Friday, November 5, 2010

Isi hatiku

aku tak reti untuk melembutkan tingkah laku ku walau bagaimana cara pun..
sering kali aku cube untuk menjadi seorang perempuan yang sopan..
tapi aku lemas menjadi seperti boneka... boneka dipentas lakonan..

sopan ku disini bukan la dari segi luaran sahaja..
tapi ku lihat dan teliti secara keseluruhan juga..
mengapa perlu ia dipandang pada zahir nya??
apakah pada zahir sudah cukup untuk membuktikan segala nya??
segala keperibadian diri seseorang yang sebetulnya.. ??

mengapa harus menilai seseorang pada luaran sahaja..
adakah luaran yang ditonjol kan itu sudah memadai??
manusia ini pelbagi watak yang tersendiri..
sukar untuk ditafsir.. sukar untuk difahami..

sopan nyer pertuturan itu,adakah ia nyer cukup untuk kite fahami keseluruhanya??
adakah segala butir bicara yang dilafazkan itu ikhlas sejujurnya??
adakah cukup untuk kite tafsir kan secara menyeluruh isi kandung nya??

biar lah tetap begini.. seandai nya diri ini kekurangan
kesopanan dan kesusilaan.. mohon maaf dihulurkan..
siapa lah aku untuk melafazkan ketulusan hati seikhlas mungkin..

aku tidak pandai memujuk2.. tidak pernah pula ianya hadir dalam kamus
kehidupan aku sebagai seorang manusia di muka bumi ini....
aku hanya mampu terdiam apabila hadir nyer cerita yang menyayat hati...
tetapi jauh disudut hati ku ini.. aku turut simpati..

apakan daya... aku tidak pandai melakonkan watak2 yang indah..
tidak pula layak untuku memegang tittle miss world..
jauh sekali menjadi perempuan melayu terakhir..
dan tidak pernah sekali aku terfikir.. aku lah insan yang sempurna dimuka bumi ini..

tetapi aku sedar...aku lah insan yang susah mengenal erti sabar..
mudah melenting apabila hati disakiti.. dihancuri.. di siat-siat.. di robek-robek
akhir nyer aku tewas melawan nafsu amarah ku..
lancang sahaja mulut ku membidas dengan kata2 yang agak pedas..

mungkin.. aku sedar semua tu.. tapi aku juga seorang manusia.. sama sepertimu..
yang punya hati dan perasaan.. yang sering kali gagal untuk mengawal nya...
sakit nyer hati apabila disakiti.. pernah kah kau mengerti??

apakah mulut manis mu itu sangat manis apabila berkata-kata??
huh.. ambil la cermin sebesar mane pun.. aku sanggup membayarnye
supaya kau juga sedara.. bahawa... hati ku telah kau sakiti...

aku la insan yang sering kali tewas untuk melawan amarah ku..
aku ingin sekali berubah.. menjadikan boneka ku suatu realiti
realiti yang indah dan membuatkan ku bahagia

bukan hanya bertopengkan lakonan dipentas-pentas yang indah..
bukan hanya mempamerkan kebaikan dihadapan
tetapi dibelakang di canang seluruh keburukan orang lain..

biar la aku begini... kasar pada luaran.. tetapi dalaman aku sahaja yang mengerti..
tidak ku ingin kan simpati mu untuk aku menerus kan kehidupan ini..
aku masih mampu berdiri diatas kaki ku sendiri
untuk melayari kehidupan yang mendatang bersama insan2 yang tersayang.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

renung2 kan da selamat beramal...