Tuesday, July 9, 2013

Pengalaman bersalinkan Nur hana irdina... part 1 =)





bersalin kan Nur hana irdina tepat jam 7.25 petang tarikh 19.5.2013..bersamaan hari ahad. bertempat di KPJ selangor specialist hospital. dekat dewan bersalin tingkat 2. ditemani oleh suami yang tersayang dan tercinta.. okey lengkap.. okey next story.. cerita nya bermula begini... ikutkan monthly check up.. due date dijangkakan untuk bersalin adalah 23.5.2013.. tapi tu adalah jangkaan.. ada yang tepat.. ada yang cepat tapi ada jugak yang lambat. dan bila last2 check up due date tukar pulak ke 18.5.2013. so buat2 biasa je lah.. sebab jangkaan je kan.. biasa lah baby dah membesarkan..

ikutkan 9.5.2013 masa buat monthly check up.. doctor cek dah bukak 2cm dah.. so ingat xlama dah lah nak bersalin.. dan terus inform suami cakap cyg.. doctor cakap dah bukak 2cm. dan encik iwan pun tukar lah tarikh cuti dari 20hb-22hb ke 13hb-15hb.. tapi Allah dah tetap kan sebaik2 nya.. xbersalin2 jugak duk lah tunggu dari hari ke hari.. dan tension jugak lah orang asyik tanya.. eh xbersalin lagi ko.. aduhh.. ketentuan telah ditetap kan sejak azali lagi. anak ini xkan keluar bila belum sampai waktu nya.. maka aku senyum je lah bila orang duk tanya2... alah relax lah.. belum due date pun lagi.. 

so ditakdirkan.. 19hb tu.. pukul 10.30 pagi.. aku bangun nak mandi.. eh2 kenapa rasa macam sakit senggugut ni.. sebelum ni xde pulak rasa macam ni time mengandung ni.alahai dah lama xrasa sakit macam ni.  tapi aku mampu lagi nak bertahan.. sebab xde lah sakit sangat pagi tu.. masa anak dara dulu pun senggugut aku memang teruk.. pernah nak pengsan disebab kan senggugut tu, dan kadang2 kena amek painkiller. so bila ada rasa macam ni.. xde lah aku amek painkiller kan.. cuma bagitau dekat encik iwan je lah.. ada rasa sakit yang macam period tu.. dia cakap.. dah sampai waktu kot.. 

aku relax lagi.. aku mandi2.. ajak dia pergi sarapan dekat kedai mamak.. teringin nak makan telur separuh masak dan milo ais. dah siap2.. dalam kereta sakit lagi.. datang sekejap.. lepas tu hilang. aku okey lagi.. encik iwan tanya... okey ke x.. jom pergi hospital.. aku cakap.. alah okey lagi.. nak makan telur separuh masak jugak... so turun lah laki bini ni sarapan. aku order mee goreng mamak.. telur separuh masak dan milo ais.. masa makan datang lagi... disebab kan ada rasa sakit tu.. aku xmampu nak habiskan mee goreng.. aku makan telur separuh masak je.. tapi air sampai 2 gelas.. milo dan teh ais..

amek kau 2 gelas aku habiskan. nikmat nya.. minum time panas2 kan... huhu. lepas habis makan.. ajak encik iwan pergi KL.. nak jalan2.. bosan duduk rumah lepas tu kerja.. kerja.. so nak relax2 kan minda lah nak tengok dunia.. last2 masa dah keluar nak ke jalan besar tu.. eh2 sakit lagi lah cyg.. last2 encik iwan cakap.. xpayah lah nak jauh2.. dia takut kang jadi apa2.. okey jom kita balik rumah.. balik2 lepak sahaj dekat rumah. masa keluar tu kira makan tengah hari sekali lah.. sebab sampai dekat kedai mamak tu pun dah pukul 12 tengah hari. pakej breakfast + lunch = kenyang sangat2... 

balik rumah... lepak2 depan tv.. sambil baring2.. sakit datang lagi... setiap kali sakit datang.. pegang kuat2 lengan encik iwan. dia duk lah cakap.. jom lah pergi hospital..aku bukan xnak.. mak cakap kalau xkeluar tanda.. xpayah pergi hospital lagi.. selagi boleh tahan.. tahan je.. lagi pun anak sulung.. lambat cikit kan. bila dah makin kerap cikit... last2 aku msg doctor yang aku buat monthly check up tu. sebab dia cakap.. kalau rasa nak bersalin bagitau dia. so aku tanya lah.. ni tanda2 awal ke nak bersalin.. dan dia cakap ye.. kalau sakit sangat2 bagitau dia.. okey doctor.. aku relax lagi time tu...

eh ni aku sebab rumah dekat je dengan hospital so tunggu keluar tanda baru terhegeh2 pergi hospital.. kalau rumah jauh denga  hospital jangan buat macam ni.. kang terberanak dekat jalan susah. last2 pukul 3 petang.. masa tu tengok tv.. rasa macam darah period nak keluar tu. last2.. eh basah cikit dah... aku cakap dengan encik iwan.. cyg.. dah keluar dah.. encik iwan pun blur.. keluar apa.. aku tunjuk kat kaki.. tu dia.. darah campur air.. call doctor.. tanya dah boleh pergi hospital ke.. doctor cakap boleh dohhh tu.. okey bereh doctor.. aku relax je time ni.. hehehehe...macam xpercaya pun ada.. 

yang mengelabah tu ha... encik iwan.. nak tergelak aku tengok.. hehehe. aku call doctor sebab tengok dekat tv macam air banyak2 keluar kan. tapi aku xpun. so tu yang konpius tu. biasa lah pengalaman pertama kan. so xtahu apa2. semua refer dekat doctor je lah. aku suruh encik iwan solat zohor dulu.. mandi semua.. relax2 jangan mengelabah.. aku masih mampu boleh bertahan lagi.. =) aku pun mandi.. siap2 semua... pakai pad.. sebab air + darah asyik keluar je kan. tapi xde lah yang keluar banyak sekali tu. maka dah siap semua2 tu.. terus lah ke hospital... nasib rumah dekat je kan... 

sampai2 hospital.. siap cakap dekat encik iwan lagi.. xpayah lah turunkan dekat depan ni... parking je dulu kat parking tu.. lepas tu kita jalan sama2. seriously aku memang relax habis lah. parking kereta.. jalan lah aku dengan senyuman sambil pegang tangan encik suami yang tengah nervous berlebihan tu. siap singgah dekat pharmacy lagi.. tanya eh korang macam mana ek.. rasa macam dah nak bersalin.. nak kena pergi mana ye.. oh biasa lah first time kan. xtahu apa2.. lepas tu ke emergency lah kiteorang. dah bagi buku biru.. masuk dalam.. doctor MO tanya cikit... terus ke labor room..

masuk labour room tepat jam 3.30 petang. kena tukar baju semua... baring atas katil. nurse buat CTG... letak dekat perut aku. untuk tengok dan pantau contraction + heartbeat baby. nasib lah masa tu.. aku sorang je dalam labour room tu.. bersyukur sangat2.. so emosi aku xde lah terganggu sangat. aku masih boleh relax dan tenang. dia bagi satu alat ni.. dia cakap kalau sakit contraction tu datang.. sedut benda alah tu. okey cikit lah bila sedut tu.. bila dan masuk labor room tu... aku redha je.. dan ingat Allah.. mulut xhenti2 baca doa nabi yunus a.s.. masa tu dah start sakit cikit dah.. tapi okey lagi.. 











sambung..... xlarat nak type... nak sambung tidur... huhu.... =) =) 


0 comments: