Sunday, December 29, 2013

Sambungan entry lepas..




hari tu kan ada update pasal entry rindu anak lepas tu masa pagi2 tu encik iwan jemput amek dari kerja. aku macam biasa lah.. tanya encik iwan.. "macam mana anak mama semalam ayah? mengamuk x?? " lepas tu encik iwan pun cakap.. "semalam dalam pukul 1.30 pagi hana irdina mengamuk2.. mengigau2." tetiba terdetik dalam hati.. eh sama lah dengan mama.. masa pukul 1.30 pagi tu aku memang tengah rindu sangat2 sangat dekat dia. Ya Allah... dia dengar rupanya rintihan hati mama dia. subhanallah...

mak selalu pesan kalau pergi kerja.. jangan rindu sangat dekat anak.. jangan teringat2 sangat. sebab kan anak beranak.. macam ada perasaan yang kuat lah. so bila mak rindu sangat dan teringat2 dekat anak. maka anak akan meragam. macam gitu lah mak cakap. tapi aku okey2 je. nak kata percaya.. percaya jugak.. nak kata xpercaya.. ada lah cikit2.. hehe..tapi setiap kali aku kerja malam. second night mesti aku rindu dia terlampau sangat. mungkin lepas first night tu letih kot.. so kurang nak main2 dengan dia.

p/s : kalau ikutkan hati xnak kerja.. nak duduk mengadap dia 24jam. tapi demi masa depan yang terang benderang... xpelah kita susah2 dulu..


0 comments: