Tuesday, January 7, 2014

NUR HANA IRDINA 8 BULAN




diam xdiam anak aku dah nak masuk 8 bulan dah.. 19.1.2014 ni masuk 8 bulan lah umur dia. kalau diberi peluang.. xnak kerja.. nak jaga dia 24jam... tapi xboleh.. itu sebab cakap kalau kan.. hehe. masa umur dia 3 bulan dia dah pandai meniarap. lepas tu setiap bulan duk tunggu dia merangkak.. last2 dia mengesot je dulu... puas tunggu dia merangkak.. tapi xjugak.. dia terus duduk..dan sekarang dah kuat untuk berdiri.

kalau lapar susu.. memang xsabar2 nak cepat je. kalau lambat mula lah dia buat macam2 bunyi. isyk... perangai mama betul. kenapa xikut perangai ayah tu. beberapa minggu lepas hana irdina dah tumbuh gigi. dua batang gigi bawah tu. tapi macam jarang cikit lah.. agak2 nanti rapat x gigi dia tu. suka tengok dia senyum.. nampak 2 batang gigi dia lepas tu dua belah lesung pipit dia. dia sangat garang...

nak gomol2 lepas rindu pun dia dah rimas. emm memang gen mama betul. huhu. sekarang ni pinjam walker dengan abang aku. dia macam xberapa suka duduk dalam tu.. sebabnya bila letak je dia macam xnak letak kaki dia betol2. tapi kesah pulak mama hana kan. mama paksa jugak. sebab apa dia xsuka.. sebab nya bila dia duduk dalam walker tu xsampai nak capai benda2 dekat lantai. kalau mengesotkan senang nak korek2 lantai mama ni. sejak dia pandai mengesot ni.. habis baju2 dia.. kotor.. emmm.. sedih nya...

dia dah pandai sebut mama... ayah.. lepas tu mamam... lepas tu nak.. kalau dia nak sesuatu tu... dia sebut nananana... ulang2 lah selagi xdapat. nak2 kalau tengok orang makan. pernah sekali tu aku tengah makan ice cream dia duk lah cakap nananana... lepas tu nak capai2.. ha amek lah rasa lah cikit.. kang sedih pulak. alah dia kan kecik lagi.. kasi sekali dua dah xnak lah dia. hehehe. sejak2 dah ada gigi ni.. apa bagi semua nak masuk mulut. kalau belikan mainan dia.. bukan dia nak.. xmenarik pun bagi dia.. huhuhu..

ni tengah tunggu rambut dia panjang. rasa xsabar nak tunggu rambut dia panjang. boleh buat tocang dua... lepas tu xsabar nak tunggu dia berjalan. hari tu dia dah setapak dua tapak dah melangkah kekiri kekanan. bila dah berjalan kang.. riuh lah nak layan dia nak jalan sana sini. silap2 hari bulan duduk intai tepi tingkap.. nak ajak main dekat taman bawah tu. emmm.. no. no.. mama layan bila hujung minggu je tau.. kalau hari2 biasa bila mama shift pagi je atau pun time off day. hana kan anak yang baik.. xsusah kan orang.

sejak mak aku buatkan bubur nasi.. badan dia macam dah berat cikit. kalau dulu macam ringan je. ni dah lengoh dah kalau dukung dia lama2. nak2 kalau da tido.. lepas tu kalau nak beli barang.. nak kena pulak time tu dia tengah sedap2 tidur. nak xnak kena jugak lah bawak dia kan. kadang2 tu kebas tangan.. terus cakap dekat encik iwan.. dah lah tu.. lepas ni kita beli barang dekat kedai2 yang satu tingkat je. huhu. dia xsuk duduk dalam stroller.. tu yang geram tu.. sedih sebab beli untuk dipakai...huhuhu




0 comments: