Wednesday, January 1, 2014

Last update bubye 2013





tahun 2013 dah nak tutup cerita. alhamdulillah pelbagai kisah suka dan duka. alah biasa lah kehidupan. tak kan nak happy je kan. bila datang kesedihan tu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Syukur Ya Allah.. walaupun dugaan Mu terkadang nya amat berat untuk aku lalui.. tapi Engku hadiah kan kemanisan yang xterungkap dek kata2. alhamdulillah. syukur nikmat. bersangka baik kepada Nya.. Dia maha berkuasa.. Dia tahu akan kekuatan hambanya. amin...

alhamdulillah walaupun dah berumahtangga.. Allah berikan kesempatan untuk aku menatap muka mak.. abah dan adik2 setiap hari syukur.. terima kasih kepada encik suami... mohd idzuan. terima kasih sebab sudi izin kan mak abah dan adik2 saya duduk dengan kita. ni hadiah paling best dalam hidup saya.. hehehe. best sangat bila balik dapat tengok mak. tengok muka suami.. anak.. abah dan adik2. semua nya sayang sangat2. setiap hari yang dilalui sangat happy...

tahun ni jugak aku dikurniakan anak perempuan yang berat nya 3.4kg pada tarikh 19.5.2013 tepat jam 7.25petang masa tu azan maghrib tengah berkumandang. agak penat jugak nak teran masa tu. sebab xtau teknik sebenarkan. merah2 muka masa tengah teran. tapi dengan kekuatan yang ada.. xkan pernah sekali aku mengalah.. xkan... aku yakin aku mampu.. redha twakal.. berserah pada Nya akan ku teran sehabis daya untuk lahirkan anak ini.  ye demi dia...

alhamdulillah... dipermudahkan. syukur sangat2. terima kasih Ya Allah diatas kurniaan Mu ini. pada mula nya memang agak kekok nak pegang dia. tapi anak sendiri.. aku harus kuat.. harus hebat kan diri. siapa lagi nak jaga dia kalau bukan aku mak dia. terkadang penat datang.. aku lepas kan dia kepada ayah nya. ye ini kan anak kita.. jom sama2 kita bersusah payah menjaga.. mendidik dan membesarkan dia. nasib baik ayah dia cepat belajar macam mana nak jaga anak..

p/s : ni entry semalam... tapi tersangut nak habiskan.. sebab ada hal yang perlu diuruskan. selamat tahun baru semua. semoga 2014 datang dengan kebahagiaan... amin.. 

0 comments: