akhirat tu yang kekal. selamat berpuasa semua =)


Jom tengok ... =)



encik iwan punya blog. sebenar nya... dia lah yang buat blog dulu dari aku. bila tengok dia buat tu... aku pun nak buat jugak. macam best je bila ada blog kan. boleh jadikan diari harian kita sendiri. bila dah ada anak2 boleh suruh @ paksa dia baca blog mak dia ni ha.. kejam sungguh mak kau nak. hehehe.

kalau nak cerita hari2 dekat orang. sapa nak dengar kan. baik type dekat blog ni. tapi agak2 jugak lah nak luah kan. jangan terlalu emosional. rasa macam setiap hari nak update blog. walaupun xde lah ramai sangat nak view.. tapi saya sangat suka update entry. hehehe. =) =) terima kasih encik iwan.

Saturday, August 4, 2012

Bazar ramadhan.. =)



duty pagi.. siap dengan relax nya. tapi last2 kelam kabut jugak. ciss dah sampai dekat motor.. nset pulak tertinggal. alamak lagi 5 minit nak pukul 7 pagi. emm xpe lah.. dah lambat. abai kan je nset yang tertinggal tu. so kerja lah dengan okey nya. alhamdulillah hari ni xbanyak sangat masaalah. ada tu ada.. tapi biasa lah kerja kan.. dalam hati redha je.. huhu

tadi beli lauk dekat bazar ramadhan. emm.. boleh makan pun sikit je. aii xlalu lah tekak aku ni. nasib baik habis jugak lauk2 tu. nak kata aku ni pandai masak.. xjugak. nak kata aku ni memilih bab2 makan ni. memang x.. apa je yang mak masak aku makan je. belasah je... janji ada makan kan.. lepas tu perut pun kenayang... hati banyak senang. hehe.

kesimpulan nya.. masak lah sendiri lauk2 ye.. hehe. kalau nasi kerabu ke.. nasi apa2 ke.. aku okey je. cuma nasi lauk2 ni.. aku kena cari yang betul2 sesuai dengan tekak aku. baru lah best kan... =) makan pun gembira je. hehe.  kalau xkena dengan tekak.. aku diam je.. dan berusaha untuk habis kan. nak buang fikir 40 kali. huhu...kalau xboleh sangat2 tu.. TERPAKSA. huhu.


Friday, August 3, 2012

Anak-anak sedara =)






esok hari jumaat. kerja pagi. duty dekat discharge. pagi2 kena order ubat. lepas tu topup trolley. lepas tu suka hati nak buat apa. sila lempang laju2. banyak cantik suka hati je. okey2 patient semua. jangan discharge esok ye... discharge lah esok lusa ye. sebab esok saya dekat discharge. hehe. okey2 dah. jangan melalut. jumaat... sabtu... ahad.. discharge memang the best. sila lah redha.

esok adik sedara nak datang rumah. lepas tu sabtu kak long pulak nak datang. yeaahhh seronok nya lah bila ada orang datang rumah ni. meriah2. rindu adam.. alif.. semua2 lah anak2 sedara aku.. aku rindu. ada 4 orang anak sedara. 2 anak along.. 2 anak angah. semua hero2. terbaik lah hero2 ni. muhamad adam.. muhamad alif harraz.. midhal ajmal... hail uqail.. =)

p/s : sebelum tidur kena siap2 iron baju uniform.. jangan malas2 ye puan muda ayu. sila lah rajin2 kan diri ironkan baju anda tu..esok kerja pagi... jangan lambat walau seminit okey puan muda ayu.... =) =) mintak2 semua okey je esok. amin.. amin.. yang penting jangan lupa bangun sahur ye...ye.... hehehe... =) =)


Thursday, August 2, 2012

Happy anniversary =) =)



Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary tickers


eh diam xdiam dah nak masuk 2 bulan dah. huhu. macam xpercaya je. kenapa xpercaya kah puan muda ayu?? sila lah percaya. rasa macam baru minggu lepas je nikah. eh2?? apakah?? hehe.. aura pengantin baru masih terasa.. hehe.. emm.. bercinta pun dah nak masuk 5 tahun 10 bulan. dulu2 masa couple. setiap kali 2hb encik iwan mesti akan wish.. kadang2 aku lupa. tapi dia ingat je. huhu. start bercintan cintun  2.10.2006. emm.. boleh tahan jugak lama nya kan. semoga rasa kasih dan sayang itu akan kekal abadi. amin. amin. yang pasti.. cinta lepas nikah lebih bermakna dan indah... =) =) 

nikah pun 2hb jugak.. so lepas ni agak2 rajin boleh lah aku wish 2 in 1 kan. senang... sekali wish je. hehe. eh kena pulak. senang lah nak ingat. bagus2. cun lah kan. isnin depan birthday encik iwan lah. wish sekali dekat sini lah ek.. hehe. happy birthday sayang. =) semoga panjang umur.. murah rezeki.. dan jodoh kita akan berkekalan.. amin.. amin. ( jangan nakal2.. kang pancit tayar kereta u i buat okey.. eh?? reti ker puan muda ayu?? ciss... huhuhu ) emm cukup lah tu.. 3 in 1 wish untuk hari ni kan. bagus2. emmmm... emmmm.. emmmm... sayang awak sangat2. hehehehehe.. *malu* =p 


Wednesday, August 1, 2012

Selamat berbuka semua... =)



gambar macam biasa... men google je.. thanks google image.. =) 


selamat berbuka puasa untuk semua umat islam. emm.. aku macam biasa lah.. aku kalau hari2 biasa ni... kalau duty balik pukul 2 petang atau 4.30 petang ( bulan puasa je balik cam gini ) memang berbuka sorang je dekat rumah. tapi xpe.. nak buat macam mana kan relax2 je. lepas encik iwan balik baru makan berat2. sementara tunggu dia.. aku just makan sebiji kurma dan minum air.. cukup dah. =)

kalau kerja petang.. berbuka sama2 lah dengan kawan2 dekat hospital. tapi kalau duty aku je aku rela kerja petang.. hehe. nak buat macam mana kan. kerja je lah diam2. emm.. encik iwan memang nak makan dekat rumah je. sebab dia penat nak keluar. sori lah ye kalau saya masak xsedap.. hehe.. =) =) so memang kena masak je lah. xpe2 nak suruh aku pandai masak lah tu kan.. hehehe...

p/s : rindu mak...abah... rindu masa zaman sekolah... balik rumah.. kemas rumah.. jaga adik2. rindu semua tu.. sekejap je masa berlalukan. adik2 pun dah besar. dah nak sama tinggi pun. =) mereka tetap dihati selamanya... =) =)


Premium beautiful...




credit to : doctor hafiz... klik sini untuk ke blog beliau... 


corset ni mempunyai FIR @ far infrared rays.. dimana terdapat banyak keistemewaan dari FIR ni... diantara kelebihan2 yang diperolehi adalah :

1) memperbetulkan aliran darah dalam badan
2)meningkatkan kadar metabolisma
3)memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
4)mengelakkan pertumbuhan bakteria
5)mengeluarkan peluh asid
6)menggalakkan tumbesaran lebih teratur
7)mengekalkan kesegaran badan
8)mengurangkan kandungan asid dalam darah
9)meghilangkan kesakitan pada tubuh badan@ tempat yang sakit
10)tidur lebih selesa dan nyenyak
11)menghilangkan bau badan
12)menghilangkan kulat dan fungus
13)membersihkan udara dalam badan
14)mengekalkan kepanasan suhu badan
15)menghalang pembiakan sel kanser dalam badan
16)memperbetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik

corset ni ada 3 bahagia.. long bra... waist nipper (bengkung) ... dan last sekali long girdle. bila pakai badan rasa kemas je. bila dah try memang confirm jatuh hati. yang penting kena konsisten. pakai je 8 jam sehari.. confirm hasil nya akan tip top. kita pakai je.. corset yang akan buat kerja dia. kan corset premium beautiful ni ada FIR... so apa tunggu lagi... jom2 kita jaga badan kita.. =) kesihatan + kecantikan. 



Monday, July 30, 2012

kerja shift??




aku memang kerja shift. kadang2 tu masuk pukul 8.30 pagi balik pukul 5 petang... macam shift aku masuk kerja pukul 7 pagi.. balik kerja pukul 2 petang. shift masuk pukul 2 petang balik kerja pukul 9 malam. shift malam pulak masuk pukul 9 malam.. balik pulak pukul 7 pagi keesokan nya. farmasi tempat aku kerja ni 24 hours. so sebab tu lah ada shift2 ni ha. kalau dapat direct seminggu office hours... masuk pukul 8.30 pagi balik pukul 5 petang. hari sabtu tu half day.

emm best ke kerja shift?? ada best nya.. ada xbest nya. best nya dekat tempat aku ni.. bila kita ada hal pagi.. duty kita pulak kena masuk pukul 7 pagi.. kita boleh tukar dengan kawan yang duty kerja petang. kiranya kita settle kan hal kita pagi tu.. kita masuk lah petang. ha gitu... tapi kalau selalu sangat nak tukar.. rimas jugak kawan2 yang lain kan. apa2 pun.. disebab kan kerja dah memang shift.. maka nya kena lah redha.. rela dan ikhlas kan. dah nama nya kerja kan.

yang xbest nya. sebab hari sabtu confirm kena kerja.. hehe.. kalau nak cuti tu kebetulan kerja malam hari khamis jumaat.. atau kerja malam rabu khamis.. ha.. tu baru lah dapat cuti kan. kalau x.. sila lah kerja. lepas tu hari ahad... pun kadang2 kena kerja. kadang2 kerja pagi.. kalau dapat kerja petang?? ha?? best ke x?? mesti xbest kan.. tapi xpelah.. aku ni xkesah pun.. kerja je. mengeluh kejap je. tapi kerja.. kerja jugak.. dah kerja kan... xnak kerja duduk rumah diam2.

nasib baik lah dapat encik suami yang paham kerja aku macam mana. encik suami pun sendiri sibuk dengan kerja dia. sampai rumah confim pukul 9.30 keatas. kadang2 pukul 10 malam. aku pun paham kerja dia. cuma orang2 lain lah.. kadang2 xpaham sibuk kita macam mana. xpelah.. redha je. nasib baik mak aku paham kerja aku macam mana. terima kasih mak. kesimpulan yang sangat2 padat... aku suka kerja aku. biasa lah kerja mana yang xpenat.. =)






Terima kasih mak.. =)




hai... selamat tengah hari semua. hari ni kerja petang. so pagi2 kita buat lah apa yang patut ye. benda paling penting kena sapu rumah. rumah ni cepat sangat berhabuk. tension aku tengok habuk2 tu. semalam balik kampung kejap je.. sebab nak hantar kunci rumah baru dekat mak abah. aii macam mana lah boleh terbawak balik ke sini... owh petanda dapat balik kampung lagi lah tu.. weheee.. =) sayang mak.. sangat2. 

semalam mak masak nasi beriani.. emmm.. sedap2.. terima kasih mak. walaupun dapat balik kejap je.. tapi xpe yang penting dapat jugak tengok mak. ala shah alam dengan sabak bernam bukan juah sangat pun.. encik iwan drive masa nak ke sabak tu.. gerak dari sini dalam pukul 4.15 petang sampai sabak dalam pukul 6.15 petang. dalam 2 jam je. cuma malam tu masa nak balik shah alam jem.. dekat 3 jam lebih jugak. 





Friday, July 27, 2012

Kau dan Aku... =) =)




oh rumahku syurgaku.. terasa sangat tenang bila masuk dalam rumah ni. hilang semua masalah. walaupun rumah sewa je.. tapi tetap best.. heheh =) semalam encik iwan balik rumah dia bagitau.. team leader dia pujuk lagi dia.. jangan resign... kelakar lah... sebab xsangka lelaki yang pendiam macam dia tu menjadi staff kesayangan... hehe. saya tau kenapa awak jadi staff kesayangan..=) tahniah cygku.. dari kehidupan yang susah... awak berusaha sendiri untuk mencipta nama dan mencapai kejayaan disesuatu tempat. bukan senang nak senang. semua kena usaha sendiri... kan cayang kan...

sebenarnya encik suami dapat tawaran kerja dekat bank lain.. emm.. xpayah lah sebut nama bank tu.. bank tu agak terkemuka jugak lah. so bila dah macam tu.. encik suami pun keliru lah. gaji lebih kurang je dengan tempat kerja lama..tapi tempat yang baru ni mungkin banyak benefit nya. masa berkerja je yang okey sikit. habis kerja pukul 6 petang. lepas tu dekat area petaling jaya .. cuma nak kesana tula... jem. emm.. job description memang macam sama je lah dengan tempat kerja sekarang ni.. senang lah macam tu... masuk2 kerja je dah tau apa nak buat. xpayah nak kena ajar semula kan.

p/s : seriously apa saje keputusan yang awak buat.. saya akan sokong dari belakang. saya tau..  awak pasti lebih tau apa yang terbaik untuk keluarga kita. untuk masa depan kita.  saya tetap akan berdiri dibelakang awak.... kalau saya penat saya duduk kejap ye.. hehehe. eh xde lah gurau je. sebenar nya encik iwan nak kerja yang balik awal.. hehe.. xpe2 cyg.. fikir baik2. saya ikut je apa pun keputusan awak. saya tetap sokong awak. sayang awak sampai bila2... peduli lah orang nak cakap apa pun.. hehehe.. =)




Thursday, July 26, 2012

Kurniaan MU =)




alahai... mengantuk pulak mata ni... macam mintak tidur je.. kan2.. maka nya dengan ini harus lah tidur.. sebab kepala dah ting tong.. ting tong. sebab semalam bangun pukul 2.30 tengah hari.. tidur 5 jam je lepas tu keluar pergi isi minyak motor. lepas tu pergi bazar cari kuih muih sikit. balik tukar baju masak pulak. semalam try buat wantan goreng.. berjaya tapi tawar.. sebab lupa nak tambah serbuk lada dekat isi nya. hehe. xpe2 kita belasah je makan... tapi sedap jugak.. habis jugak laki bini ni makan.. =) 

ni hari ni pulak.. pagi2 pukul 7 pagi dah bangun. lepas sahur xtidur sebab tadah air kan. lepas dah siap sahur sambung tidur kejap. pukul 7 pagi bangun iron kan baju encik iwan. sila lah bangun ye cik ayu. hari ni kena mandi awal2. sebab kang lambat2 air dah slow. lepas tu melepak2 kan diri. tup2 eh jam dah pukul 4 lah.. mata pun dah nak tertutup ni ha. ye lah 10 jam berjaga untuk hari isnin... 10 jam berjaga untuk hari selasa.. mana x ting tong nya kepala aku ni ha.. alahai.... cepat2 nak tidur ni.. hehehe.. 

jom tidur... hari ni xpayah masak. sebab xde air.. hehe.. pandai air ni xde time gaji aku masuk kan. kan.. memang nice2 je.. yeaahhh.. dah lama xdating dengan encik iwan. hari ni nak makan dekat mana?? emmmm...tidur dulu lah... bangun kang kita fikir2 balik ye... =) yang peting dalam kehidupan berumah tangga ni.. sentiasa lah give n take.. bertolak ansur...serta kalau ada yang xpuas hati cepat2 bagitau.. bawak berbincang.. bila berbincang tu elok2 lah.. relax2 je..  jangan pendam sorang2.. kang merana. 

p/s : komunikasi antara suami isteri sangat lah penting. sebab pemikiran lelaki dan perempuan ni xsama.. ALLAH ciptakan kita untuk saling melengkapi. =) terima kasih YA ALLAH syukur alhamdulillah ...  kerana mengurniakan perasaan kasih dan cinta ku kepada seorang lelaki yang bernama suami... =) =) 


Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.
Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.
Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.
Letakkan cinta Allah di  dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.
Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.
credit to : copy dekat sini... =) 




night mask nutox



yeaahhh.. seriously sangat2 suka lah dengan night mask nutox ni. senang je nak pakai. dia macam krim.. just ambil sikit je.. xpayah banyak2. nutox ni kan product yang jimat. sebab amek sikit je... dah cukup untuk 1 muka. range harga pun xde lah mahal.. tu pun boleh pakai untuk 2 bulan lebih. bila dah rata kan ke seluruh muka... boleh lah tidur. kulit muka akan rasa tegang cikit. xde tegang sangat2. kalau sangat2 bahaya pulak untuk jangka masa panjangkan. esok pagi bangun2 dah boleh cuci.. lepas tu cuci muka dengan pencuci muka nutox. terasa sangat segar kulit muka... =) =) sekian terima kasih.. terima kasih nutox.. kerana meyediakan mask yang senang untuk dipakai.. =) = )

Mid valley jom.. huhu




hari ni dekat rumah xde air.. dia kunci tangki dari pukul 9 pagi.. sampai 12.30 tengah hari esok. diaorg repair kot. air dah siap2 tadah dah. mintak2 lah cukup. emm pagi2 tadi dah mintak izin dekat encik iwan nak pergi mid valley ada nak beli barang sikit. maklum lah rumah kan sebelah ktm. so senang lah nak pergi mana2.. dan shopping mall paling senang adalah mid valley. naik dari shah alam turun dekat kl sentral. tukar platform naik tren ke seremban. ala dekat kl sentral tu 1 stesyen je dah sampai.

tapi nya.. bila fikir empat puluh kali.. alahaiii bosan nya jalan sorang2 kan. bulan puasa pulak tu. emmm.. tu lah kalau kerja shift ni.. cuti xsama pulak dengan kawan2. kawan2 kerja... kita cuti.. kita cuti.. kawan2 kerja pulak. macam tu lah. encik iwan memang kerja direct sampai sabtu. cuma sabtu half day. dah kerja ni susah pulak nak keluar dating sama2.. hehe. maklum lah cuti xsama kan. sebab kadang2 ahad pun aku kerja. nak buat macam mana.. sila lah redha.. pasrah... dan ikhlas... =) 

kalau dulu student ye boleh keluar tiap2 minggu... kan cuti sabtu ahad. dah kerja ni lain pulak cerita nya. dan sekarang... mood nak jalan2. sebab beli sesuatu... hehehe. tapi macam tu lah.. boring pulak jalan sorang2. tapi aku ni kalau dah nekad.. semua benda jadi luar biasa.. persetan kan apa orang cakap.. ye itu aku.. itu kalau nekad sangat2 lah. hehe.. tapi sekarang xde nekad mana lah.. kan dah fikir empat puluh kali. jadi mana nak datang nya nekad tu...hai...  ayu... ayu.. huhu ... 

p/s : encik iwan saya sibuk dengan kerja. saya paham kerja dia... saya sentiasa sokong apa sahaja yang dia lakukan. sebab saya tau.. dia memang sangat rajin bila berkerja.. =) =) saya sangat respect dekat dia. bertuah dapat kenal dia.. =) tapi tu lah.. apa2 saya nak buat saya kena buat sendiri. masa bersama encik iwan sangat2 lah terhad... =) encik iwan... saya nak amek lesen?? hehehe... =) 


Gaji... yahooo... =) =)



gambar macam biasa lah.. men google je dekat google image... thanks google image.. hehe =) 


selamat pagi semua... cuaca di shah alam pagi2 ni baik2 sahaja. hati ini sangat tenang melihat kebesaran MU YA ALLAH... sungguh sempurna. =) hari ni bangun awal..hehe.. biasa nya cuti2 macam ni.. lepas salam encik iwan aku sambung tidur. tapi hari ni rasa macam xnak tidur kenapa ek?? owh hari ni gaji... hehe.. tengah kemas kini kan perbelanjaan. ya harus... harus lah berbelanja dengan bijak kan. alhamdulillah dah nak setahun lebih kerja.. duit gaji cukup sampai gaji yang seterus nya. syukur2... =) =)

mungkin sebab aku pakai motor je kot pergi kerja. hehe.. ala kereta encik iwan kan ada... dia pergi kerja naik tren.. so kereta dekat bawah tu duk diam2 je dekat parking. boleh je aku nak bawak pergi mana2.. tapi.. ada lesen ker?? ker?? hehe... haii.. bila lah nak amek lesen kereta ni. huhu. Nasib baik aku berkerja.. jadi xde lah harap duit gaji encik iwan semata2.. encik iwan ada part dia.. dia kena bayar sekian2.. aku pulak ada part aku.. kena bayar sekian2.. biasalah kehidupan berumahtangga.. susah senang bersama2..

yang paling penting sekali... nak repair handset... kesian nset tu dah lama kena duduk diam2 dalam laci. sori lah nset xjaga awak dengan betol2. mana xrosak nya asyik jatuh je.. dekat jalan tar dah berapa kali jatuh.. dekat lantai dah berapa kali jatuh. lama2 bosan jugak nset tu kan asyik jatuh je.. huhu. ni dia rehat kan diri kejap.. dia merajuk xnak on2.. merajuk sebab tuan dia xnak jaga dia betol2.. huhuhu. xpe2 kang kita g kedai ye.. kita repair2. emmmm sayang sangat2 dekat nset tu.. cepat2 lah dia on balik.

p/s : kalau saya bersuara... pasti berkesan dihati.. jadi jangan mencabar kesabaran saya. saya masih boleh bersabar... sebab saya nak jadi baik.. hehehe... =) =) peace... =) =)