Monday, July 15, 2013

Second dose untuk hepatitis B

cerita dah lama... tapi saje je nak buat 1 entry... untuk kenangan masa depan... =)


17.6.2013.. masa ni nak bawak dia pergi cucuk.. disebabkan masa ni dekat kampung dalam pantang lagi. so amek second dose untuk hepatitis B dekat kampung... bagi dia mandi semua.. susu kan dia.. lepas tu dia tidur. so pergi lah ke klinik kesihatan. timbang berat.. ukur tinggi.. ukur lilit kepala.. nurse tanya sikit.. lepas tu tunggu sekejap dekat luar. masuk untuk dicucuk. nervous mak dia ni...

alahai masa ni xsanggup nak tengok. nak2 kena pegang sendiri kaki dan tangan dia. masa tu dia relax lagi. lepas je jarum tu dah masuk dekat peha dia yang tembam tu...terus.... uwaaaaa..... habis cucuk.. nurse letak kapas aku pakai kan seluar.. peluk dia sekejap.. eh2 dah berhenti memangis. sekejap je dia menangis.. alhamdulillah.. lepas dah siap2 tu hana irdina pun macam dah nak tertidur.

tunggu doctor sekejap.. pastu doctor cek.. doctor cakap semua okey.. alhamdulillah.. sihat anak mama. so masa umur dia lagi 2 hari nak sebulan tu.. berat dia 4.1kg.. tinggi dia masih sama.. 56cm dan ukur lilit kepala dia je yang bertambah 37cm. masa umur dia 19 hari 4kg.. so naik 0.1 lah.. xpe. jangan naik banyak2.. berat mama nak dukung hana iridina kang... 4.1 time tu pun dah lenguh tangan.. hehe..

p/s : next untuk check up 44 hari dekat kpj hospital...


0 comments: