Thursday, January 9, 2014

Renew lesen kereta dan motor.





hari ni pergi renew lesen. pergi dekat padang jawa shah alam.. emm semalam dah target.. okey esok nak pergi pagi.. pukul 8.30 pagi dah nak gerak dari rumah.. oh semua tu angan2 rupanya. tersedar dari tidur dah pukul 10 lebih.. emm terus rasa macam xde semangat dah. tapi bila fikir2 balik bila lagi nak pergi. dah alang2 off day hari ni nak buat lah hari ni. encik iwan cakap pergi lepas zohor je lah. so lepak2 lah sekejap. last2 pukul 2 lebih baru gerak pergi ke sana.. emmm.. sempat ke ni... kalau xsempat sedih lah..

sebelum gerak pergi isi minyak sekejap. nak cucuk duit.. kad atm encik iwan dah patah cikit. sebab hana irdina yang buat.. huhuhu.. dugaan.. dalam hati risau ya amat.. emm sempat ke nak buat hari ni. ramai yang cakap dekat sana memang ramai orang. redha je lah. siap2 semua dalam pukul 3 baru gerak kesana. lalu jalan belakang.. malas nak lalu highway. sebab dah dekat area seksyen 18 kan. jadi nya lalu jalan belakang je lah. nasib baik ingat jalan ni.. sebab pernah lalu sekali dulu.. masa pergi klang.

3.30 petang baru sampai. cari parking jalan laju2 menuju ke bangunan jpj tu. naik tangga. alamak.. terbaca notis.. "no giliran pada hari ini sudah habis 9.1.2013" alah... sedih nya. tapi encik iwan tetap nak naik.. so naik lah. masa tu hana irdina tidur.. aku pangku je. naik2 ramai nya orang.. hoho. encik iwan beratur.. aku berdiri dekat belakang sekali.. xde sorang pun pelawa aku duduk. tangan dah lengoh dah.. sedih nya... xde yang prihatin.. sampai hati kan.... sedih nya hati.. xpe lah... diaorang pun penat kot.

last2 guard tu cakap.. siapa yang xde nombor giliran xkan dapat hari ni. sebab yang ada nombor pun xsiap2 lagi... last2 encik iwan datang dekat aku.. aku cakap.. xpe lah.. minggu depan je lah. dalam hati geram. kenapa lah xbangun pagi2. turun je lepak dekat tepi kolam. renung nasib. fikir nak tukar off dengan sapa lah next week. encik iwan pergi cari public phone.. nak call abah. masa tu aku sorang je. tengah sedih + stress muka kerut2. last2 ada sorang staff jpj ni tanya.. aku macam blur sangat masa tu

"cik nak buat apa ye hari ni" aku cakap dengan nada paling sedih. sebab memang ikhlas dari hati tu.. xde niat nak mintak simpati.  "saya nak renew lesen.. tapi no dah habis.. dia suruh datang esok" dia pun jawab " oh ye ker..xpe2 cik masuk dulu dalam ni nanti saya tolong" aku jawab "eh xpe2. " dia jawab " xpe cik saya tolong.. cik masuk je" waahhh masuk dalam tu rasa macam nak menangis.. Ya Allah Engkau permudahkan urusan ku hari ni. bersyukur xterhingga... sangat bersyukur..alhamdulillah

masuk dalam bilik khidmat pelanggan. aku baca eh ni untuk ibu mengandung dan oku je. oh maybe sebab masa tu hana irdina tengah tidur kot. aku pulak muka stress ya amat. terima kasih encik jpj. masa tu terus cakap boleh x nak renew lesen husband saya sekali. dia cakap boleh. tu lah berkat bersabar berdiri setengah jam pegang anak xde orang nak pelawa duduk kot.. hihi. last2 renew dekat situ je. sekejap je tunggu..dapat tempat duduk selesa lagi. dan kena bayar rm60 untuk aku.. dan rm75 untuk encik iwan..

aku kena rm60 sebab birthday bulan depan je. encik iwan birthday bulan 8.. so kena tambah rm15 untuk pelarasan birthday. lesen 2 tahun rm60. untuk setahun rm30. sebenarnya lesen dah mati nak dekat 3 minggu.. hehe.. nasib tempat kerja dekat je kan. yeaahhh... lesen P dah habis.. aku pakai P untuk kereta setahun je sebab dah ada lesen  motor masa buat lesen kereta tu. alhamdulillah sepanjang lesen pegang lesen P ni xde kena saman.. sebab xpernah bawak kereta jauh2.. pergi balik kerja je.

macam aku kena guna gambar sekeping. ukuran pasport tu. sebab ic aku bukan ic yang baru. ic ada gambar satu je. dia cakap ic yang ada gambar 2 tu je yang boleh scan guna ic. yang terbaru tu. nasib baik ada gambar sekeping. alhamdulillah. encik iwan pulak dah tukar ic baru sebab cip dia ada masalah dulu. yeaahhh... settle jugak masaalah hari ni. berapa kali tangguh dah nak pergi renew entah. yeaahhh suka sangat sebab dipemudahkan.. so lepas ni nak mengandung pulak lah.. hehehe... =)

p/s : terima kasih encik jpj tau. semoga Allah permudahkan urusan encik jpj. semoga encik jpj murah rezeki. terima kasih sebab permudahkan urusan kami.


0 comments: