Sunday, April 13, 2014

Hujung minggu...





Berkerja dihari ahad. Hari ni duty 10pagi sampai 5 petang. Masuk2 buat kerja macam biasa. Tiba2 pukul 12 tengahari macam tu.. Ada code blue. So ikut jadul aku kena pergi lah. Patient baby. Alahai hati kuat lah kau... Semoga semua nya okey2 sahaja... Amin2.... 

Dekat icu. Patient baby okey. Hari ni genap umur dia 6 bulan. Kita dah cuba sedaya upaya... tapi... Nak buat macam mana Allah lebih menyayangi baby tu...
Insyaallah dia tunggu mak ayah dia dekat pintu syurga. Amin.. Al-fatihah.. 

Sedih tengok. Nampak mak ayah dia nangis2. Aku lemah semangat dah. Alahai kesian nya. Anak kan. Kita yang kandungkan dia 9 bulan. Aku nak nangis sebenar nya bila tengok mak ayah baby tu. tapi aku buat2 relax. 

Tiba2 fikiran melayang dekat anak dekat rumah. Terus jiwa ni meronta2 nak balik nak cium dia.. Nak peluk dia. Tapi apa boleh buat. Tengah kerja kan. Terus tersentap dari keluhan. Jahat nya aku ni.. Aku mengeluh sebab kadang2 penat.

Sebab sekarang ni hana malam2 je kalau ada aku dia xnak susu botol. Dia nak direct je. Kadang2 sakit pinggang sebab tidur mengiring. Lama dia nak melekat. Kadang2 sampai pagi pun ada. Kadang2 tension jugak..

Tapi bila tengok situasi tadi terus insaf. Adakah sepanjang aku kerja. Pagi tadi adalah susu yang terakhir untuk dia. Samaada dia atau aku yang pergi dulu. Ya Allah.. Berdosa nya aku kerana merungut dengan nikmatMu.

Hana.. Selagi mama mampu. Mama akan jaga hana dengan baik. mama takut mama menyesal xsudah. Mama sayang hana. Kita xkan tau bila ajal datang menjemput kita. Mati itu pasti. Insaf bila tengok kejadian tadi.

P/s: berbuat baik seolah kita akan mati esok hari. Ingat tu ayu.