Thursday, January 23, 2014

25 tahun??




nak menaip... jom kita up satu entry. alhamdulillah hari ni umur 24 tahun 11 bulan dan 1 hari. maknanya bulan depan dah masuk 25 tahun. sekejap je rasanya.rasa macam baru semalam habis sekolah menengah. tengah filling excited nak belajar dekat mana lepas ni. eh over sangat perasaan macam tu. kadang2 macam xpercaya dah ada anak. dah berkahwin.. dah bersuami. anak pun dah masuk 8 bulan dah. nur hana irdina binti mohd idzuan bin rosly.. =) 




sekejap je kan masa. emmm... yang pasti masa xkan stop walaupun sesaat. jatuh bangun tetap lah bertahan selagi nyawa dikandung badan. percaya lah bukan senang nak mengharungi setiap dugaan tu. tapi percaya kita mampu untuk hadapinya. teruskan kehidupan walaupun kepahitan terpaksa dilalui...=)bukan semua yang kita rancang akan terjadi dengan baik nya.rasa dulu pahit nya baru akan timbul manis nya. cuma kita sendiri lah kena kuat. good luck ye puan norhidayu 



sekarang ni hana irdina dah 8 bulan.. apa ye yang dia pandai?? oh dia dah pandai duduk.. dia dah pandai berdiri. kalau berdiri tu dah pandai langkah kan kaki slow2. kadang2 sengaja je letak sesuatu benda untuk tengok dia berdiri. lepas dia dah nak sampai dekat target tu.. aku alihkan ke belah lain pulak.. saje je nak mahirkan dia.. supaya cepat cikit lah berjalan. kalau boleh sebelum umur dia setahun. tengok gaya nya macam xlama lagi je.. kaki dah kuat..



start dari umur dia 7 bulan ++ aku dah start bagi susu formula.. terpaksa sebab kerja yang macam ni.. perlukan semangat yang sangat gigih. senang cakap.. lantak lah apa orang nak cakap... yang penting anak aku minum susu aku. tapi aku dah xmampu dah.. walaupun susu aku ada lagi.. tapi aku terpaksa campurkan jugak. sedih nya Allah yang tau. tapi xpelah.. setiap hari aku doa supaya anak aku sentiasa dilindungi. maafkan mama tau hana.. mama tipu hana... 



mama janji nak susukan hana sampai umur hana 2 tahun.. emmm mama fail lah. mama mungkir janji. mama kerja shift. busy kerja mama busy yang xterduga. sori ye sayang. sebab tu kalau kerja pukul 8.30 pagi. waktu lunch je terus pecut balik rumah. sebab nak susukan dia. kalau aku xsusukan aku sakit. =) bila malam memang aku bagi direct je. dan sekarang ni lagi sedih.. dia buat hal.. xnak minum susu bila opah dia bagi. entah lah.. tapi nasib baik kuat makan. 




xpelah 7 bulan tu kira hebat jugak lah kot untuk ibu2 yang berkerja.. hehe. saje je sedapkan hati sendiri. alhamdulillah sepanjang dia minum susu ibu. dia jarang sangat lah demam. demam kena cucuk je.. tu pun sehari je. lepastu dah okey dah. minum susu ibu ni kan antibodi kuat.. insyaallah.. kita berusaha selebihnya tawakal lah. senang je nak jaga hana iridina ni. bila kenyang xde lah dia buat hal. dah cukup tidur xde lah nak meragam nya kan... sayang anak mama..


0 comments: