Saturday, November 14, 2015

Pengalaman anak pertama..






bila terkenang balik.. masa lepas bersalinkan hana.. memang kalau aku xkawal emosi.. memang aku boleh dikatakan meroyan..haha.. kesian sangat time tu. ye la anak first.. semua benda xtahu.. tidur semua terganggu.. tiba2 nak kena menyusukan anak. tiba2 pukul 3 pagi duk menangis.. arghhh... stress!! paling sedih masa hari ke2 dekat kampung. masa tu masuk bilik air... lama duduk.. suruh husband ikut sekali.. sekali tiba2 cakap dekat dia.. 'awak saya macam xde semangat nak hidup' lepastu nangis macam budak kecik. terus husband mandikan... siap2kan.. macam baby .. huhu.

disebabkan tu 20 hari pertama husband ulang alik dari sabak bernam ke KL... sebab dia pun sedih tengok isteri dia macam tu. bangun pukul 5 pagi gerak pergi kerja dekat kerinchi.. habis kerja sampai sabak bernam pukul 12 malam.. kadang2 awal pukul 11 malam. begitu la.. sampaikan aku macam dah okey sikit.. dia pun balik hujung minggu je. bayangkan hari2 minyak dari sabak bernam ke KL.. rm50 untuk pergi balik. tol dalam rm5 pergi balik.. parking rm15 sehari..darabkan dengan 20 hari. tapi masa tu xingat pasal duit dah.. apa yang tahu setiap hari husband kena ada dekat sebelah malam2. saiko kan..

malam2 lagi la.. nak tidur pun susah.. anak bangun setiap 3-4 jam sebab nak susu. lepas susu.. kejap lagi berak. pastu dalam pantang nak kena pakai bengkung..makan ubat. nak kena makan lauk yang errgghhh.. memang saiko kot time tu. kesian jugak anak. mama xdapat kawal perasaan. huhu. lepas 2 minggu baru aku menjadi diri sendiri. tapi mak xperasaan pun aku macam nak meroyan. sebab aku cover baik punya. mak kan sakit.. so xnak bebankan mak lagi. dekat husband je aku pok pek..pok pek. lama kelamaan bila bagi anak susu badan perasaan kasih sayang tu timbul.. haa... baru reti nak sedar..

terus sedar kenapa aku layan sangat persaan yang syaiton hasut tu. kenapa perlu begini.. kenapa perlu begitu.. huhu. ditambah dengan stress berat badan masa tu xnak turun2. so kepada semua.. kalau nak datang melawat orang dalam pantang kena la jaga tutur dan kata. dalam pantang ni lain cikit. emosi cepat sangat terganggu. jangan nak banyak tanya.. stress tau.. huhu. =) kadang2 sebab orang tanya.. laaa.. kenapa perut buncit lagi ni.. terus stress sehari. kesian. bila dah pernah rasa ni baru tahu macam mana stress nya dalam pantang... kena belajar kawal emosi dengan betul2..

kadang bukan sebab apa.. sebab pegalaman pertama. kalau dulu.. tidur xde sape nak kacau.. sekarang anak duk ek..ek pukul 3 pagi.. lepas dah kenyang susu.. berak pulak. lepas tu fikir kenapa berat badan xnak turun2 lagi. macam2 la yang nak kena serasi dengan keadaan yang baru ni. bukan senang rupanya berada dalam 44 hari pantang tu. pengalaman pertama memang sangat mencabar. bila dah masuk anak ke2.. aku dah semakin selesa..semua boleh di handle. seronok pulak pantang 44 hari tu. main dengan anak. baring2.. pandang luar.. tengok langit.. tengok pokok2.. segarnya..

masa anak ke2 baru reti nak simpan susu EBM. sebab masa hana semua xtahu. sampai susu penuh. habis basah baju. cerita dekat mak. mak kata mak pun macam tu. mak kata mak letak tuala dulu. yelah mak2 dulu mana tahu pasal simpan2 susu ni. aku pulak anak pertama xtahu apa2. xsearch pulak pasal penyususan dan penyimpanan susu tu. kesian.. sehari tukar 5 helai baju. anak num2 dah reti dah.. bila nak kena pump.. bila nak susukan anak. semua dah okey. badan pun dah reti jaga.. pantang pun betol2. rehat pun cukup2. tulah pengalama pertama.. semuanya kesian.. hahaha... =) =)




0 comments: