Monday, January 25, 2016

result air gula..


Image result for MGTT


21 january.2016 lepas kena datang lagi untuk check up. disebabkan HB xberapa nak cantik sangat so kena la datang setiap 2 minggu... aduh letih rasanya.. nasib baik lah kerja shift.. so jimat la cuti. xpelah demi kebaikan anak dan ibu.. aku rela je. tapi aku memang berpuas hati dengan servies dekat klinik kesihatan seksyen 19.. sekejap je semuanya. servies agak tip top... alhamdulillah.. tepuk tangan laju2. =) datang pukul 8.30 pagi dalam pukul 11 pagi da settle.. kira okey la.. xpe..sebab kerja hospital so aku faham semua prosedure.. lagi pun nak free je =)

masa jumpe nurse tu dah last2 terus tanya result minum air gula tu... yeaahhh bacaan okey.. sebelum minum air gula 4.1 mmol/L dan selepas 2 jam... 5.1 mmol/L .. rasa nak lompat pun ada..sekali nurse tanya kenapa ye awak kena minum air gula.. oh sebab mak ada kencing manis.. nurse tu dengan senyum2 terus cakap.. okey next check up kita minum lagi sekali ye... dalam hati terus down... ha?? okey nurse. next check up pun lagi 2 minggu sebab HB 10.5.. emmm bawah 11 lagi... bila la HB mama nak naik cantik ni. nurse kata kalau dah cantik baru kita jumpe 1 bulan sekali..

so azam start hari ni kena makan sayur banyak2...dengan harapan HB akan cantik atas bacaan 11. dan dalam 2 minggu ni kena jaga diet pemakanan supaya bacaan gula okey sahaja... owh.. berat hari tu turun dari 69.4kg kepada 68.8kg..  baru tahu.. ibu mengandung xboleh turun berat badan banyak2.. tapi kena naik berat badan secara selamat mengikut BMI iaitu ketinggian dan berat.. bagus mengandung ramai2 ni.. semakin banyak ilmu yang kita pelajari.. hihi.. boleh compare kan.. boleh search atau tanya yang pakar bila ada kekeliruan.. so bila da ada ilmu baru boleh senyum =)




nah bacaan gula dalam darah untuk ujian MGTT ( modified glucose tolerance) :


Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)

Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Berisiko menghidapi diabetes)

Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)




0 comments: