Friday, April 6, 2012

Procedure perkahwinan bagi lelaki



sementara tunggu encik iwan.. aku snap kejap gambar...  

selamat pagi semua.... wah awal nya aku bangun kan.. sangat2 good ini budak perempuan. sila lempang dia.. dia tipu... mana pernah nak reti bangun pagi2 macam ni. yeahhh dah pukul 5 pagi... lagi sejam lebih je nak habis duty malam ni.. happy sangat lah korang..

semalam teman kan encik iwan pergi kajang amek kan borang yang dah siap di isi dekat kajang. alhamdulillah bahagian encik iwan sudah settle. tinggal aku punya pulak nak kena isi..sign dan lepas tu nak kena hantar sekali dengan borang2 encik iwan..



mula2 kena pergi kursus pra perkahwinan.. wajib.. kusus aku dan encik iwan pergi.. 2 hari je.. hari sabtu dana ahad.. bayaran rm80.. kiteorang pergi dekat astana mukmin  dekat je dengan shopping mall wangsa walk. parking pun senang.. 


lepas tu cari lah bila2 masa free.. pergi buat test HIV untuk pra perkahwinan..macam aku pergi klinik kesihatan je.. kena booking.. xleh terus nak buat ujian... maaf.. xkan dilayan..  ni wajib ni..


lelaki kena mintak dekat majikan surat akuan bujang... 



lelaki kena isi borang ni ( kalau nikah luar daerah/ negeri/ negara ).. lepas tu bawak 2 orang saksi... lepas tu kena sign depan penolong pendaftar nikah (imam) borang ni... penolong pendaftar nikah tu pun akan sign jugak lah.. ic kena copy.. ic bakal pengantin lelaki... dan ic saksi tu.. dan jugak copy sijil kursus pra perkahwinan bawak sekali sijil asal pra perkahwinan, surat akaun bujang disah kan oleh majikan tempat lelaki tu bekerja , surat test HIV pra perkahwinan..dah settle.. lepas dah siap kan semua2 yang patut.. hantar dekat pejabat agama islam daerah.. 


borang ni akan diisi oleh orang dekat pejabat agama islam daerah tu.. macam encik iwan..sehari je dah siap..


lepas tu alhamdulillah diluluskan oleh pegawai hal ehwal / pendaftaran... syukur.. dipermudah kan...



encik iwan kena settle kan urusan dia dekat pejabat agama islam daerah hulu langat... dekat kajang.. lepas dah siap kena serah kan dekat aku semua borang2 tu. lepas tu aku pulak kena isi semua2.. lepas tu hantar sekali dengan borang encik iwan dekat pejabat agama islam daerah sabak bernam... macam tu lah procedure nya kalau kita lain2 daerah... 

kalau satu daerah senang... lelaki perempuan boleh summit sekali borang2 tu. kalau lain2 daerah... lelaki kena settle kan serah kan dekat perempuan.. perempuan lengkap kan lepas tu hantar sekali borang lelaki dan perempuan dekat pejabat agama islam daerah  dimana perempuan tu tinggal.. 

macam tu lah procedure nya... "kebenaran berkahwin dalam negeri" walaupun dalam negeri selangor.. tetapi lain2 daerah macam encik iwan pejabat agama islam daerah hulu langat.. aku pulak pejabat agama islam daerah sabak bernam. semoga semua nya dipermudah kan... amin~~


keterangan lebih lanjut.. boleh klik dekat web ni... JAIS