Thursday, August 9, 2012

Bangun sahur =)



gambar copy dekat page islam itu indah =) credit to : klik sini .. =) 

alhamdulillah selesai dah makan sahur untuk hari ni. lauk sahur hari ni ayam masak merah. emmm sedap2.. hehe.. eh tetiba je nak puji diri sendiri ni. hehe. encik iwan cakap ada peningkatan dah ni. first2 trial untuk masakan ni ayam keras.. sebab goreng lama sangat. nak makan pun susah. tapi habis jugak time tu. xbaik membazir. so kena lah habis kan. emm.. tahun ni banyak kali jugak lah xbangun sahur. sedih2... sebab aku kalau xbangun sahur rasa terkilan cikit. tapi apa boleh buat... dah terlajak tidurkan. so redha je. nasib malam2 dah niat

hari ni kerja masuk pukul 5 petang. yahooo.. so boleh lah lipat kain yang dah bertimbun tu. boleh lah vakum rumah. boleh lah tidur lebih2 cikit kan. boleh lah buat apa2 yang patut. duty ni katanya untuk puasa je. kiranya orang yang kerja petang.. ada 4 orang semua. duty asal nya pukul 2 petang.. tapi sorang akan masuk pukul 5 petang dan balik pukul 12 malam. sebab kadang2 pukul 9 malam-12 malam tu agak busy jugak bulan2 puasa ni.. tapi kalau x puasa pun sama je. so kiranya ikut nasib lah. kalau bernasib baik xbusy lah kerja malam kau tu.

p/s : YA ALLAH berikan lah kekuatan untuk aku memaafkan dia itu. emmm.. kuatkan lah hati aku ni. sesungguhnya jauh dalam lubuk hati ni... aku terasa. sangat terasa. memberi kemaafan itu mudah.. tapi untuk melupakan sangat susah. selamat berpuasa semua. dah masuk 10 ramadhan terakhir dah. semoga dapatlah kita sama2 meningkatkan amalan kita diakhir ramadhan ni. amin.. amin.. amin...


0 comments: