Thursday, March 7, 2013

Pertama kali... =)



eh2 dah kenapa lah asyik gambar kawin je kan ni.. =) nak buat macam mana.. masa dulu2 xberapa suka sangat amek gambar . bila dah kawin ni.. baru lah ada gambar. dah bayar kan.. haruslah amek gambar banyak2.. so agak2 sebulan dua ni.. akan ada jugak lah terselit2 gambar kawin ni. =) =)

hari ni mood nak memasak datang. dalam kepala terus set.. hari ni nak masak ikan masak sambal. dan sayur kobis masak lemak.. jom kita ternak lemak banyak2 ye.. hehe. balik kerja singgah pasar mini depan hospital. nasib lah ikan nya ada lagi dan okey je.. risau jugak sebab dah petang kan...

so beli lah ikan selar.. ingat nak beli ikan kembung. tapi macam besar sangat. makan pun 2 orang je. last2 amek ikan selar je.. ikan selar kan kecik je.. amek 4 ekor sahaja... murah sangat... rm2.50.. hehe. aku memang malas nak beli banyak2. sebab sekarang ni malas cikit nak masak.. huhu.

dan sebenar nya... kan2... kan2... aku xsuka siang ikan. macam geli... hehehe..dah lah geli... lepas tu memang xreti nak siang. dan ni lah first time aku masak ikan. dah 9 bulan kawin xpernah masak kan ikan untuk encik suami. masak ayam.. sotong.. udang.. telur... ha tu je lah. nasib laki aku ok je.

dan hari ni aku berjaya mengatasi semua nya.. =) alah boleh je buat. kenapa lah selama ni aku anggap susah nak siang ikan. dan geli sangat. hehe. ikut kan.. aku memang reti masak lepas kawin . tu lah bila mak masak duduk dalam bilik. xnak tengok.. reti makan je.. makan.. dan makan...dan makan lagi...

alhamdulillah menjadi jugak ikan masak sambal merah tu. recipe main google je. sedap dan sangat sedap aku makan.. kena dengan tekak aku. ikan nya aku goreng garing2 lepas tu buat sambal. lepas tu siram2 je. =) haaa... senang je. xsusah pun. berselera aku makan... maka berat hari ni pun dah 79kg..

79kg??? aduh.... pitam ku rasa kan. habis aku. mau berkilo2 lagi naik ni... seram nya lah bila bayang kan berat cecah ke 80kg... xpe lah redha je lah.. janji anak aku sihat.. kan baby kan.. =) =) hari ni masak penat sangat. entah kenapa. nasib berjaya habis kan kerja..alhamdulillah....