Wednesday, June 3, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 2




bila mood datang baru lah rasa semangat nak sambung story bab masa  nak bersalin. maklum lah anak number 2 ni excited nya kureng cikit berbanding anak yang pertama.. huhu... itu lumrah. untung jadi anak sulung kan. memang untung sangat semua benda baru. rezeki masing2. aku kerja macam biasa.. selama 9 bulan tu aku kerja macam biasa je.. syukur xde apa2 alahan yang aku alami. sampai kan bila dah 8 bulan aku boleh buat double duty.. gila gigih aku kerja sebab nak cari duit tambahan kan. kadang2 aku sendiri xpercaya aku mampu hadapi semua tu. bila hati kata nak.. semua benda kita rasa boleh buat kan. point nya senang je.. percaya akan kekuatan diri maka kita akan dapat hasil yang sangat luar biasa.

last aku kerja malam bila dah masuk 9 bulan. dengan kaki bengkak aku tetap gigih kerja malam. bila dah xlarat betul2 baru aku bagitau dengan personal in-charge aku memang dah xlarat. lepas tu bila dah masuk 2 minggu nak due date request nak kerja office hour sebab kalau kerja petang takut menyusahkan kawan2. xpe masing2 ada kekuatan masing2. jadi kan kekuatan tu sebagai senjata untuk melawan segala perasaan yang negative. mind set perlu sentiasa set supaya kita akan terus positive dan nampak kuat. nampak je la.. hakikat nya kita yang tahu. xpe jangan tunjuk sangat. relax2 je lah. kalau aku bila masuk pintu office aku xfikir dah hal2 peribadi.. tapi bila dah balik tu.. langkah je keluar pintu zup2 semua datang balik

bersambung....

Anak mak sangat =)




cuti sekolah ni mak ayah dan adik2 lepak duduk rumah aku. seronok sangat. sebab nya aku memang sangat sayangkan mak aku. sampaikan masa first day masuk kolej.. bila mak nak balik aku menangis tengok mak tinggal kan aku. masa tu sedih sangat2. dush2... malu bila dikenang. tapi itu kenyataan nya. pastu lah masa form 4 mintak dekat mak nak masuk sekolah teknik mak xkasi. sebab mak cakap aku xboleh duduk jauh2.

bila dah sampai waktu nya aku yang emo terlebih. tu lah seorang mak tahu apa yang anak dia mampu. sebab tu masa umur 16 tahun mak xbagi duk jauh2 dengan dia. hahaha. mak pun pernah tinggal dengan aku setahun. masa tu happy xterkata. tapi bila mak nak balik kampung balik aku sedih.. tapi nak buat macam mana kehidupan perlu diterus kan. tu la gatal nak kawin awal. padahal anak manja mak sangat. kesian =(

masa mula2 kawin pun macam tu. mula2 mak ikut lepak duduk rumah aku seminggu lepas tu bila mak da balik pun nangis sorang2. haha.. tu lah nak kawin sangat kan. ye lah hidup aku dari muda mudi memang duduk rumah. kawan memang xde. hidup memang sekolah rumah... sekolah rumah. sejak kawin ni la baru pandai pandang dunia luar. tu pun belajar dari husband. bab politik.. bab dunia semua tahu dari dia.. tu lah nama nya jodoh.. ketentuan Allah tu memang adil dan tepat.. alhamdulillah.. =) =)

aku memang sangat sayangkan mak.. ye lah siapa lah xsayangkan mak. mak yang lahirkan kita.. mak yang susah payah besarkan kita. lain lah kalau kita membesar dengan atuk @ nenek... tu hanya diri sendiri yang boleh jawab. aku pun pernah terasa.. bila anak lebih ingatkan tokwan dan opah berbanding aku dengan husband.. masa tu tengah struggle nak up kan balik kehidupan. so hana mak abah tolong jaga kan. terima kasih mak dan abah. terima kasih xterhingga.  sebab tu xboleh salahkan anak bila keadaan macam ni.

kita kena kaji balik kenapa anak2 xberapa rapat dengan kita. mungkin kita pun pernah terleka dalam memberikan kasih sayang. dari kecik lagi kita kena serapkan nilai kasih sayang yang tinggi dalam diri anak2 supaya lebih menghargai ibu dan bapa.  aku pernah rasa dan nasib baik aku cepat tersedar. syukur sangat2. bila mak kata mak nak jaga hana.. aku bantah. xpe mak biar susah macam mana anak tetap orang nak jaga sendiri. husband pun tegaskan macam tu. xpe kita susah janji anak2 kita yang besarkan.

Tuesday, June 2, 2015

ulangtahun pernikahan yang ke3


Daisypath Anniversary tickers

2.6.2015 .. hari ni usia pernikahan masuk 3 tahun. sekejap je rasa nya dah masuk 3 tahun. lagi 2 tahun tempoh untuk stabil kan kehidupan. huhu. kena rancang betol2. xboleh main jalan je dah. kalau main jalan je memang semua benda kelaut lah. biasa la.. kahwin muda.. huhu.. tapi jangan risau kahwin muda best. sebab boleh kurang kan sikit dosa2 masa dating tu. lepas tu nak keluar balik lambat pun xpe.. sape nak marah. tapi jangan lupa bawak kad nikah lah. kang naya je kena tangkap dengan pejabat agama.

lepas tu kelebihan kahwin usia muda. bila time mengandung... sebab bukan senang ye nak bawak perut 9 bulan. ke hulu hilir nak kena bawak perut. bila kita diberi rezeki dapat zuriat awal.. kita ada tenaga lebih sikit untuk lawan semua perasaan tu. lepas tu untuk bersalin secara normal mungkin tinggi. kita tawakal dan usaha je selebih nya kita berserah kepada kuasa Allah. banyak kelebihan nikah muda ni.. banyak nya bila kita dah rasa sendiri. nikmat Allah yang mana kita mahu dustakan.. terlalu banyak sangat... syukur =) 

aku nikah masa umur aku 23 tahun. aku dengan husband umur sama. sebab kenal masa sekolah. masa tu trial exam. aku yang usha dia. aku budak baru sekolah dekat SUA (sekolah mengah ungku aziz) sabak bernam. sebelum tu aku dan family menetap dekat kuantan pahang. masa tu nak susun meja dalam dewan. tiba2 terpandang dia, dia pengawas. so agak menonjol antara yang lain. dah nama takdir kan. so tetap jodoh lah. so bila dah 5 tahun kenal.. akhir nya bila aku dah habis study dan dapat kerja terus nikah. 

p/s : kalau da jodoh xkemana... tawakal... berserah.. semoga kehidupan lebih bersinar2... luv u sayang. selamat ulang tahun pernikahan yang ke3.. =)


Sunday, May 31, 2015

Selamat bertunang adikku =)





















majlis katanya start dalam pukul 2 tengah hari gitu. tapi Allah dah tetap kan so alhamdulillah walaupun lambat Allah permudahkan semua nya. Alhamdulillah semua nya best. makanan memang superb.. layanan dari pihak perempuan pun terbaik. catering punya masakan pun best. kenyang datang rumah cik yatt ni

yang ikut sekali makcik sebelah mak 2 keluarga. abang aku num 2 dan keluarga... abang aku num3 dan keluarga.. kakak ipar num 1. aku dan adik2. abang num 1 ada kerja dekat singapura so hantar wakil isteri dan anak2 je. husband aku pulak xdapat cuti. baru kerja susah nak dapat cuti. Al sebulan 1 kali je. dah amek hari tu sebab xboleh nak arrange shift kan. so aku dan anak2 okey lah tu.

lepas habis majlis semua gerak berkumpul dekat rumah aku. syukur seronok berganda2 bila orang datang rumah. aku suka...walaupun penat tapi happy. insyaallah semua tetamu tu bawak rezeki. jadi kita sebagai tuan rumah kena bagi layanan yang sebaik mungkin. mak dah ajar dari kecik... bila tetamu datang layan elok2. kalau boleh layan sampai diaorang kenyang. terima kasih mak ajar semua tu..

dulu masa kecik2 kalau orang datang rumah aku selalu malas nak layan. sebab penat sangat2 lah. mak ayah aku kalau ada orang datang rumah memang aku tengok happy habis.. layan pun tip top. so dari situ aku belajar slow2. belajar macam mana nak hormat tetamu. syukur diri ni cepat tersedar. huhu. kalau perangai macam dulu lagi memang kesian sangat. terima kasih mak abah. pengajaran cukup terbaik.


30.5.2015


tahniah untuk adik aku... dah selamat dah bertunang semalam.. 30.3.2015. semoga ikatan pertunang ni membuatkan ang lebih2 rajin2 simpan duit.. hahaha. eh tahun depan xlama mana tu.. sekejap je masa berlalu. tup2 dah sampai majlis nya. insyaallah tahun depan kalau ada rezeki lebih ingat nak tumpang buat akikah untuk haziq.. ada rezeki nak tumbangkan seekor dulu kambing... ada lebih lagi buat terus 2 ekor.

masa hana dulu aku buat masa umur dia 2 minggu. sebab masa aku dalam pantang abang aku yang num 3 atas aku tu kahwin. so mak suruh buat sekali. ingat nak buat hujung bulan 12 sebab nya nak habiskan pantang dulu.. dengan harapan dapat lah aku makan melantak makanan dengan nikmatnya. tapi mak kata mak xlarat nak buat banyak2 kenduri.. so kebetulan time tu ayah hana ada duit.. so terus lah buat.

sekarang tanggungjawab mama dan ayah untuk muhammad haziq iman pulak. tunggu ye sayang. kalau ada rezeki lebih kita buat. kalau xde kita buat bila ada rezeki lah. xpe haziq... rezeki haziq dan kakak hana xsama. tapi mama tetap sayang semua anak2 mama. kakak hana masa dia kecik2 ayah punya gaji kebabom. slow2 lah kita ye. biasa lah kehidupan kalau xde ujian xde lah nak matang sikit untuk berfikir.

syukur jugak Allah bagi ujian awal2. hoi umur aku baru 25 tahun dah kena uji dengan ujian yang sangat dahsyat. tapi kalau Allah dah tetap kan. Norhidayu binti hamid... kamu akan diuji saat umur mu begini.. so siapa aku untuk pertikaikan. dan aku selalu ingatkan diri aku.. aku orang yang kuat. sebab tu aku mampu hadapi nya. alhamdulillah sekarang nak buat apa2 aku kaji dulu.. bukan main jalan je.. huhu =)



Friday, May 29, 2015

Mama kepada 2 anak..

selamat pagi dunia... sejak2 da ada anak 2 ni... bagun pun da awal2 pagi. walaupun cuti tetap mind set dah set pagi je kena bangun. kalau kerja petang atau malam pun sama je. okey lah tu 1 pencapaian dalam hidup yang boleh dikira bagus jugak. sebab nya masa bujang2 dulu kalau kerja pukul 2 petang pukul 11 @ 12 baru reti nak bangun. ye lah masa tu xde pape nak buat. masak pun x. sebab tu suka hati nak buat apa.

dulu selalu risau boleh ke aku nak buat semua ni. tapi bila da lalui semuanya baru lah faham.. xpayah nak fikir sangat sebab nya bila kahwin automatic semua nya akan berubah jugak. so enjoy je setiap masa dan saat bila bersama anak2. nak kata penat memang penat sebab kadang2 xcukup tidur. tapi tetap redha dalam pasrah sebab tu anak aku kan. kalau aku x buat sapa nak buat.. so kena lah jadi hulk... =) =) jadi badang.

seronok ke x.. tu semua kita yang set. bagi aku bila da anak 2 ni seronok sangat kehidupan sekarang. sebab nya seronok bila tengok anak2 main sama2. terus rasa happy.. hilang rasa bersalah bila bagi hana adik cepat sangat. haha. dulu bajet2 nak anak sorang dulu. tapi Allah dah bagi awal aku terima je. rupa nya bila anak ramai ni best pulak.. rumah pun xsunyi. pastu boleh bajet2 hidup busy sangat... sangat lah katanya.....


Monday, May 18, 2015

Throwback =)

kadang2 bila da masuk 3 tahun nikah... rasanya perlu untuk kita belek2 balik gambar masa kawin. mesti tersenyum sorang2 kan.. emmm... best nya time ni =)

































nikah...malam berinai...sanding.. bukak hadiah... =) 2.6.2012 & 3.6.2012 ... 19.5.2013 dapat la dia...

NUR HANA IRDINA BINTI MOHD IDZUAN
19.5.2013







masa dia 10 bulan mama mengandung kan adik... maka nya 10.12.2014 lahirlah 

MUHAMMAD HAZIQ IMAN BIN MOHD IDZUAN... 

gambar adik ada dekat instagram je. dalam blog xde lagi bila mama rajin kang mama upload la.. sabar ye dik..kakak dulu mama excited.. adik excited jugak tapi pic xde banyak macam kakak.. hihi.. =) insyaallah ada rezeki nak tambah lagi anak... kalau kuat gagah nak 5 orang.. hahaha... =p =p


Night shift bila anak dah 2


hari ni night shift , second nite da hari ni. so balik kang boleh terbongkang.. eh2 dapat ke nak terbongkang macam zaman bujang dulu.. oh sila lupa kan sebab nya anak da 2. bila sampai je rumah. cari anak number 2 dulu sebab nak menyusukan dia. kalau dia tidur tengok anak yang sulung pulak. kalau dia tidur selamat la.. kalau dia bangun kena layan dia. bagi dia mandi siap2. biasanya aku akan mandikan dua2 dulu.. lepas tu makan sarapan..lepas dah siap uruskan anak2.. kemas2 rumah pulak. basuh baju... settle kan semua baru aku akan tidur... tapi sejauh mana boleh tidur dengan aman bergantung budi bicara anak2.. dush2.. bertabah la dalam membesarkan anak2. tu belum kira bila anak demam time nite shift. xcukup rehat.. malam nak berjaga.. busy pulak lepas tu dalam kepala fikir anak dekat rumah.. oh itu lah perempuan.. 24 jam kepala duk fikir itu ini.. sebab tu mulut pun 24 jam pok pek pok pek..

selalunya dapat tidur dalam pukul 11 pagi macam tu. dulu mula2 xbiasa.. bila da lama2 alah boleh je aku hadap semuanya. boleh je bila dalam diri ada rasa tanggungjawab. jadi benda yang kita rasa susah dulu semuanya kita boleh buat. kadang2 nak tidur susah sebab si kakak xboleh duduk sorang2. kadang2 stress.. tapi redha je lah sebab anak sendiri kan.. gila xstress malam berjaga paling maximum pun aku akan terlelap pukul 5 pagi.. kalau aku xtidur kira aku gagah kan habislah tu. tapi bagi aku kerja malam best sebab nanti esok tu sleep day pastu lusa off day. selalu nya masa first nite je aku tidur sekejap sebab aku nak spend time dengan anak2.nak bergurau senda sampai dia orang gelak terbahak2.. oh gembiranya. aku kan over.. takut malam rindu. padahal kerja 10 jam je.. huhu. biasa lah mak2 kan. memang over habis.




bila second nite aku kemas rumah biasa2 je. aku set kan paling lambat kul 10 pagi dah kena tidur. kalau x malam tu habis lah kau nak kerja. rasa macam nak letak lidi dekat mata. ni baru 2.. kalau tahun depan 3.. hoi2.. jelas la kelihatan lingkarang hitam bawah mata. jenuh nak pakai BB cream.. hihi. aku start masuk shift kerja malam masa anak2 aku tu umur 3 bulan. aku memang dah turunkan ilmu 100 % dekat husband. macam mana nak mandikan.. macam mana nak sediakan susu EBM (susu perahan ibu) aku ajar masa irdina lagi. aku terpaksa redha dan percaya 100 % dekat husband. dan alhamdulillah semua nya dia mampu buat. bersyukur sangat. so sebab tu aku xde masalah pun nak kerja malam walaupun umur anak aku baru 3 bulan masa tu dan masih exclusive breastfeed. xpe tukan anak dia jugak. mesti dia jaga elok2

tapi bila kenang balik masa mula2 husband handle anak sulung.. memang lawak. dia duk takut2 nak mandikan.. aku biar je.. aku tengok je dari luar bilik air.. aku cakap.. awak buat lah macam mana pun.. janji anak saya wangi. nak gelak pun ada tengok dia duk kalut.. tapi relax2 sebab point nya kena percaya dekat dia. kita pun jangan lah paksa dia ikut 100 %  cara kita uruskan anak. kita bagi point2 je. lelaki xboleh buat banyak kerja dalam 1 masa.. kalau xpercaya tengok bila dia mandikan dan siapkan anak. haaa... kat situ ada jawapan nya..dan kita pasti akan tergelak..=) nak uruskan susu EBM pun kena ajar jugak. sebab senang bila nak kerja. kerja kita perah simpan susu banyak2 lepas tu boleh lah kerja dengan aman. dia nak bersilat ke apa ke dengan anak dekat rumah.. tu hal dia..haha.. cari rezeki sama2 kan.. so anak kena jaga sama2 lah.. anak dia jugak tu.. xpe susah senang bersama... =)



Thursday, May 7, 2015

Selamat pagi =)





Friday, May 1, 2015

Perbezaan lelaki dan perempuan..

duk blog walking tiba2 terjumpe entry yang best. ye lah bila da jadi mak ni macam2 kena amek peduli dalam membesarkan anak2. kalau boleh nak bagi yang terbaik. biar lah penat sekarang kan... =)

tq doctor aisyah : klik sini.. macam2 lagi entry yang best.. =)

perbezaan lelaki dan perempuan ... klik : bahagian 1 

perbezaan lelaki dan perempuan ... klik : bahagian 2

perbezaan lelaki dan perempuan ... klik : bahagian 3

Tuesday, April 21, 2015

Belajar masak

 


Eh jap nak share. Ni pic lama. Bekal masa kerja malam. Menu ayam pop corn. Telur masak kicap. Sayur sawi + hati pedal. Macam xsangka pulak mampu buat lauk2 ni. Sebab nya aku memang xpandai masak. 

Memang ilmu memasak zero. Zero okey. Pas kawin baru terhegeh nak belajar masak. Xpe kalau kita buat kerja dengan ikhlas kompem semuanya akan baik2 je. Ikhlas tu penting ye. Kalau kita acah2 baik mana nak dapat yang baik2 kan. Apa kita buat kita akan dapat balik. 

Terima kasih semua..




Ya Allah xsangka nya.. Hari2 ada je yang datang melawat blog i yang xseberapa ni. Tq kepada semua.. :) sekarang nak update hari2 da boleh da. Sebab umah dah ada unifi.. Memang x dinafikan lagi unifi memang terbaik.. Laju sampai xdapat nak keja.. Dulu pakai p1. Tapi agak kureng cikit la. Unifi rm149. P1 rm129. Ni baru pakai pakej paling murah. Kalau pakai yang pakej rm200++ mau loading cerita sekejap je. 

Nuffnang pun angka da banyak bergerak. Xpe kita slow2. Rezeki tu akan ada untuk yang berusaha dan tawakal. Mana lah tau suatu hari boleh buat duit tambahan. Aminnn. Aku memang suka menulis. Pernah ada cita2 nak hasil kan novel tapi macam xberapa nak pandai nak start. Cerita semua da ada.. Nak start tu xtau dari mana. Xpe kita mulakan dengan cerpen dulu. Tapi nyaaaa berabad la nak start nya.. Huhu...

Rasa banyak sangat nak kongsi. Tapi kita share 1 by 1 ye. Kalau semua nak up jawapnya anak2 entah kemana. Rumah ntah kemana. Nak update kena cari masa yang sesuai. Time2 betol2 free je aku mampu nak bukak blog. Ha kan da kata cita2 nak jadi penulis. Jari ni laju je nak type itu ini. Xpe ayu.. Xpe ni blog kau. Luahkan apa yang ko nak. 

Oh kay lah nak stop jap. Anak teruna da melalak. K bye :) 

Sunday, March 22, 2015

Foremilk dan hindmilk


Image result for kebaikan susu ibu

    • Di awal penyusuan, susu sememangnya lebih cair dan dikenali sebagai ‘foremilk’. Ia cair untuk menghilangkan dahaga bayi terlebih dahulu.
    • Di akhir penyusuan, susu lebih berlemak dan dikenali sebagai ‘hindmilk’. Hindmilk lebih pekat, berlemak, berkhasiat tinggi dan betujuan untuk mengenyangkan si manja anda.
Berkaitan dengan ‘foremilk’ dan ‘hindmilk’ juga, jika bayi anda tidak mengalami kenaikan berat yang sepatutnya, antara perkara utama anda perlu pastikan adalah bayi anda mendapat ‘hindmilk’ kerana ‘hindmilk’ lah yang membantu bayi kita membesar dan naik berat badan. Bayi tidak naik berat kemungkinan besar tidak mendapat ‘hindmilk’ dari anda. Jadi pastikan bayi anda menyusu lebih lama untuk membolehkan dia mendapat ‘hindmilk’.

Tahukah anda:
    • Apabila cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat lebih banyak air untuk menghilangkan rasa dahaga & mengelakkan badan dari penghidaratan (kekurangan air)
    • Apabila cuaca sejuk, susu menjadi lebih pekat dan mengandungi lebih banyak lemak  dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, lebih banyak khasiat dan lebih kenyang untuk berada dalam suasana sejuk.
    • Apabila anda demam, suhu dalam badan akan panas menyebabkan susu ibu lebih cair.
 credit to : copy dari blog sini

oh.. baru tahu.. okey lepas ni nak susukan haziq lama2 supaya dia dapat hindmilk.. sekarang berat haziq da 6kg. bulan 4 nak cucuk lagi kalau ikut graf.. berat kena naik 1kg sebulan. aku buat andaian je la sebab tengok dalam buku vaksin tukan.. huhu. so bila haziq da 4 bulan berat kena 7kg. =) 
bulan lepas ada jugak aku kena demam.. dekat 5 hari jugak la.. dah lah demam.. xlalu xmakan memang dugaan betol lah. susu pulak aku xbagi sangat dekat haziq. bagi kadang2 je sebab memang xde tenaga nak susukan dia.. aku guna stock dalam freezer je. time tu pump jugak sebab bengkak. 
bila pump susu memang cair sangat2. dapat 5oz tapi semua tu cair. aku buang je lah.. sebab takut haziq berjangkit. terpaksa buang sebab takut anak kena demam jugak. okey sekarang dah belajar benda baru.. semoga mampu untuk bagi susu ibu sahaja sehingga haziq 6 bulan.. =)


Rumble tuff duo electric breast pump


Image result for rumble tuff

bagi aku pemilihan pump susu juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi untuk menyusukan anak secara exclusive sampai umur dia 6 bulan. melabur untuk sekali rasanya amat berbaloi2 apabila kita dapat mencapai target yang diimpikan selama ni sebagai seorang ibu. 

pump ni aku beli masa dapat bonus tahun 2013.. masa tu baru lepas habis pantang.. duit bonus masih berbaki dalam rm1k.. pump ni aku geledah dalam facebook.. aku tengok segala macam feedback dari customer dia.. dan semua berpuas hati. lama berfikir.. adakah berbaloi dengan harga nya ??

harga asal dalam rm600 kot.. tapi dia ada buat promosi rm400 ++ lepas tu dapat free gift. fikir punya fikir akhirnya aku setuju untuk membeli.. dalam hati melabur untuk anak. apa salah nya. kalau nak start dengan susu fomular kos nya agak tinggi tambah pula susu ibu memang terbaik. so terus lah aku beli. 

sebenarnya ni double pump. kiranya jimat lah masa bila nak pump. tapi leceh pulak sebab nak bawak pergi kerja macam banyak sangat nak kena angkut. so aku jadikan 1 je lah. 1 lagi aku jadikan pump manual dekat rumah. dekat rumah pump bila emergency susu dah melimpah ruah bila baby tidur lama.. 









oh lupa pulak.. nama pump ni Rumble tuff dan aku boleh kata kan aku memang xmenyesal langsung laburkan duit yang aku simpan tu. syukur sangat sebab memang sangat2 berguna. sampai anak ke2 pun still guna brest pump yang sama. rm400 memang mahal bagi aku. tapi bila kira2 dengan susu fomula.. didarab dibahagi. jauh lebih jimat.. lepas tu anak pun dapat kebaikan dari susu ibu... =) =)


Khasiat susu ibu



Wednesday, March 11, 2015

Ragam anak2 =) =)

10.3.2015... muhammad haziq iman dan masuk 3 bulan. perkembangan dia pada saat ni bila lapar dan mengantuk akan menangis menjerit2 sekuat hatinya bila xlayan akan sambung menjerit2 sambil air mata mengalir. lepas tu cuba angkat terus diam.. silap2 bila diagah terus senyum meleret. hai anak2 macam2 ragam. masa hana dulu time 3 bulan dah meniarap. adiknya lambat cikit. xpe lain anak lain tahap nya.. slow2 lah kita ajar anak2 ye. dan jangan sesekali banding2 kan mereka.. =)

hana pulak sekarang da makin banyak akal. kalau mandikan adik.. bila bukak baju adik.. sibuk nak tolong letak kan dalam bakul kain kotor. bila dah bukak pampers adik.. terus capai nak buang dalam tong sampah. lepas tu kalau mama lupa nak amek tuala adik dia sibuk tunjuk2 dekat mama suruh amek tuala adik. Ya Allah hana syukur dah boleh diharap dah... tq sayang mama. hana memang manja sangat sekarang ni. apa yang mama dan ayah buat untuk adik.. dia pun nak jugak..kesian hana..

p/s : semoga anak2 mama membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.. =) sayang hana dan haziq... =) 

Tuesday, March 3, 2015

Pengalaman bersalinkan muhammad haziq iman part 1







pengalaman bersalinkan anak yang kedua ni agak berbeza sedikit. kali ni bersalin dekat hospital kerajaan. bukan apa nak jimat.. hihi. kos bersalin dekat hospital daerah cuma rm36  sahaja. jauh lebih murah berbanding bersalin dekat swasta. nervous memang nervous sebab baca pengalaman orang macam seram je. lepas tu fikir2 balik sama je semua nya. services pun sama je. nak jadi apa2 pun dekat mana2 pun boleh jadi. kalau Allah dah tetapkan akan macam ni.. nak elak macam mana pun tetap akan terjadi jugak.

maka disebabkan nak jimat berganda tu.. aku tawakal je. mak kata nak senang bersalin sebelum tidur salam suami mintak ampun.. bukan apa kadang2 kita pun xsedar kita sakitkan hati dia. lepas tu mak pesan baca al-quran. sebelum bersalin mintak ampun dekat mak mertua dekat mak dekat abah. alhamdulillah berkat doa suami.. doa mak abah. aku cuma tanggung 4 jam je sakit.. dan proses nak bersalin tu tersangat lah mudah. teran 4 kali keluar lah baby lelaki yang diberi nama muhammad haziq iman bin mohd idzuan...

bila dah keluar haziq tu rasa macam Ya Allah lega sangat2. masa bersalin kan hana ayah nya dapat teman. kiranya masa nak teran tu dapat lah genggam tangan suami. rasa bersemangat sikit lah. tapi yang ni ayah nya xdapat teman sebab terpaksa balik KL.. cuti dah habis. xpe aku redha je. nak cakap sedih memang sedih. tapi sakit bersalin tu lagi sakit dari nak layan perasaan.. huhu. so aku redha dan tawakal je. cuma sempat text suami cakap kul 2 petang tu dah nak masuk labor room da.. pastu duk lah sorang2 kat situ...

p/s : nanti sambung lagi... bubye... =) =) 

march 2015



eh2 dah masuk bulan 3 da.. alahai sekejap je rasanya. dulu2 rasa macam lama lagi nak masuk tahun 2015. tapi sekarang kita da pun dan sedang lalui tahun 2015. sekejap je kan?? emm apa boleh buat masa xkan tunggu kita walau sesaat pun. kita sendiri yang kena bajet2 masa.. silap langkah sikit pun kita mungkin akan melakukan kesalahan paling besar dalam kehidupan kita.. paling besar dan berat.. huh..

alhamdulillah umur pun dah 26 tahun. masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan bersama dengan orang2 yang disayangi. hidup ni sementara je. bila2 masa je Allah boleh tarik nyawa kita. mood insaf. mengharap dan berusaha nak settlekan semua hutang2 sebelum mata ni tertutup. hidup secara sederhana je.. tengok cermin ukur baju dibadan sendiri.. kalau mampu baru senyum lebih2 sikit kan... hihi...

sekarang nak rehat sekejap. lagi 2 tahun nak tambah lagi sorang anak.. ha?? boleh ek macam tu nak bajet2?? huhuhu. semua nya bergantung pada rezeki.. kalau Allah nak bagi awal lagi aku terima je. kalau takat ni je pun aku redha je. bila umur da 35 tahun dah stop nak produce anak. eh semua ni perancangan je. selebihnya aku bertawakal kepada Allah.. qada dan qadar kan dah ditentukan..

anak ramai tu penat.. tapi seronok. seronok bila rumah kecoh2 dengan suara anak2. seronok nak handle diaorang hari2. seronok tengok diaorang main2 sesama diaorang... eh aku belum lagi lah.. tunggu hujung tahun bila adik nya da setahun. haaa... time tu confirm lagi huru hara bila dua2 dah pandai sepah2 kan mainan... xpe anak2 kan penghibur.. syukur alhamdulillah.. rezeki 


Sunday, March 1, 2015

Kehidupan baru 2015...

alhamdulillah selamat dah semua nya... selamat sudah melahirkan anak yang kedua.. selamat sudah mengharungi waktu berpantang... berpantang kali ni jauh lebih tenang berbanding berpatang anak yang pertama. mungkin da ada pengalaman jadi xde lah nak over kelam kabut sangat. kiranya nak handle baby tu okey cikit lah. alhamdulillah... =)

lepas tu berpatang kali ni macam xde la nak over meroyan.. hahaha. anak pertama dulu memang macam meroyan cikit. bukan apa.. malam2 je anak xnak tidur.. nak melekat je... mana xstress tahap maximum. nasib baik masa tu husband berulang alik dari kl ke sabak bernam.. boleh dikatakan hampir setiap hari. so terkawal jugak la meroyan tu.. hihi..

anak yang kedua ni ayahnya jarang balik. sebab nak ulang alik pun pakai duit kan. minyak lagi.. tol lagi.. so kalau apa2 just call or whatsapp je. masa anak pertama rezekinya lain cikit. anak kedua ni rezekinya lain. xpe setiap anak ada rezeki masing2. semuanya Allah dah tetapkan. dan yang paling best seronok sangat dengan ada nya anak yang ke2 ni.. =)

walaupun nak handle dua2 anak ni agak kelam kabut disebabkan jarak setahun je.. tapi aku tetap rasa best. sebab kadang2 rasa macam.. eh2.. anak aku da dua.. feeling busy tahap mak2 dah ni. haha. sekejap2 nak buang air. kejap2 nak susu. kejap2 nak mandikan..  sampaikan mak dia ni nak makan pun xde masa.. huhu. xpayah diet.. best kan.. hihi =)

p/s : nanti2 lah sambung... rasa malas nak type.. bubye.......... 

Sunday, December 7, 2014

semakin dekat.. huhu





semakin nak dekat dengan due date.. semakin berdebar2 pulak rasanya. walaupun pernah mengahadapi saat2 genting ni.. tapi debaran dihati tetap hebat. bersabarlah wahai hati. tapi untuk yang kali ke2 ni terasa lagi berdebar2 sebab pernah rasa kesakitan tu. huhu. dulu masa anak pertama macam alah xpe hadap je lah.. nak buat macam mana kan... dah kena lalui jugak sebagai seorang perempuan.. huhu. semoga semuanya baik2 sahaja.. dan dipermudahkan... nervous....... huhu...  

Saturday, December 6, 2014

kakak oh kakak






~NUR HANA IRDINA~

duk geledah2 tup2 terjumpa gambar2 lama budak kecik ni. rasa macam sekejap je.. tup2 nak jadi kakak dah.. hai hana.. dah bersedia ke nak jadi kakak?? hihi.. xpelah nak buat macam mana lumrah sebagai anak sulung.. mesti akan ada adik nya.. =) tengok gaya macam akan ada pergaduhan.. sebab dia memang rapat dengan ayah. kena ajar dia sayang adik dia ni.. huhu. kakak oh kakak.. dah nak masuk 2 tahun dah. semoga hana menjadi anak yang sollehah dan berjaya didunia dan diakhirat.. mama dan ayah sayang sangat2 dekat hana. nurhana irdina binti mohd idzuan...