Thursday, December 12, 2013

Rindu anak..

hari ni night duty lagi.. second night. emmm... rindu sangat2 dekat anak. hari ni macam xlarat nak spend time lama2 dengan dia.. huhu. tu yang rindu sangat kot. mama jangan sedih2 ye.. xlama dah nak balik.. lagi 6 jam je nak balik. (sedap kan hati sendiri) nak buat macam mana kan.. dah nama nya kerja.. kerja je lah. tapi xkesah pun.. cuma tu lah.. hari ni rindu sangat dekat dia. Ya Allah lindungi lah anak ku.. lindungi dari segala macam bahaya.


masa dia fresh keluar dari perut aku.. masa ni eh putih nya anak aku... 


masa ni dia baru 2 minggu. masa dia 2 minggu kulit dia ruam2.. 


masa dia baby kecik2 tu.. aku xreti sangat nak jaga dia.. tapi hebatkan jugak lah diri


disebab kan dia susu badan.. maka cepat lah dia lapar.. asyik nak susu je.. 



kepala dah botak. ayah nya yang cukur kan. rambut dalam perutkan.. xbersih sangat.


bila dia dah pandai gengam.... indah je rasa dunia ni... sayang dia


masa ni time raya aidilfitri... alhamdulillah diam je time bawak dia pergi beraya..


ayah dia xberapa suka sangat tengok anak dia pakai head band tu.. kesian katanya


muka dia baru bangun dari tidur... wangi sangat bau baby kan.. best lah..


hantar mama pergi kerja.. duduk dengan ayah.. dia anak yang senang nak jaga


mama belikan botol susu baru.. tapi sedih.. dia xnak... kenapa ye sayang??


bila mama xde kerja... mengamuk sakan dia.. eiii geram nya... 


nur hana irdina nama dia... aku yang nak nama tu.. sebab hana = hidayu dan irdina = idzuan. bila ayah kata okey maka mama pun happy. sebab semua nama yang mama pilih ayah xberapa berkenan. 


alhamdulillah dikurniakan anak. setakat ni senang nak jaga dia.. dia xbanyak sangat kerenah.. cuma bila dah pandai gerak kan badan ke depan.. semua benda dia nak capai. dia nak pegang.. dia nak rasa. amek lah hana.. mama okey je.. jangan sepah kan sangat dah lah.. 


bila mama xde kerja dalam kereta.. ayah bawak kereta... diaorang lah yang hantar mama bila mama kerja hari sabtu @ ahad @ night duty... 


sama x muka kitaorang.. paling ketara tang kening.. tang hidung.. tang dahi. ayah nya sama tang mana ehh?? hehehe... 


lapar sangat ke sampai hisap2 jari. tanda dia mengantuk.. dia akan gosok2 mata dia. lepas tu mengamuk.. hohoho.. 


masa ni nak bawak dia pergi cucuk untuk 6 bulan. cucuk last dose untuk hepatitis B.  menangis sekejap je.. lepas tu dah okey... good girl anak mama.. hujung bulan ni kita pergi sunat pulak ye. kesian dia dah 6 bulan lebih xsunat2 lagi. maaf kan mama ye.. rasa macam xsampai hati pulak nak tengok kan.. emmm ... tapi kena jugak buat.. demi kebaikan dia.. insyaallah...



0 comments: