Saturday, January 4, 2014

Main kasar ek...






kan dah merasa penat ya amat.. dah tau kerja pagi lepastu duty dispense pulak tu.. gatal sangat nak tidur lambat2kan.. ha amek kau.. busy ya amat hari ni. kenapa ramai sangat patient.. hohoho. dah lah masa tengah dispense tu aku duk terbatuk2.. sampai berair2 mata.. merah sekejap mata. rasa macam dah xlarat sangat tadi. nasib baik lah ada kawan2 yang tolong sekali dispense.. terima kasih semua =) =) 

hari ni terpaksa lepak dekat rumah abang no 3 dekat ttdi shah alam. emmm.. penat nya lah nak berangkut sana sini.. tapi terpaksa jugak.. sebab rumah xde air. sebab tuan rumah nak repair paip yang bocor. rumah bawah habis banjir. alolo... geram jugak sebab.. ada orang suka hati nak tutup meter air aku. lepas tu xbagitau pulak tu.. apa lagi hangin satu badan lah.. aku xpeduli dah ko ketua dekat kawasan ni.. 

kesian anak aku.. nak mandi.. nak basuh bontot pun susah. isyk2.. ikutkan hati aku nak je aku debik.. tapi kita kena sopan.. hehe.. kesian pulak suami kita kan. so sila lah bersopan santun sikit. sejak rumah aku kena pecah.. aku dah macam xberapa nak respek dah dengan orang2 kuat dekat sini... bayar sewa rumah mahal.. ada guard... tapi rumah kena pecah jugak.. apa pun xboleh.. lepas tu suka hati tutup meter orang..

hoi2 sekali ko nak buat boleh lah.. ni dah melebih2 pulak nak main kasar nampak. aku ni sekali je aku percaya... kalau orang tu dah buat hal.. oh no.. no.. sori lah.. aku akan ingat.. oh dia ni macam ni.. dia ni macam ni. dendam ker?? hehe.. eh xde lah.. kita berjaga2.. supaya diri sendiri xterkena lagi. eh dah lari topik dah lah. oh berbalik kepada isu tutup air tu.. memang kena sound lah ko... rumah aku kena pecah aku tahan lagi.. tapi ni dah melebih2 pulak.. hangin satu badan lah. aku xpernah sound orang..sebab takut..



tapi hari tu kena dia dengar bebelan aku. oh mungkin aku penat. balik2 rumah xde air. kalau xde anak kecik xpe.. xde mak abah duduk cini xpe.. ni ramai yang nak guna air.. dah lah air tu penting. xkan nak tumpang rumah sebelah kot kalau nak buang air?? adoyai... fikir lah.. at least tampal setepek kertas dekat pintu.. hoi rumah 103 aku tutup meter air ko.. rumah aku banjir. ha kan senang. ni x... dah tutup xbagitau. cara kasar tu nampak nya. xbaik betul anaiya orang.. jahat sangat kan.. jahat... jahat... =p =p 

eh2 dah2 kan tuan rumah dah betul kan. nasib abang ni okey.. cepat2 dia settle kan. emmm tu lah susah kalau rumah macam gini.. tapi aku suka duduk cini. tapi bila dah macam2 jadi.. aku rasa macam nak cari rumah lain je. tapi tu lah sewa rumah dekat shah alam ni... mahal.. lepas tu nak kena letak deposit 2 + 1 tambah bill api air rm300.. kalau sewa rm1000... dah kena sedia kan rm3300.. so amek masa jugak lah kalau nak pindah. jadi kena lah banyak2 bersabar.. redha je lah... benda dah jadikan...

p/s : okey lah nak siap2 nak jumpa hana irdina... hana mama rindu hana.. bila lah dapat spend time lama2 dengan hana ni.. nanti mama cuti lama2.. kita jalan2 ye.. jalan2 dengan ayah.. opah.. tokwan .. cik teh n cik su ek.. =) =)