Tuesday, January 26, 2016

Surah-surah amalan untuk ibu mengandung




masa pregnant kan anak pertama. boleh dikatakan setiap hari amal kan surah2 ni.. ada masa cuba baca.. cuba baca dan baca... xlarat sambung esok.. sampai lah bersalin.. yelah masa tu xde apa2 benda nak buat..uruskan diri sendiri dan suami je.. masuk anak kedua.. ada yang cakap baik baca 1 al-quran lagi banyak fadhilat..lagi bagus kaji terjemahan sekali.. cuba khatam kan.. cuba juga.. tapi xberapa nak konsisten. huhu.. malas banyak sangat. masuk anak ketiga... jom la kita berubah kepada kebaikan.. insaf banyak2 sikit. suami pun ada jugak tegur.. masa pregnant kan hana mama rajin baca surah2 pilihan.. sekarang xde dah ke. ayoiii.. terus telan air liur.. alhamdulillah suami bagi signal... xpe untuk kebaikan bersama... demi isteri yang tersayang.. terima kasih =)

kita bertawakal.. selebihnya kita serahkan kepada Allah.. Allah dah tetapkan semuanya sejak azali lagi.. kita sebagai hambanya.. doa.. usaha dan tawakal sehebat2 nya.. insyaallah Allah permudahkan. bersalin ni bukan perkara main2. main dengan nyawa.. umpama.. masihkah ada ruang untuk aku bernafas selepas lahirkan anak ni. sakit tu xpayah cakap la.. tapi hebat... lepas je anak keluar.. eh lupa da sakit bersalin tadi macam mana.. sebab tu perempuan ni cakap je xnak bersalin dah.. tup2 tahun depan ada lagi.. hahaha.. =p =p kalau pregnant anak pertama boleh relax lagi sebab kita xtahu macam mana sakit contraction tu.. tapi kalau anak kedua.. anak ketiga.. emmm.. buat2 xtahu je la.. nanti kalau fikir darah naik pulak.. hoho. eh seronok apa mengandung ni.. macam2 Allah janjikan.. =) =)


copy dari blog ni : klik sini .. tq for info dan sharing

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

► Subhanallah...