Friday, May 30, 2014

19.05.2014 : hana setahun




selamat hari jadi anak mama.. dah setahun dah umur hana. cepat sangat masa berlalukan. pejam celik.. pejam celik dah masuk setahun dah umur dia. dari kecik2 asyik pejam je mata... sekarang dah besar dah. masa dia lahir pukul 7.25 malam. disebabkan aku bleeding cikit. doctor suruh rehat sekejap dalam labor room. menyusukan anak. so transfer masuk ward lebih kurang pukul 10 malam macam gitu. duduk lah dalam labor room dengan anak.. pandai dia menyusu..

masuk ward pun dah malam. jadinya diaorang xmandikan lah hana malam2. pastu bila aku dah transfer masuk ward.. nurse suruh tido dengan anak sekali. emmmm wanginya.. wangi sangat bau dia.. bau dalam perut.. dia xmandi lagi. subhanallah hebat nya ciptaan Allah... terlalu sempurna. dari kecik dot.. sekarang sempurna sifatnya sebagai seorang hamba. malam tu. xtidur pun.. sebab hana asyik nak menyusu je. nak melekat 24jam dekat mulut masa tu.. hoho.

aku cuba alihkan dia.. tup2.. uwaaa... dah macam mana nak tidur. redha je lah. tapi hari tu aku xpenat langsung. entah kenapa. aku tengok je dia.. sambil bagi susu. rasa macam xpercaya pun ada. owh ni anak yang aku bawak ke hulu.. ke hilir. dah lahir dah dia kedunia. saat aku paling takut nak hadapi.. saat melahirkan dia. aku takut. dari disahkan mengandung lagi. macam2 aku fikir. tapi alhamdulillah aku mampu lakukan. hebat nya ciptaan Allah. walaupun wanita itu nampak lemah. tapi dia juga mempunyai kekuatan yang telah ditetap kan sejak azali lagi.

hana.. nanti kita sambut birthday sekali dengan anniversary mama dengan ayah ye. mama ngan ayah nikah 2.6.2012.. hana lahir ke dunia 19.5.2013. so senang buat sekali jalan je. ingat nak buat sekali time raya.. 3 dalam 1. insyaallah.. kalau ada kesempatan. sekarang ni hana dah nak belajar jalan. tapi dia macam xberapa nak yakin sangat. masih teragak2 nak langkah. lepas tangan goyang2kan badan tu dia dah boleh buat dah. xpe hana mama xkesah.. janji hana sihat.




p/s : selamat hari jadi anak mama.. nur hana irdina binti mohd idzuan . 19.5.2013 @ 7.25 pm hari ahad.


Saturday, May 17, 2014

kasih ayah


Bila lepak2 bertiga sambil baring2.. Seronok bila tengok ayah dia ni duk acah2 anak. Kadang2 tu sampai berdekah2 hana ketawa bila ayah acah2 dia.. Alahai.. Bahagianya rasa.. Happy mama tengok.. Hana memang akan ketawa kalau ayah dia acah2 dia. Kalau mama kena gigih cikt.. Sebab mama kan malas.. Hahaha.. Kesian dia.

Tiba2 rasa macam xsabar nam tunggu adik dia lahir. Rindu bau baby.. Rindu nak gomol2 baby. Hana kedekut mama nak gomol2 dia xnak.. Mengamuk. Hana oh hana. Bila aku balik kerja. Aku bukak je pintu.. Bagi salam.. Kalau dia xtidur. Ha laju betol dia merangkak pergi dekat aku... Alahai... Touching nya mama...

P/s : kalau nak betul2 peluk dia dan cium2 dia time dia tidur je.. Hohoho.. Sedih... Sayang hana... Muaaah3... 




keletihan + kemalasan..

 

Hari ni hari sabtu.. Rasa dah lama xupdate. Sejak mengandung ni sifat malas makin bermaharajalela. Balik kerja asyik ngantuk je. Aii... Nape tah. Masa mengandungkan hana dulu.. Aku hebat.. Aku gagah. Huhuhu. Xpe lah lain anak lain ragam nya kan. Yang kali ni pagi2 selalu rasa loya2. kadang2 stress.. Tapi xpe ni nak hapuskan dosa2 kecik ni.. Yeaah kena kuat...

Pinggang kadang2 tu okey.. Kadang2 sakit jugak. Kalau berdiri lama sangat.. Kalau berjalan jauh.. Kalau jalan2 sambil dukung anak.. Ya Allah hazab ya amat. Sakit nya. Rasa macam penat sangat pinggang. Nampak macam okey.. Sebab mana orang nak nampak kan. Hakikatnya. Tanggung lah sendiri. Memang mencabar pregnant kali ni.

Insyaallah due date hujung tahun ni. 20.12.2014. Masa tu hana dalam 1 tahun 7 bulan. Kesian dia kecik2 dah jadi kakak. Sekarang ni tengah berusaha nak stopkan susu direct ni. Kadang2 kesian tengok dia. Meraung2 nak susu badan. Tapi nak buat macam mana kan.. mama pun xberapa nak larat. Minum susu botol pun dah okey dah dia.. Xde masalah. Cuma malam2 tu.. Huhu.

Tapi sekarang mama dah kuat. Malam2. Xnak bagi dah. Mama buat2 keras hati.. pastu Sekarang waktu dia bangun mesti pukul 3-3.30 pagi. Masa tu aku akan tukarkan diapers dia. Dan buatkan susu penuh lemak berkrim. Lepastu baru dia akan tidur lena. Saje nak suh mama bangun n solat sunat lah tu.. Hohoho. Aii bila lah nak gigih buat solat sunat malam2 ni. Tq hana.. Jadi jam loceng mama.. Peringatan melalui anak. =) 


Tuesday, May 6, 2014

Anak num 2...

 

18.4.2014... Nak siap2 pergi kerja..  Sekali.. Aduh... Pinggang buat hal... Sakit nya Ya Allah.. Nasib baik encik iwan xpergi kerja lagi. Dia masa tu dekat dapur.. Ayah2 tolong2.. Tolong...  Encik iwan masuk bilik kelam kabut dah.. Tanya kenapa2.. Awaakkkk pinggang saya sakit... Uwaaaa... Air mata xhenti2 meleleh.. Sakit nya Ya Allah..

Xpernah rasa macam tu.. Terus baring... Lepas tu nak bangun sakit sangat2. Sakit kat bahagian belakang tu. dekat area pinggang tu tapi bahagian tulang belakang. Air mata xhenti2 keluar. Sakit ya amat... Hana pulak terjaga sebab aku menjerit. Dengan anak menangis lagi. Nasib baik mak n adik2 ada..

Terus lepas kena tu.. Baring. Text bos.. Memang xdapat nak datang kerja. Memang aku dah xmampu nak berdiri. Baring2 sambil menangis. Ya Allah hebat nya dugaan kali ni. Rasa macam xsemangat nak hidup.. Mampu ke aku nak berjalan lepas ni. Mengadu sambil menangis dekat encik suami yang tersayang.. Huaaaaaaaaaaaaa...

Muka dia time tu cuak habis. yang aku pulak air mata xhenti2 turun. Sakit wooo.. Pastu aku baring je. Ingat nak lepak2 ingat okey lepas tu.. Sekali dah kul 10 pagi pun still lagi sakit. Sakit lepas tu xtahan nak pergi toilet. Last2 memang nak keluar sangat.. Suh encik iwan papah kan. Nasib baik encik iwan gagah. Kalau melidi.. Kesian dia.

Dah pergi toilet.. Terus lega.. Tidur. Tunggu lepas solat jumaat baru nak pergi hospital. Pas je encik iwan dan abah balik dari solat jumaat. Terus abah bagi idea call ambulans. Aku xnak mula2. Nak try jugak jalan. Sekali... Auuuu sakit nya. Aku give up. Okey abah nanti call ambulans. Call2 dalam pukul 3 lebih baru settle. Sampai a&e. kena cucuk. 

Pastu nak kena pergi xray. Masa xray tu staff tu tany period semua.. Sekali aku xingat daaaa.. Tengah sakit mana lah nak ingat kan. Pastu dia suruh buat UPT. Buat2 sekali postive. Haa??? Masin mulut suami aku. Dia memang dah banyak kali dah cakap aku ni mengandung. Tapi aku nafikan... 

Pastu kena admit. Tapi dalam ward xde just dapat pandol je lah. Sebab mengandung kan. Duduk dalam ward 3 hari 2 malam. Pastu kena pergi fisio.. Buat hot pack.. Letak dekat pinggang belakang tu. buat 3 kali.. Alhamdulillah.. Hari ke 2 dah boleh berjalan. Mak cakap rengang2 kan sikit badan tu..

Mak pesan lawan cikit. Jangan layan sangat perasaan tu. yeaahhh mak bagi semangat. Tq mak. Aku pun cuba lah bangun. Cuba berjalan. Cuba mandi sendiri. Cuba buat sendiri lah. Ye lah kalau sakit lama2 sape yang nak layan. Suami kerja lagi.. Penat. So kena lawan semua tu. kena hebatkan diri..

Walaupun hakikatnya Allah je yang tau..  Sakit.. Masa tu nak mengiring pun sakit. Nak cuba berjalan pun sakit. Nak buang air pun sakit. Pendek kata semua nya sakit lah. Tapi gagah kan juga sebab fikirkan anak.. Hana baru 11 bulan. Kesian anak mama. Berjalan pun xpandai lagi.. Huhu.. Sori ye hana. Sebab mama bagi adik awal sangat. Xpe nanti hana ada kawan nak main2 kan... Setahun sekali okey anak aku. Rezeki... =)

Kali ni simptom mengandung lain sikit. Siap kena admit lagi. Lain anak.. Lain ragam nya. Tapi yang pasti simptom sakit pinggang dengan demam tu sama dengan hana dulu. Kalau yang ni perempuan nak mana kan NHI kalau lelakai MHI .. Haha.. Xboleh blah.. Nama pun dah ada.. Xpe2 nanti meriah sikit rumah ada 2 anak. Kalau perempuan dapat lah hana main sama2. Kalau lelaki okey jugak kot. =) 

Monday, April 21, 2014

Rindu sangat2....


Rindunya dekat hana.. Yeaaahh alhamdulillah mama dah semakin okey hana. Mama kena cepat2 baik.. Sebab mama nak balik rumah nak tidur dengan hana. Mama rindu sangat dekat hana. 

Bila hana datang melawat mama. Mama xberani nak dukung hana. Mama takut kalau terlebih berani kang lain pulak yang jadi. Mama nak gomol2 hana.. Tapi hana bukan suka digomol. Rimaskan.

Malam2 mama rindu sangat2 dekat hana. Rindu nak cium hana... Rindu nak peluk hana.. Rindu nak main2 ngan hana. Emmm dugaan. Hari ni mama dah boleh balik. Seronok sangat2. Yeaahhh...

eh hana nak jadi kak long dah?? Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi. Boleh lah hana main dengan adik ye. Xde lah mama sedih tengok hana main sorang2. Xjadi nak jarak lama2 anak.

Kesian tengok hana.. Suka x nak dapat adik?? Hihihi. Mama pun suka sangat2. Ayah lagi lah suka. Dia memang suka kalau mama pregnant pun. Masa hana dulu excited sangat dia... 

P/s : alhamdulillah... Semoga semua nya akan okey. Ayu kuat... Yeahhh !!! 

Wednesday, April 16, 2014

Kebosanan asyik ahad kerja..




Mood spoil.. Sebab next week kena kerja ahad lagi. Apa nak cakap??? Nak suruh bersyukur?? Ye aku bersyukur. Xpe kita redha sebab pekerja kan. Tapi kalau rasa tak adil?? Oh berhenti lah kerja kan. Itu terbaik. Mampu ker?? Itu persoalaan. Akhir nya.. Redha... Hohoho

Minggu ni kerja ahad sebab ada kerja malam. Minggu lepas kena kerja ahad sebab off hari isnin. Dan minggu depan kerja ahad sebab off hari isnin. Kalau nak cakap buat jadual ikut master punya copy. Xkan sama je off hari isnin. Itu persoalan. Pelik sangat u alls...

Geram sangat. Tapi tu lah kalau complaint banyak sangat. Kena berhenti kerja pulak. Oh.. Tidak2. Kena settle hutang bank dulu. Baru boleh nak fikir ke mana2. Lagi pun susah nak cari kerja. Ya Allah kuat kan hati. keadilan yang tiada kesudahan nya. Oh apa kah??? 

Aku malas nak bising2 sebenar nya. Sebab aku rasa duty kerja ni xberapa nak besar mana pun masalah nya kalau nak dibandingkan dengan masalah peribadi. Tapi kalau dah sampai tahap cam gini.. Oh tolong lah. Haiwan xde akal pun boleh fikir lah. Kesian kan.. Isyk2.

P/s : blog aku.. Suka hati nak tulis apa. Marah sangat ni. Hohohoho. 

Kesejukan xboleh blah




Ai aircond kat dalam pharmacy ni... Bila siang panas berpeluh2.. Bila kerja malam sejuk menusuk tulang. Sampai nak cramps tulang2 semua. Nak kata xbersyukur.. Bersyukur. Tapi kalau macam ni.. Nak buat kerja pun mengiggil. Kena bawak baju sejuk tebal2 ni. Xtahan aku... Sejuk ohhhh

kalau sejuk2 kat atas katil xpe jugak. Leh peluk encik iwan ke.. Peluk hana ke. Kat cini peluk tubuh je lah.. Haha... Tengah duk siap2 nak pergi kerja. Hana main2 dekat penimbang. Last2 jari dia yang kecik2 tu terkepit... Aduh selak pulak dia menangis.. Pilu nya hati mama..

Cian anak mama. Xsampai hati nak tengok lama2. Kuat kan hati terus jalan. Hana.. Mama ni kerja macam ni.. Waktu xmenentu. Hana kena kuat. Kena pandai jaga diri.. Dah ada adik.. Jaga adik2 ye. nanti mama bagi banyak adik ye.. Leh ada kawan kan.. Hihihi... Cian mama tengok main sorang je... Huhu

Monday, April 14, 2014

Selamat pagi...


Hari ni kerja malam. First night. So bila kerja malam. Waktu siang biasa nya layan kerenah budak kecik ni. Bagi dia mandi... Bagi dia makan. Dan bagi dia susu. Dia dah pandai dah. Kalau ada mama.. Kata kan xnak kepada susu tepung. Susu mama lagi best. 

Kalau nak susu buat2 lembik lah badan tu. pastu merengek2. Pandai buat muka kesian. Kalau panggil nama dia sekarang ni dia dah tau dah. Panggil hana ke.. Irdina ke.. Dia akan toleh. Tapi kalau dia tengah buat sesuatu.. Hampeh lah nak pandang.. Toleh pun x. Busy sangat.

Semakin hari semakin satu2 dia ada idea baru. Tu lah.. Sekejap sangat masa berlalu. Bulan depan dah setahun umur dia. Nak bagi hadiah apa ye untuk anak mama?? Oh.. Kita mintak dekat ayah mainan masak2 nak?? Asyik main lori je..  Hana kan perempuan. Kena lah perempuan cikit... Kan2...  

P/s : ni update pagi tadi. Auto publish.
  

Sunday, April 13, 2014

Hujung minggu...





Berkerja dihari ahad. Hari ni duty 10pagi sampai 5 petang. Masuk2 buat kerja macam biasa. Tiba2 pukul 12 tengahari macam tu.. Ada code blue. So ikut jadul aku kena pergi lah. Patient baby. Alahai hati kuat lah kau... Semoga semua nya okey2 sahaja... Amin2.... 

Dekat icu. Patient baby okey. Hari ni genap umur dia 6 bulan. Kita dah cuba sedaya upaya... tapi... Nak buat macam mana Allah lebih menyayangi baby tu...
Insyaallah dia tunggu mak ayah dia dekat pintu syurga. Amin.. Al-fatihah.. 

Sedih tengok. Nampak mak ayah dia nangis2. Aku lemah semangat dah. Alahai kesian nya. Anak kan. Kita yang kandungkan dia 9 bulan. Aku nak nangis sebenar nya bila tengok mak ayah baby tu. tapi aku buat2 relax. 

Tiba2 fikiran melayang dekat anak dekat rumah. Terus jiwa ni meronta2 nak balik nak cium dia.. Nak peluk dia. Tapi apa boleh buat. Tengah kerja kan. Terus tersentap dari keluhan. Jahat nya aku ni.. Aku mengeluh sebab kadang2 penat.

Sebab sekarang ni hana malam2 je kalau ada aku dia xnak susu botol. Dia nak direct je. Kadang2 sakit pinggang sebab tidur mengiring. Lama dia nak melekat. Kadang2 sampai pagi pun ada. Kadang2 tension jugak..

Tapi bila tengok situasi tadi terus insaf. Adakah sepanjang aku kerja. Pagi tadi adalah susu yang terakhir untuk dia. Samaada dia atau aku yang pergi dulu. Ya Allah.. Berdosa nya aku kerana merungut dengan nikmatMu.

Hana.. Selagi mama mampu. Mama akan jaga hana dengan baik. mama takut mama menyesal xsudah. Mama sayang hana. Kita xkan tau bila ajal datang menjemput kita. Mati itu pasti. Insaf bila tengok kejadian tadi.

P/s: berbuat baik seolah kita akan mati esok hari. Ingat tu ayu. 


Friday, April 4, 2014

Promotion shaklee for april = ostematrix






Promotion... promotion... meh sini meh semua kawan2... bulan ni shaklee buat promotion ostematrix iaitu calcium... malah bukan shaja mengandungi calcium malah plus sekali dengan magnesium dan vitamin D..3 dalam 1 lagi tu.  beli bulan ni memang jimat sangat2!!!!!! boleh share2 dengan kawan2.. dengan mak.. dengan adik beradik.. dengan sedara mara. nak hadiah kan untuk mak ayah lagi baik. sejuk hati mak ayah kita...

magnesium dan vitamin D sangat PENTING untuk membatu penyerapan kalsium dalam tulang. ostematrix keluaran shaklee ni yang best nya sebab ada sekali dengan magnesium dan vitamin D. kenapa kita perlukan magnesium dan vitamin D semasa memilih calcium?? kerana:

1000mg KALSIUM = sumber semulajadi yang mudah diserap
400mg MAGNESIUM = bantu mengasimilasikan kalsium kedalam tulang dan menguatkan nya
vitamin D = merangsang penyerapan kalsium.

penting ke calcium kawan2 ?? jawapan saya ye sangat penting !!!!

1) menguatkan gigi dan tulang kita
2) untuk mengatasi masaalah sembelit. sembelit tegar amat digalakkan untuk mengambil ostematrix
3) mengatasi masalah simptom PMS ... (senggugut) seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah         meradang dan kemurungan.
4) mengatasi masalah cramps ( kejang2 otot )
5) membantu mengekal kan tekanan darah yang normal
6) membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
7) sangat sesuai untuk ibu yang mengandung dan menyusu.

biasa nya beli rm61 tapi dengan harga promosi harga jatuh 1 botol rm52 sahaja... jimat kan.

 kalau nak harga murah lagi... jom JOIN AHLI... rm65 sahaja SEUMUR HIDUP.!!! anda boleh pilih samaada untuk jadi ahli untuk makan sendiri atau untuk buat side income... saya akan guide anda.. email saya yuyu628289@yahoo.com @ norhidayu atau call saya di 019-3972614..






Wednesday, April 2, 2014

Set kurus shaklee


Ni set kurus shaklee. Set premium.. Konsep kita guna kan bakar... buang dan bina... Bila kita menggabungkan ketiga2 konsep ni.. Maka kita mampu menurunkan berat badan kita secara sihat dan selamat serta berkesan. Bila kita cuba baru kita dapat rasai nya sendiri. Pilihan ditangan masing2.

Untuk bakar kan lemak2 yang ada dalam badan.. Shaklee menawarkan product lecithin atau omega guard.. Lepas dah bakar kita tambah pula dengan product alfalfa dan herb-lax... Dimana fungsi nya untuk angkut semua yang dah dibakar dan dipecah kan oleh lecithin dan omega guard tu tadi melalui detox @ buang air..

Lepas badan dah memalui 2 proses yang tadi. Badan kita memerlukan pula protien untuk membina balik otot2 tadi. Dia mana shaklee menawarkan product cinch shake. Ia nya amat penting untuk pelihara otot supaya tidak kelihatan mengelebeh apabila berat badan sudah kembali ke paras normal.

Untuk kesan yang lebih maksimum tambah kan cinch energy tea mix. Ia nya amat bagus untuk tingkatkan kadar metabolisma dalam badan.selain itu ia nya mampu untuk memberi tenaga dan menggalak kan tenaga. Metabolisma yang tinggi mampu membakar lemak dengan kadar yang cepat..

Jom pilih yang terbaik untuk kesan yang terbaik dan berkesan. Set lengkap ini mampu mengatasi masalah berat badan anda.. Pm saya ayu ahli shaklee anda.. Jika ada sebarang pertanyaan boleh ke email saya.. yuyu628289@yahoo.com.. Nak harga yang lebih berpatutan jom masuk ahli. Hanya rm65 sahaja.. Keahlian seumur hidup... 019-3972614


Rindu dia...



Rindu nya dekat dia hari ni. Emmm. Semalam kerja petang. Lepas balik kerja g jumpa sebarkan sayap biznes. Lepas tu balik rumah dah pukul 11.30 malam. Balik2 dia merengek2 nak susu. Angkat dia masuk bilik bagi direct feeding dia pun tidur.. Lena dia tidur..

Hari ni kerja pagi pulak. Tengah nak siap2 tu dia dah start merengek lagi. Oh paham lah tu mama nak tinggal dia pergi kerja. Bagi dekat tokwan dia.. Dia nangis cikit2. Encik iwan buatkan susu. Lepas tu macam dah diam dah dia. Hari ngam2 punch pukul 7 pagi..

Emmm rindu nya dekat dia.. Xsabar nak balik nak main2 dengan dia. Hana irdina.. Semoga jadi anak yang sollehah ye. Lepas tu jangan nakal2. Mama ngan ayah pergi kerja. Eh bulan depan hana dah nak masuk 1 tahun.. Alahai sekejap je masa berlalu.... =) 

Saturday, March 29, 2014

Nebulizer pertama..


Semalam bawak hana pergi hospital. Sebab mak cakap badan dia panas. Cek suhu kat rumah 38•c.. Xpe. Pas isyak kita pergi ye. Dia pun merengek2 je xsedap badan. Mak cakap.. Dia main2 jap lagi kalau dia penat dia landing sekejap. Nasib baik masih aktif.

Start demam malam khamis lagi. Malam rabu tu badan dia debar2 je. Malam khamis tu dia xboleh nak tidur sangat sebab macam ada kahak je. Rimas kot. Bagi ubat macam biasa. Tapi semalam bawak jugak sebab risau.. Badan dia panas sangat. Kesian tengok.

Disebab kan kahak dia menganggu dia punya tidur.. So doctor suh buat nebulizer. Amek gas. Aku pun okey je. Sebab kesian sangat dah tengok dia time nak tidur malam2. Lepas je amek nebulizer tu malam semalam dia lena je tidur. Alhamdulillah.. Lega..

Doctor bagi supp voltaren dekat dia. Sebab badab dia panas sangat. Alhamdulillah.. Temperatue dia turun. Xde lah dia meragam sangat. Tapi masa dia buat nebulizer dia bising jugak lah.. Meraung sekuat hati dia. Mama xpeduli pun. Janji hana sihat..

berat dia dah turun 0.1kg. Sebab dia xlalu nak makan. Minum susu pun 2 botol je masa aku xde dengan dia. Bila aku ada. Dia nak melekat je. Nak manja2 lah tu. Alhamdulillah hari ini ayah dia kata dia dah okey cikit dah... Hana cepat sihat ye sayang. =) 

Thursday, March 27, 2014

Bersyukur =) =)





good morning.. =) 27.3.2014.. alahai sekejap nya masa berjalan. kadang2 macam xsedar. tapi bersyukur masih bernafas dimuka bumi ini. dapat melihat insan2 kesayangan. emmm... alhamdulillah. semoga kehidupan lebih bermakna serta dapat berbakti semaksimum mungkin kepada insan2 yang tersayang. Terima kasih Ya Allah... diatas kurniaan Mu yang terbaik dan terindah ini... bahagia =)

Sebaik mana pun perancangan kita.. perancangan dari Allah lagi terbaik dari perancangan hamba Nya. kadang kala kita tersungkur dalam dugaan. tapi sedar kah kita.. semua itu di atas kemampuan kita. setiap dari kita xkan pernah sama kekuatan yang dimiliki. atas sebab itu.. kita sebagai hamba Nya saling memerlukan untuk melengkapi setiap kelemahan masing2.




Thursday, March 20, 2014

Seram2 sejuk




Nak cerita seram2 cikit ni.. Dulu duduk dekat komuteraya seksyen 19. Cerita bermula begini. Penah sekali masa tu aku  nak masuk umah. Baru balik kerja. Baru2 kawin.. irdina xde lagi. Jiran sebelah depan umah aku tu tegur...

"Awak ada anak kecik ker? Saya pernah dengar bayi menangis lah" dengan muka konfident aku jawab lah "xde encik.. Kiteorang baru kawin.. Oh tu anak sedara kot.. Sebab hari tu diaorang tidur sini" tapi nervous gak...

Aku senyum2 mintak diri masuk rumah... Dia pun masuk rumah. Bila masuk je rumah meremang bulu roma aku. Dah lah masa tu encik iwan balik rumah kul 10 malam time kerja rhb bank. Masuk bilik kunci bilik.. Pasang yasin

Lepas tu bila dah da irdina. Masa tu baru balik dari kampung. Tetibe ada patung perempuan magnet melekat kat dapur.. Rambut dia dipintalkan. Seram okey. Kenapa.. Mengapa dan apakah. Dah lah pukul 12 tengah malam.

Encik iwan terus cabut baling dekat bawah. Ya Allah.. Seram nya. Mintak2 lah  xde pape. Lepas tu kalau duduk dalam bilik.. Selalu rasa macam ada orang dekat ruang tamu. Oh seram.. Selalu gak mimpi ular hitam.. Takuttt...

Lepas tu kadang2 malam dengar guli jatuh.. Dengar orang tarik2 kerusi. Bila tidur malam memang kunci bilik punya. Lepas mak abah duduk citu baru semua tu xde dah. aku baca jugak yasin.. Tapi makhluk tu xnampak kan...

Paling xbest.. Bilik tidur selalu rasa macam panas2. Kenapa entah. Seram melebih je kan. Perasaan je tu. kadang2 nak buat xtahu.. Tapi kadang2 risau jugak. Takut melarat kan...cerita dekat encik iwan.. Kadang2 je dia percaya.

orang kata kalau rasa macam tu elok pergi jumpe ustaz.. Sebab mata kasar xnampak kan. Tengok lah kalau free kang pergi lah. Dan alhamdulillah sejak pindah rumah ni.. Perasaan yang masa duduk komuteraya tu dah xde.. Lepas tu rasa tenang je. Emmmm... Berdoa semoga semua nya selamat... 


Rezeki dari Allah..




Alhamdulillah setelah sekian lama impian nak kerja dekat dengan encik suami akhir nya terlaksana. Dulu dia kerja semu belah2 KL tu.. Paling last kat petaling jaya... Tapi still kena nek public transport. Sebab di kata kalau nek kereta xlalu nak hadap jem hari2.

 Lagi pun tol lagi.. Parking kena rata2. Sebab kalau parking dalam mahal. So lebih baik nek public transport. Tapi xlama kerja citu sebab ada masalah masa depan. Hukum hakam yang xpasti. Nak buat darah daging kan. Sekarang dah xkerja bank dah.

Yang aku perasan bila dia kerja dekat bank. Dia stress je memanjang. Dia jenis yang perahsia. Aku jenis xamek port. Haha.. Boleh?? Janji cukup semua. Dia pun mengakui.. Tekanan ditempat kerja2 itu amat sangat dan Sangat2. Nak2 bahagian sales.

Bukan xnak. Pengalaman dia banyak tapi tu lah.. Asyik terjadi macam2 hal. Terlalu banyak. Lupa kan lah. Diri sendiri je yang merasainya. Dia beralih arah ke digi pulak. Dekat HQ.. Yang best nya dekat dengan rumah dan dekat dengan aku lah. Pasni Leh lunch sama2.. 

Dekat 3 hari duk interview. Alhamdulillah dia terpilih. Semoga dengan ini.. Kehidupn makin bertambah okey. Dugaan semua nya bersebab. Yang penting jangan lupa kan Allah xkira masa kita senang atau susah. Alhamdulillah.. Syukur dia beralih arah...

P/s: apa pun yang terjadi saya ada untuk awak. Tolong angkat awak bila awak hilang arah.. Oh mampu kah?? Huhu. Jom kita diet sama2 sayang. 



Happy xterkata




Semalam encik iwan ajak pergi LHDN.. Nak settle kan urusan dia. Alahai dah janji kena lah tepati. Walaupun mata mengantuk akibat hana irdina merengek tetap gagah kan diri untuk teman encik suami. Nak manja2 pulak2... Alololo..

Bangun2.. Mandi.. Hana kena tinggal dengan opah dan tokwan sebab mam dan ayah nak dating.. Eh xde lah sebab nak cepat. Alahai nak cari parking penuh je. Dalam bangunan plaza perangsang tu penuh je parking. Stress sangat2 okey.

Last2 parking per entry rm2.. Jauh nak menapak.. Dekat sebelah maybank. Xpe redha je.. Panas. Jalan pegang tangan dia kuat2. Saje nak feeling zaman xde anak. Oh rindu nya.. Hihi. Dah ada anak mana nak sempat nak pegang2 tangan.

Oh sebenar nya nak nak bagitau... Saje try sua jean masa zaman anak dara. Mak ai.. Macam xpercaya dah muat. Yahooo ya bedabedu. Akhirnya setelah 10bulan.. Akhirnya muat jugak. Ni yang semangat nak turun kan sampai 60kg ni.. Tunggu..

Berat start kerja: 56kg
Berat lepas tunang: 58kg
Berat lepas kawin: 60kg
Berat sebelum ngandung: 63kg
Berat last ngandung 18.5.13: 85kg
Berat lepas bersalin 22.5.13: 75kg
Berat sekarang lepas 10 bln : 64kg

hana lahir kedunia : 19.5.2013

Tinggi aku 162cm.. 

Aku nak turunkan sampai 60kg. Bila badan besar ni rasa macam malas dab cepat letih. Lagi pun prinsip aku kurus untuk sihat. Yeaahh... Yes lagi 4kg je lagi.. Kena gigih ni. Target 1 bulan dari sekarang... 60kg tunggu aku datang!! Encik iwan pesan jangan kurus melampau. Nanti xbest... Macam papan katanya... =)

Perangai baru..




Sekarang ni kalau siap2 nak pergi kerja shift pagi atau ofice hours.. mesti hana akan terjaga. Dia macam tau2 je nak kena tinggal. Mula2 nak bangun g mandi dia tidur lagi.. Lepas tu lama2 masa nak siap2 dia dah terjaga..

Bangun senyum2... Gelak2.. Pusing2 katil..lepas je tengok aku siap2. Time aku xsiap lagi.. Tengah tepek krim dan bedak dia lek lagi.. Tapi time aku start pakai tudung.. Dia dah merengek2. Amboiii pandai nya dia..

Pastu pas kan kat opah dan tokwan dia.. Mama pun pergi kerja dengan hati yang kental.. Sila jangan toleh belakang.. Jalan je.. Nanti lagi parah. Sejak dia dah besar ni macam2 perangai dia. Anak oh anak. Manja tau... 

Wednesday, March 19, 2014

10 bulan



Hari ni genap anak perempuan tunggal aku berumur 10bulan. Alhamdulillah.. Bersyukur diatas nikmat sementara hidup didunia ini. Masih diberi peluang untuk menatap muka dia setiap hari. Melihat segala macam ragam dia. Melihat perkembangan dia. Indah sungguh ciptaan Nya.

Bukan senang untuk membesarkan amanah ini. Bermula dari seketul daging.. Sehingga kan saat tiba dia untuk dilahirkan diatas muka bumi ini.. Hanya Allah yang mengetahuinya. Terima kasih ya Allah.. Kerana diberi kesempatan untuk merasainya. Fitrah wanita untuk melahirkan anak. 

Dulu aku perempuan yang pengecut.. Sebab aku xsuka untuk merasai kesakitan. Sakit itu sangat xbest. Tapi demi anak ini.. Aku redah semua nya. Aku harus kuat. Kuat untuk dia melihat dunia dan menceriakan kami. Akhirnya..oh xpercaya... Aku mampu lakukan... Syukur.

Aku tetap percaya setiap apa yang berlaku telah ditentukan. Siapa kita untuk menidak kan qada dan qadar. Pandangan tanpa tindakan umpama tin kosong. Huh.. Mudah untuk berkata.. Tapi sejauh mana kita melakukan?? Andai indah kabar dari rupa.. Berdiam lah. Meluat dengan omongan kosong. Luahan hati sekian lama. 


Tuesday, March 18, 2014

Hana dah nak 10 bulan






18.3.2014.. esok 19.3.2014.. makna nya esok umur hana irdina genap 10 bulan. alahai sekejap je rasa nya. sekarang dia dah pandai merangkak. dia dah maju satu step then undur balik untuk merangkak. mula2 dia mengiring.. lepas tu dia belajar meniarap. lepas meniarap.. dia belajar untuk bergerak... tapi dengan cara mengesot. lahu sangat.. pakai baju semua kotor. habuk. lepas tu dia belajar untuk duduk. lepas dah pandai duduk dia terus nak berdiri. eh merangkak xlagi dah nak berdiri. masa dia berdiri.. dia dah try nak lepas2 kan tangan dia. jatuh dia buat lagi.. lepas tu jatuh buat lagi...

lepas dah belajar yang tu.. baru dia nak pandai merangkak. ha laju jugak lah dia merangkak. lepas dah boleh merangkak.. dia dah lupa nak buat step untuk berjalan. xpe lah hana.. janji hana sihat dan ceria selalu ye. sekarang ni gigi dah ada 4 batang. 2 atas dan 2 bawah. gigi atas dia tu jarang.. hukhuk... sedih mama. bila dia senyum.. alahai jarang gigi nya. setakat ni kalau bagi dia direct feeding sekali je dia pernah tergigit. tu pun aku tengok dia tengah berangan.. sebab lepas tu dia senyum je.dia buat muka manja.. muka xbersalah. muka mintak peluk dia kuat. muka pujuk mama... huhuhu...

sempat jugak lah aku tertampar dia.. hahaha.. terkejut punya pasal. lepas2 tu dia xbuat dah. aku cakap baik2. hana.. jangan lah gigit. sakit tau mama. kalau hana gigit.. mama xnak bagi hana dah. tapi tu cuma ugutan manja je. mana boleh xbagi dia kan. kesian. dia minum susu formula kalau aku pergi kerja je. kalau aku ada dekat rumah.. aku bagi je direct. malas nak bancuh susu. tapi kalau aku puasa ke.. aku xlarat. aku bagi dia susu formula. susu lactogen.. lactogen langkah 2. harga dekat speedmart rm10.50 untuk yang 350gm. 350gm tu tahan lah 5 hari gitu... malam bagi direct je...

setakat ni dia xde masalah dengan susu tu. xde pulak dia cirit.. xde pulak dia sembelit. cari susu yang murah2 je. nasib baik dia okey je. lepas tu dia kuat jugak makan sekarang ni. dulu doctor pakar tu cakap... kalau boleh bagi dia makan ikut waktu orang dewasa.. jangan banyak.. tapi kerap. 3 kali sehari lah kena makan. yang aku perasan. kalau dia lapar... dia mengantuk dia akan meragam.. meragam yang xnak diam2 dah. huhu. satu lagi kalau dia xsihat lah... kalau hidung dia tersumbat lagi lah dia meragam2. kesian jugak tengok dia... pastu malam2 xnak tidur. stress jugak malam kalau dia x tidur

lepas tu kalau letak dia dekat lantai... dengan pantas nya dia tolong kemas kan rumah. kadang2 habis semua dia selongkar. aisyhhh. lepas tu mulut dah bising... asyik nak membebel je.. oh itu ikut mama dia. yang paling kelakar kalau dia takut dengan orang yang baru di jumpa.. kalau time tu tengah dukung dia.. automatik dia dengan sedaya upaya sorok muka dia dekat dada. alololo.. sweet nya. dari dulu sampai sekarang dia memang xsuka digomol. cukup pantang. iklan yang paling dia suka... iklan whoope dan iklan paya bakau tu.. yang ada ikan tu... kalau ada iklan tu... dia terus toleh tengok tv..



p/s : semoga hana iridina membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah.. amin.. dah ada anak sendiri ni baru lah rasa penat lelah nak besarkan dia... tapi tetap bersyukur diatas kehadiran dia dalam hidup aku. sayang dia sangat2.