Tuesday, November 3, 2015

sira pisang nangka



sira pisang nangka.. kenal benda ni masa form 4. masa tu mak meniaga kuih muih dekat bazar ramadhan dekat kuatan. kedai sebelah tu jual kuih. tiba2 ternampak pisang ni. dah la aku ni suka pisang nangka. entah xpernah try pun. sekali masa mengandungkan hana... teringin sangat nak makan benda ni. terus google n buat. laa senang je. pastu masa pregnant num 3 pun mintak buat jugak.. nasib baik tokwan ada tanam pisang nangka. fuhhh selamat air liur anak mama. 

sira pisang nangka yang senang amat: 

1) pisang nangka yang dah masak
2) gula 
3) daun pandan
4) pewarna kuning

masuk pisang dalam periuk yang ada dekat rumah.. letak air.. letak gula.. letak pewarna.. letak daun pandan. tutup periuk.. tunggu sampai masak. gula ikut suka. pewarna jangan banyak sangat. semua agak2 tekak nak makan. lepas tu dah masak boleh makan. pastu buat milo panas makan sambil pejam mata.. memang terbaik.. gula xpayah banyak sebab pisang nangka da manis. nak sedap makan masa dia sejuk... okey... ha boleh try... :)  


0 comments: