Saturday, August 11, 2012

Bersabar itu indah.. =)


gambar macam biasa.. men google je. terima kasih google image.. =) =) 



lagi seminggu je nak raya. entah tahun ni macam xberapa nak ada mood nak raya lah.. huhu.. kenapa ek?? mungkin hari jumaat kang baru terasa kot. bila dengar lagu raya pun macam xde perasaan je. kalau dulu... time2 cam gini dah excited dah nak balik kampung nak raya. seronok.. sebab time raya je dapat berkumpul adik2 beradik. lepas tu salam2 mak dan abah. dapat duit raya dari abang2. emmm.. best2... tahun ni xde dah dapat duit raya.. hehe.. tahun ni turn aku pulak bagi duit raya. ada 9 sampul ... untuk mak.. abah.. hazizi... hidayana.. hazleenda.. adam...alif.. ajmal.. dan ukhail. okey cukup untuk semua.


emmm.. kadang2 orang x faham kan apa yang kita lalui. aku balik kampung sabak untuk puasa ni 2 kali je. bukan banyak sangat pun. tu pun first puasa dan minggu ke 2 time puasa. kali ke 2 tu sebab nak hantar kunci dekat abah.. sebab terbawak balik kunci rumah baru dia. entah macam mana terlupa pulak. actually petang first ramadhan tu nak hantar adik lelaki tu balik poly dia. lepas tu dia singgah kejap rumah baru tu.. nak amek Tupperware sebab kata nya senang nak masak maggi. lepas tu kunci tu dia paskan dekat aku. malam tu pulak lepas buka terus nak balik shah alam. sampai2 shah alam alamak.. kunci.. aisyyyhh.


call2 abah. abah cakap... emm kalau ada sapa2 balik pas kan lah dekat abang2. tapi abang2 aku semua xbalik minggu ke 2 tu. so xpe lah aku balik je lah. niat memang nak hantar kunci.. dah alang2 berbuka lah sekali. sebab ahad tu kerja habis pukul 4 petang. siap pun memang cepat2 je. lepas tu terus gerak balik kampung. abah cakap memang tu je kunci yang ada. dia nak guna sebab takut ada orang nak buat kerja. kalau aku delay lagi 2 minggu macam mana rumah tu nak siap kan. lagi pun memang mak abah harap dapat raya rumah tu. sebab tuan rumah sewa tu dah nak jual rumah yang kita orang sewa tu.


2 kali je pun balik sabak. bukan banyak sangat duit pun nak ulang alik balik sabak tu berkali2 kan. sedih nya lah... aisyhhh... xpe aku boleh lagi sabar. kalau ikutkan mulut aku ni. nak je aku sound. tapi xbaik pulak. bersabar je lah wahai hati. eh2 aku bukan suka sangat pun nak type benda macam ni dekat entry aku ni. tapi terpaksa.. hehehehe. sebab geram sangat2. susah kan nak faham kan dekat orang apa yang kita lalui. diaorang xtahu pun.. apa yang kita lalui seharian. cakap pakai sedap mulut je. ikutkan hati aku ni.. aiiii... sakit jugak lah... hehehehe tapi xpe.. aku okey je lagi.. sikit je lagi nak meletop ni.


aku dengan encik iwan ni pun bukan banyak masa sangat pun nak spend masa sama2 dekat rumah. waktu kerja dia.. start pukul 8.45pagi sampai pukul 8 malam. haaa... lamaaaaa kan. tapi aku okey je. dia pergi kerja naik tren.. so pagi2 pukul 7 pagi dah keluar rumah. kadang2 malas cikit keluar pukul 7.20 pagi. balik rumah dah malam... sampai pun dah pukul 9 lebih gitu kadang2 pukul 10 malam. so cuba kira berapa lama sangat lah kan. tapi seriously aku xkisah pun waktu berkerja dia. dah paham lama dah. start dari couple lagi. dari sebelum tunang lagi..  sekarang ni lagi. hari sabtu wajib kerja half day.


p/s : hehehehehe.. selamat berpuasa.. xmau sedih2.. dugaan dibulan ramadhan. sayang mak i sangat2. mak memang seorang yang tabah. xpernah benci sapa2. sentiasa maafkan sesorang yang menyakiti hati nya. waaahhh.. tabah nya mak. semoga aku mampu jadi seperti nya. amin.. amin.. mak sumber inspirasi ku. mak kuat. =) =) =) betul lah apa yang aku baca..perempuan yang banyak cakap dan banyak ketawa.. sebanarnya dia menangis dalam diam. yeaa aku juga begitu. aku xreti nak luah kan dekat sapa2. walaupun dekat mak sendiri. mahupun dekat encik suami.  tapi encik suami tetap faham bila saya bersedih. terima kasih =) =) saya juga mampu jadi kuat macam mak. xmudah kalah dengan keadaan. aku mampu... aku pasti mampu. YA ALLAH.. kuatkan hati hambaMu ni. tapi disebab kan ini... xde lah aku nak menangiskan.. xkuasa i okey. buang masa da tenaga je. huhuhu. cuma nak menjelaskan je. =) =)

faham x?? ke xfaham2 jugak.. nak macam mana lagi ye nak faham kan kamu2 ni ye. aisyhhh.. fed up aku.