Tuesday, April 10, 2012

Quaker Oats






Jom mulakan hidup yang sihat dengan pengambilan oat..jom kita breakfast dengan oat..  oat mengandungi lebih banyak kalsium , protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijiran lain seperti gandum dan rai..

seperti buah-buahan dan sayur-sayuran oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit. oat secara khusus nya mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksida yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri dan mencegah penyakit janutng. empingan oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol dalam darah..

tetapi menjamin kesihatan usus dengan membekalkan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten yang diperlukan untuk membaharui sel usus.. wah banyak jugak kebaikan daripada makan oat ni kan. jom kita mula kan gaya pemakanan yang sihat..

aku baru je start hari ni.. aku beli dekat 99 speedmart. beli yang dalam jar terus. sebab dah dalam bekas kan. xpayah nak cari2 bekas lain nak tuang. lepas tu aku beli susu nespray fortified instant.. oat pun instant jugak.. ye lah senang..tuang air panas je pastu kacau2...dan siap...





plus



macam aku.. aku amek 5 sudu besar Quaker Oats... lepas tu 2 sudu besar susu nespray.. letak sikit air panas.. kacau2 sampai sebati.. lepas tu siap.. dah boleh dimakan dengan nikmat nya... jom kita sihat.. jom jaga jantung kita... jaga lah kesihatan kita untuk orang yang tersayang.. kerana setiap dari kita akan ada yang menyayangi kita... insyaALLAH...

kalau yang nak diet tu boleh lah gantikan sarapan nasi lemak tu dengan oat ni.. insyaALLAH... boleh diet dengan sihat... kenyang jugak makan oat ni.. kalau dalam pukul 11 tu lapar jugak...makan biskut dan dicicah milo. tegah hari jangan xmakan pulak.. makan tetap makan.. tapi kurangkan pengambilan kuantiti nasi.. bahaya tau kalau berlapar untuk diet ni..

nak maklumat lebih lanjut boleh klik dekat sini... terus ke laman web Quaker Oat.. macam2 maklumat ada..